Part 1

199 4 0
                                    

Supermarket

Ring! Ring!

"Yeobseyo."

"Yahh Min Yoongi! Kau kat mana tu?" Soal seorang namja di hujung talian.

"Aku kat supermarket ni. Waeyo Jin hyung?" Soal Yoongi sambil mengambil barang-barang yang hendak dibeli.

"Kau tau tak sekarang ni dah pukul berapa?" Tanya Seokjin dalam nada yang tinggi.

"Pukul 2." Jawab Yoongi selamba.

"Yoongi, kau tau tak kita kena jumpa client pukul 3! Balik sekarang!" Marah Seokjin.

"Omo, aku balik sekarang."

Tut! Tut!

Dalam kekalutan itu Yoongi tetap bergerak ke kawasan menjual biskut bagi membeli biskut favouritenya.

Bersinar-sinar mata Yoongi melihat biskut tersebut masih ada di rak. Hanya tinggal sekotak.

"Ahh shit." Yoongi mencarut perlahan apabila melihat seorang yeoja juga turut menghampiri biskut tersebut menyebabkan Yoongi melajukan langkahnya.

Baru sahaja yeoja itu mahu menyentuh kotak biskut tersebut tetapi dengan pantas Yoongi mengambil biskut tersebut.

"This is mine." Kata Yoongi dingin lalu dia terus berlalu meninggalkan yeoja itu dalam keadaan terpinga-pinga.

"Yahh Rachel kau kenapa tercegat kat sini?" Soal rakan Rachel yang tiba-tiba muncul di situ.

"Yoo Rachel!"

"A..pa?" Rachel menayangkan wajah blank ke arah Suzy.

"Aigoo budak ni. Dahlah jom nanti kau lambat pulak nak gi buat part time." Kata Suzy sekaligus menarik tangan Rachel.

💞💞💞

Kafe Spring

"Rachel, kau pergi mana lambat sangat?" Soal Minhyuk yang sedang mengelap meja yang berdekatan dengan pintu.

"Aku pergi kedai tadi." Balas Rachel lalu dia terus ke bilik belakang untuk menukar uniform kerja.

"Rachel mana Rachel?" Seorang wanita lingkungan umur 30-an menjerit memanggil Rachel.

"Saya kat sini puan." Rachel terkocoh-kocoh keluar dari bahagian dapur.

"Mana biskut aku?" Soal wanita itu kasar.

"Biskut apa?" Soal Rachel dengan pelik sebelum perlahan-lahan mindanya dapat memproses kata-kata bosnya itu.

"Lembab punya budak. Biskut yang aku kirim tadi mana?"

"Maaf puan biskut tu dah habis." Rachel menundukkan wajah kerana tidak berani bertentang mata dengan Puan Minjae yang garang.

"Kalau dah habis apasal kau tak cari kat kedai lain. Bodoh." Dengan selamba badak Puan Minjae menunjal kepala Rachel yang sudah hampir menangis kerana malu diperlakukan sebegitu di hadapan pelanggan yang ramai.

"Mian..mianhae."

"Ahh takde maaf-maaf. Minggu ni aku nak kau kerja lebih masa. Faham?" Tengking Puan Minjae.

"Faham puan."

"Bagus, apa yang kau tunggu lagi berambuslah. Pergi buat kerja balik."

Dengan mata yang berkaca Rachel melangkah laju ke arah dapur untuk menyambung kerja mencuci pinggan.

Tanpa disedari olehnya ada seseorang sedang memerhatikannya sedari tadi.

[C] Cinta S2 •myg + BTS•Where stories live. Discover now