Part 38

38 4 0
                                    

Bilik wad Seohyun riuh rendah dengan suara BTS. Semua teruja apabila mendapat tahu Seohyun selamat melahirkan sepasang kembar.

"Kyaa, cutenya anak buah aku." Seokjin mencubit geram pipi tembam bayi lelaki Seohyun.

"Tengoklah siapa appa dia." Namjoon yang sedang duduk di sisi katil Seohyun tersenyum bangga.

"Aaaaa baby girl pun cute." Maknae line berebut-rebut mahu mendukung baby.

Tiba-tiba pintu terkuak lebar dan Yoongi menerjah masuk ke dalam bersama dengan Rachel yang mengekori di belakang.

"Tepi-tepi. Uncle Yoongi yang swag nak dukung baby pulak." Yoongi mengambil bayi perempuan dari dukungan Jungkook membuatkan namja bergigi arnab itu membebel tidak puas hati kerana masih belum puas bermain dengan baby.

"Hyung, Yun korang dah ada nama ke untuk baby-baby comel ni?" Tanya Taehyung.

Namjoon memandang Seohyun dan apabila melihat isterinya mengangguk membenarkan dia memberitahu nama anak kembar mereka, dia terus berdehem.

"Ehem, sila bagi perhatian semua. Appa Namjoon nak umumkan nama anak-anak dia ni." Namjoon bersuara kuat.

"Yah hyung cepatlah bagitahu. Chim tak sabar nak tau ni." Jimin bersuara geram.

"Untuk baby boy kitaorang dah sepakat nak namakan dia dengan nama Kim Seo Joon. Gabungan nama aku dengan Seohyun." Namjoon tersengih.

"Iyeww pikir sweetlah tu."

"Pfttt style bila ntah gabung-gabung nama."

Dan pelbagai lagi cemuhan yang diberi oleh BTS. Rachel hanya menggelengkan kepala melihat perangai tak semenggah chingu-chingu Yoongi.

"Okayy calm down everyone. Aku tau korang jeles. Kan sayang." Namjoon mengenyitkan mata ke arah Seohyun.

Seohyun hanya tergelak kecil kerana nama tersebut adalah pilihan Namjoon.

"Dan untuk baby girl pula nama dia Kim Seohae."

Rachel memandang ke arah Namjoon dan Seohyun yang sedang tersenyum bahagia. Tiba-tiba hatinya menjadi sedih apabila memikirkan kemungkinannya untuk mendapat anak dengan Yoongi amatlah tipis. Hal ini kerana dia tahu yang mereka akan berpisah tak lama lagi.

"Sayang, kenapa muram pulak ni?" Bisik Yoongi yang terperasan raut wajah Rachel berubah.

"Aniya. Takda pape." Rachel memaniskan muka kerana takut Yoongi mengesan sesuatu.

"Rachel ah, jom balik." Ajak Yoongi tiba-tiba.

"Wae? Kan kita baru je sampai ni." Rachel pelik dengan ajakan Yoongi. Dia bertambah pelik apabila melihat Yoongi senyum lain macam.

"Balik buat baby." Yoongi tersengih nakal.

"Yah byuntae!" Rachel menampar kuat bahu Yoongi.

"Aduhh sakitlah sayang." Yoongi menarik muncung panjang.

Rachel hanya tergelak melihat muka cemburut suaminya tetapi jauh di sudut hati dia berasa sedih mendengar ayat Yoongi.

'Maafkan saya Min Yoongi.'

💞💞💞

"Rin sayang, semalam kan Yun dah bersalin. Diaorang dapat baby kembar. Comel betul. Nanti bolehlah Hyomin jadi kawan baik dengan Seohae. Macam awak dengan Yun." Hoseok berbicara sambil mengusap lembut tangan Hyorin.

Sudah lebih dua minggu Hyorin tidak sedarkan diri dan terlantar di atas katil hospital. Tetapi mujurlah doktor yang merawat Hyorin menyatakan ada perubahan positif dari isterinya.

"Dah lama awak berehat sayang. Cepatlah bangun Rin, saya rindukan awak. Hamin and Hyomin pun sama."

Tiba-tiba Hoseok rasa tangan Hyorin bergerak-gerak.

"Hyorin?"

Hoseok terus duduk tegak dan memerhatikan Hyorin. Perlahan-lahan mata Hyorin terbuka membuatkan Hoseok menjerit excited.

"Ho...hoseok." Hyorin memanggil lemah.

"Ya sayang, ni saya." Hoseok tersenyum lebar melihat isterinya sudah sedar.

"Wae awak menangis?" Tanya Hyorin apabila melihat Hoseok menitiskan air mata.

"Saya gembira awak dah sedar Rin." Hoseok mencium lama dahi Hyorin dengan penuh kasih sayang.

"Anak kita macam mana?" Hyorin bertanya gusar sambil menyentuh perutnya yang sudah kempis.

"Anak kita selamat sayang. Omma saya dengan omma awak tengah jaga dia dekat rumah." Beritahu Hoseok dengan teruja.

Hyorin menarik nafas lega apabila mengetahui anaknya selamat.

"Kejap ya Rin, saya panggil doktor." Hoseok berlari keluar untuk memanggil Dr Youngjae.

[C] Cinta S2 •myg + BTS•Where stories live. Discover now