Makan malam dengan suasana yang hening, yang kedengaran hanyalah bunyi sudu berlaga dengan pinggan, tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut masing-masing. Mereka seperti memahami bila waktu makan di larang sama sekali bercakap.
Usai makan malam semua orang duduk di ruang tamu.
Tengku Umi Kalthom memandang seorang demi seorang silih berganti dan akhir sekali matanya berhenti pada cucu kesayangannya, Tengku Yusoff Iskandar.
"Kenapa Nenda panggil Ariff?."pertanyaan Tengku Zariff Iskandar membuatkan Tengku Shahrul Iskandar menjegilkan mata pada anaknya itu.
"Salah ke Nenda panggil semua orang makan di sini, lagipun dah lama kan kita tak makan malam sekeluarga, secara kebetulan pulak Yusoff dah kembali ke rumah nenda. Oh, ya Ariff mana isteri kesayangan kamu tu tak ikut sekali ke?."sengaja Tengku Umi Kalthom bertanya bukannya dia tidak tahu bila setiap kali buat makan-makan ataupun perjumpaan di rumahnya mesti cucu menantunya itu tidak akan datang. Bukannya baru hari ni sudah hampir dua tahun Tengku Zariff Iskandar berkahwin dengan Nur Qistina seorang modelling yang terkenal di Malaysia.
Dengan perasaan serba salah Tengku Zariff Iskandar berkata."Qis ada photoshoot dekat Langkawi, Nenda."
"Nenda panggil semua orang sebab hendak memaklumkan kepulangan Yusoff dan selain itu Nenda hendak kahwinkan Yusoff dengan pilihan hati Nenda."
"Tapi....bonda."Tan Sri Tengku Zulhasnan Iskandar tidak jadi meneruskan bicaranya bila melihat wajah bondanya yang serius itu.
"Bonda panggil kamu semua bukannya untuk membantah kata-kata bonda, bonda panggil untuk memberitahu kepada semua orang yang ada di sini. Tarikh nanti bonda akan inform semula."
"Nenda nak kahwinkan Abang Yusoff dengan Rissa kan, sukanya Rissa."Tengku Marissa menepuk kedua belah tangannya.
"Apa!!!Bonda nak kahwinkan Rissa dengan Yusoff. Sofia tak setuju bonda."bantah Tengku Sofia bila bonda mertuanya hendak kahwinkan anak lelaki tunggalnya dengan anak saudaranya yang tiga suku itu
Tengku Yusoff Iskandar hanya senyum bila mendengar perbalahan di antara Nenda dan bondanya. Matanya berkalih memandang wajah ceria Tengku Marissa,"Hai, bila masa agaknya aku cakap nak kahwin dengan kau, Marissa."omel Tengku Yusoff Iskandar di dalam hati, sambil menggelengkan kepalanya.
"Yang Abang Yusoff senyum sambil geleng kepala tu kenapa?tak betul ke apa yang Rissa cakap."dengan suara merengek Tengku Marissa bercakap.
"Hmmm...ada nenda cakap yang nenda nak kahwinkan Yusoff dengan Rissa?."soal Tengku Umi Kalthom pada Tengku Marissa.
"Tadikan, nenda cakap dengan pilihan hati nenda, siapa lagi kalau bukan Rissa kan?."
"Siapa pun pilihan nenda, nanti nenda akan perkenalkan pada semua orang. Bonda berharap sangat kali ini tiada bantahan dari sesiapa pun. Yusoff, nenda bagi masa tiga bulan sahaja untuk Yusoff bawa balik dia ke rumah nenda."
"Insya-Allah, nenda. Yusoff janji akan bawa dia balik ke rumah dan ketemukan dengan nenda."dengan wajah berseri-seri Tengku Yusoff Iskandar berjanji dengan Tengku Umi Kalthom di hadapan kaum keluarganya.
"Kali ni berapa lama pulak Yusoff balik?."soal Tengku Shahrul Iskandar pada anak saudaranya.
"Yusoff balik buat selama-lamanya ayah long..."Tengku Yusoff Iskandar memandang wajah Tengku Shahrul Iskandar.
Tengku Zariff Iskandar pandang wajah sepupunya itu, dulu dia dan Yusoff macam adik dengan abang, selepas dia meluahkan perasaannya terhadap Chempaka Kasih terus sepupunya itu menjauhkan diri darinya sehinggalah sekarang. Dia sendiri pun tidak pasti mengapa Yusoff berubah sampai begitu sekali.
Wajah ceria Tengku Marissa berubah bila mendengar kata-kata Tengku Yusoff Iskandar yang dia akan bawa balik pilihan nenda dalam masa tiga bulan, siapakah gerangan pilihan nenda?.
selamat petang buat awak awak semua.....hari ini Mawar terlebih ilham. selamat membaca semua.
please vote for Mawar....thks you all. Mawar love you all. lagi sekali selamat membaca
YOU ARE READING
jika itu takdirnya
RandomJodoh pertemuan di tangan Allah, kita hanya mampu merancang dia Yang menentukan. Itu Yang di namakan takdir........ Chempaka Kasih masih lagi di situ, dia memegang Batu Nisan bekas tunangnya Zarith Alif Yang pergi menemui Sang Pencinta setahun y...