Part 4

41 4 3
                                    

"Yoongi ohh Yoongi." Seokjin menjerit-jerit memanggil sepupunya dari luar muka pintu bilik.

"Nak apa?" Soal Yoongi setelah membuka pintu.

Seokjin menggelengkan kepala melihat wajah mengantuk Yoongi. Tahulah dia bahawa namja itu masih membongkang di atas katil walaupun matahari sudah naik.

"Omma kau datang." Kata Seokjin.

"What? Kata kat dia aku takde." Yoongi ingin masuk menyorok di dalam bilik tetapi sudah terlambat apabila Puan Min sudah muncul di situ.

"Kamu jangan nak lari dari omma Min Yoongi." Puan Min menjegilkan mata kepada anak terunanya itu.

"Okayy Jin taknak masuk campur." Seokjin cepat-cepat melarikan diri.

"Omma nak apa?" Tanya Yoongi acuh tak acuh lalu menapak masuk semula ke dalam biliknya diikuti oleh Puan Min.

"Bagitahu omma kenapa Sana cakap kamu dah kahwin?" Puan Min memandang tajam wajah Yoongi.

"Dia yang salah faham omma sebab masatu Yoongi bawa Hamin." Jelas Yoongi walaupun memang dia sengaja membawa Hamin agar Sana salah faham.

"Haihh Yoongi, yoongi. Mana ada orang pergi dating bawa budak kecil." Keluh Puan Min.

"Whatever." Balas Yoongi selamba.

"Nah." Puan Min menghulurkan telefon bimbitnya kepada Yoongi.

"For what?"

"Call Sana and jelaskan semuanya." Arah Puan Min.

"Malaslah. Haritu pun dia bukan nak dengar Yoongi cakap sampai habis. Lepastu tuduh2 je." Bentak Yoongi.

"Fine. Omma akan cari yeoja lain pula."

Yoongi mengeluh berat.

"Omma please stop this stupid thing. Yoongi dah besar and Yoongi ada hak untuk tentukan pasangan hidup Yoongi." Yoongi menguak kasar rambutnya.

"Sampai bila Yoongi? Ke kamu still tak boleh move on? Kamu masih cintakan Hyorin kan?" Tebak Puan Min.

"Omma tolonglah. Benda tu dah lama. Hyorin takde kena mengena dalam hal ni." Yoongi bersuara tegas.

"Habistu kenapa kamu taknak terima calon pilihan omma?"

"Sebab Yoongi dah ada pilihan sendiri." Jawab Yoongi tanpa berfikir panjang.

"Betul ke?" Puan Min seolah-olah tidak mempercayainya.

"Betul."

"Baik kalau macam tu omma nak kamu bawa dia jumpa omma. As soon as possible." Arah Puan Min.
"Emm nae." Jawab Yoongi perlahan.

'Mati kau Yoongi.'

[C] Cinta S2 •myg + BTS•Where stories live. Discover now