J.I.T.- Part 2

245 9 0
                                    

Author belanja sikit dulu ye....masih dalam mencari idea.

selamat membaca semua......


Chempaka Kasih meneliti report kewangan syarikat bagi pertengahan tahun yang berakhir 30hb June 2017. Bila dia rasa puas hati dengan segala dokumen yang staff dia bagi untuk di semak sebelum submit ke bahagian audit.

Sedang dia leka menaip di atas papan kekunci komputer, telefon bimbitnya berdering minta di jawab, tanpa melihat siapa yang membuat panggilan laju sahaja tangannya slide ke kanan.

"Assalamualaikum....."

"Waalaikummusalam...Kasih."jawab insan di sebelah sana.

"Ya bu...."soal Chempaka kasih, jarang benar ibunya akan menelefonnya bila waktu kerja.

"Kasih, ibu nak beritahu ada orang datang merisik Kasih. Macam mana nak terima ke tidak?."soal Puan Salmi.

Jeda

Sudah tiga tahun semua itu berlaku, yang tinggal hanyalah sekeping hati yang rapuh dan kosong. Semuanya sudah berakhir Chempaka Kasih........

Perkahwinan yang di sulami dengan cinta berakhir jua dengan kecurangan bekas suaminya, Tengku Zariff Iskandar. Macam pita rakaman rosak yang berputar berulangkali di mindanya setiap kali dia mengingati bekas suaminya itu. Walaupun kisah itu sudah lama berlalu. Tapi......untuk dia melupakannya terlalu sukar.

Selepas dia dijatuhkan dengan talak satu oleh Tengku Zariff Iskandar tiga tahun lalu. Hidupnya hanyalah diisi dengan kerja semata-mata.

"Kasih dengar tak apa yang ibu cakap ni?"soal Puan Salmi pada anaknya bila pertanyaannya tidak berjawab.

"Bu....boleh bagi Kasih waktu untuk fikirkan semua ini. Selepas Kasih mendapat jawapan nanti Kasih akan beritahu pada ibu ye."bersama dengan sebuah keluhan keluar dari mulut comel Chempaka Kasih.

"Yalah. Assalamualaikum."

"Waalaikummusalam."jawab Chempaka Kasih, mata masih tidak berkelip dari merenung telefon bimbit yang telah gelap skrin.

Apa yang patut aku berikan jawapan pada ibu, hati aku belum bersedia lagi untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidup ini setelah Tengku Zariff Iskandar pergi tinggalkan aku kerana seorang model.

"Kasih, berilah peluang untuk diri kau berbahagia dengan insan yang bernama lelaki. Tak semuanya lelaki sama seperti Tengku Zariff Iskandar yang playboy itu, awal-awal lagi kau pun tahukan yang dia seorang kaki perempuan, tapi dia juga yang kau nakkan sangat macamlah dah takde lelaki yang nakkan kau pada waktu tu contohnya, Yusoff Iskandar. Dia betul-betul gilerkan kau waktu tu merajuk sampai melarikan diri ke luar negara disebabkan kau pilih Tengku Zariff Iskandar.Walaupun Tengku Zariff Iskandar cinta pertama kau, ini tak bererti kau tak boleh terima cinta kedua dan seterusnya. Lupakanlah bekas suami kau yang curang itu dan bukakanlah pintu hati kau buat kaum sejenisnya. Mana tahu kali ini kau dapat lebih baik, penyayang dan romantik dari sebelum ini."bicara hati kecil Chempaka kasih.

Tapi,hati dan jiwa Kasih masih ada pada Tengku Zariff Iskandar, apa yang patut Kasihberitahu pada ibu?terlalu sukar untuk Kasih melupakan cinta pertama walaupun ianyaamat meluka dan menyakitkan hati Kasih.

jika itu takdirnyaWhere stories live. Discover now