Part 40

47 4 0
                                    

"Puan, ni ada call dari Tuan Seokjin." Ahjumma Han menghulurkan telefon rumah kepada Puan Min.

Puan Min mengambil telefon tersebut sebelum menyuruh Ahjumma Han keluar dari biliknya.

"Yeobsaeyo Jin. Ada apa call aunty ni?" Tanya Puan Min kepada anak saudaranya itu.

"Aunty, Jin tak tau apa yang berlaku dekat Yoongi. Tapi dah masuk dua hari dia asyik berkurung dalam bilik. Makan taknak semua taknak. Cakap pun sepatah-sepatah je. Haritu dia datang rumah Jin dalam keadaan mabuk. Tangan dia tercedera pulak tu. Lepastu tiap-tiap malam dia meracau panggil Rachel." Adu Seokjin yang sudah buntu dengan perubahan Yoongi.

'Kuat betul pengaruh kau dekat anak aku, Rachel.' Tanpa sedar Puan Min mengukirkan senyuman kerana tahu Rachel telah meninggalkan Yoongi.

"Takpa Jin, nanti biar aunty settlekan. Just tolong tengok-tengokkan Yoongi." Puan Min berkata lembut.

"Nae aunty."

Selepas mematikan talian Puan Min mendail pula nombor seseorang.

"Yeobsaeyo Lee Haeun, ni aku Yoonji. Bila kau free? Aku nak jumpa untuk bincang majlis perkahwinan anak-anak kita. Nae baiklah, nanti aku datang dengan Yoongi."

Puan Min tersenyum lebar apabila membayangkan bahawa impiannya untuk menyatukan Yoongi dengan anak kawan baiknya akan menjadi kenyataan tak lama lagi.

💞💞💞

"Min Yoongi, sampai bila kamu nak jadi macam ni?" Tanya Puan Min tegas.

Puan Min meneliti bilik Yoongi yang bersepah teruk. Barang-barang milik namja itu bertaburan di lantai. Yoongi hanya membuat tidak tahu dan terus membelek album gambarnya bersama Rachel. Dia menganggap Puan Min tiada di situ.

"Esok malam omma nak kamu ikut omma jumpa family Aunty Haeun. Omma nak bincang pasal perkahwinan kamu dengan Lee Hana."

Yoongi tetap tidak berkata apa-apa. Membantah tidak, setuju pun tidak. Dia seolah-olah tenggelam dalam dunianya sendiri. Seokjin yang sedari tadi mengintai menggelengkan kepala melihat Yoongi yang sudah seperti mayat hidup. Jasadnya berada di situ tetapi rohnya entah di mana. Mungkin dibawa sama oleh Rachel.

Seokjin berlalu ke biliknya yang terletak di sebelah. Nombor Taehyung didailnya.

"Wassup hyung, ada apa call Tae ni?" Tanya Taehyung di hujung talian.

"Kau busy tak Tae?"

"Emm nope. Sekarang ni Tae dapat cuti sebulan sebab berjaya selesaikan satu kes berat." Taehyung bersuara ceria.

"Good then. Hyung nak minta tolong Tae ni."

"Tolong apa hyung?" Taehyung bertanya pantas.

"Tolong siasat Rachel dekat mana sekarang and siasat juga sebab Rachel tinggalkan Yoongi."

"Baik hyung. Detektif Kim sedia berkhidmat."

Seokjin mematikan talian dengan senyuman penuh di bibir. Jauh di sudut hati Seokjin dia merasakan semua ini adalah kerja Puan Min.

💞💞💞

"Yoongi." Panggil Puan Min.

Yoongi memandang sekilas ommanya di sebelah sebelum kembali melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta.

"Omma nak kamu rahsiakan perkahwinan kamu dengan Rachel. Jangan sampai keluarga Hana tahu. Omma nak mereka tahu yang kamu tak pernah berkahwin. Faham tak Min Yoongi?" Puan Min berkata tanpa memikirkan perasaan anak tunggalnya.

"As you wish omma." Yoongi bersuara dingin. Sejak ditinggalkan oleh Rachel, dia sudah kembali menjadi Yoongi yang dingin dan tidak berperasaan.

"Good." Puan Min tersenyum lebar.

💞💞💞

"Haii Yoongi oppa, long time no see." Ramah Hana menegur Yoongi yang merupakan crushnya sejak dari sekolah tinggi.

Yoongi terpaksa senyum memandangkan kedua ibu bapa Hana ada di situ. Selepas itu, mereka mula menikmati makan malam serta membincangkan tentang perkahwinan Yoongi dan Hana. Hana kelihatan begitu gembira manakala Yoongi pula langsung tidak mengambil kisah. Fikirannya asyik melayang mengingatkan isterinya yang entah di mana.

"Excuse me, boleh tak Yoongi nak cakap sikit dengan Hana?" Pinta Yoongi bersama satu senyuman yang dibuat-buat.

"Yes of course." Puan Haeun memberi kebenaran.

Yoongi menarik Hana lalu membawa gadis itu keluar dari restoran mewah tersebut. Apabila sampai di tempat yang tersorok Yoongi menghentikan langkah lalu melepaskan pegangan tangannya pada Hana.

"Aku nak kau cancelkan perkahwinan ni." Arah Yoongi dengan riak tidak berperasaan.

"Waeyo oppa?" Hana terkejut.

"Sebab aku tak cintakan kau."

"Tapi cinta boleh dipupuk oppa." Pujuk Hana sambil memegang lengan Yoongi.

Yoongi menepis kasar tangan Hana lalu menolak gadis itu ke dinding. Yoongi mencengkam bahu Hana membuatkan gadis itu menyeringai kesakitan.

"Bantah perkahwinan ni atau hidup kau akan sengsara bila kahwin dengan aku nanti." Yoongi merenung tajam Hana membuatkan gadis itu menggigil ketakutan.

"Aku akan buat kau menyesal seumur hidup kalau kau tetap nak teruskan perkahwinan ni. Think carefully Lee Hana." Yoongi smirk lalu berlalu meninggalkan Hana dalam keadaan takut.

Hana pelik dengan Yoongi yang bersikap seolah-olah seorang psycho.

[C] Cinta S2 •myg + BTS•Where stories live. Discover now