Part 27

52 4 0
                                    

Rumah Yoongi

"Dah siap masak ke belum?"

"Omo!" Rachel terkejut apabila Yoongi tiba-tiba muncul di belakangnya. Nasib baik tak tercampak sudip yang sedang dipegangnya.

"Kau dah kenapa terkejut semacam?" Yoongi menjarakkan diri dari Rachel dan mengambil tempat di meja makan.

'Mana tak terkejut kalau kau duduk dekat sangat ngan aku.' Detik hati kecil Rachel.

"Woii kau berangan apa? Aku lapar ni." Suara garau Yoongi mematikan lamunan Rachel.

"Mianhae. Makanan dah siap." Rachel menutup api dapur lalu mencedok lauk ke dalam mangkuk.

"Pebenda kau masak ni?" Yoongi memandang pelik makanan di hadapannya.

"Ni namanya asam pedas. Kawan saya dari Malaysia yang bagi resepi and ni first time saya bagi orang lain rasa." Dengan penuh bersemangat Rachel bercerita.

"Sejak bila kau pernah pergi Malaysia ni?" Soal Yoongi pelik kerana setahunya Rachel datang dari keluarga yang susah. Mustahil dia mampu membeli tiket kapal terbang untuk ke luar negara.

"Saya kenal dia dekat laman sosial je." Rachel tersengih-sengih.

"Mwo? Kawan kau tu laki ke perempuan?" Tanya Yoongi bersama satu renungan tajam.

"Err perempuan." Teragak-agak Rachel menjawab pertanyaan yang baginya pelik kerana ia keluar dari mulut Min Yoongi. Takkan namja tu jeles kot?

"Whatever. Sekarang ni aku nak makan. Mana nasi aku?" Yoongi merenung pinggan yang masih kosong di hadapannya.

"Nae nae." Kelam kabut Rachel mencedokkan nasi putih yang masih lagi berasap untuk suami terchenta. Cewahhhh.

"Macam mana? Sedap tak?" Rachel memandang Yoongi dengan wajah yang penuh pengharapan.

"Bolehlah." Jawab Yoongi acuh tak acuh.

'Elehh taknak ngaku sedap pulak. Dah tambah nasi dua pinggan mestilah sedap kan.' Hati Rachel rasa berbunga-bunga melihat Yoongi menikmati masakannya dengan penuh selera. Kalau dulu nak sentuh masakannya memang jauh sekali.

💞💞💞

"Awak nah nescafe." Rachel meletakkan secawan nescafe di atas meja.

Yoongi yang sibuk menyiapkan kertas kerja hanya mengangguk. Yoongi kalau dah fokus membuat kerja memang takkan bercakap. Orang di sekelilingnya juga diabaikan. Dia seolah-olah tenggelam dalam dunianya sendiri.

Rachel yang duduk di hadapan Yoongi hanya merenung wajah putih bersih suaminya. Yoongi terlalu sempurna di mata Rachel sehingga kadang-kadang dia berasa rendah diri. Yoongi kaya, ada kerjaya yang bagus, kacak, serba serbi tentang Min Yoongi terlalu perfect. Berbeza sekali dengan dirinya.

Lagu yang berbunyi tiba-tiba mengejutkan Rachel yang sedang termenung.

"Ehh bila masa Yoongi bangun?" Rachel terpinga-pinga melihat sofa di hadapannya kosong.

Rachel menjeling sekilas ke arah telefon Yoongi yang berbunyi.

'Rinrin'

"Haihh minah ni lagi. Siapa sebenarnya dia?" Rachel menggumam perlahan.

"Woi phone aku bunyi tu pahal tak tolong angkat?" Yoongi yang muncul secara tiba-tiba memeranjatkan Rachel.

Yoongi mengambil phone dan terus menjawab panggilan.

'Like seriusly? Dia suruh aku angkatkan call?' Mulut Rachel terlopong. Sesungguhnya dia pelik dengan sikap Yoongi yang lain kebelakangan ni. Yoongi dah tak berapa dingin dengannya seperti selalu. Walaupun cara percakapan lelaki itu masih kasar tetapi Yoongi tidak lagi marah-marah Rachel. Apa yang merasuk namja itu agaknya.

"Yes Hamin, esok daddy datang okay?"

Sesekali Yoongi tertawa kecil mendengar celoteh Hamin di hujung talian.

'Daddy?! Yoongi ada anak?' Rachel terperanjat besar.

"Nae arasso. Gudnite anak daddy. Muah muah." Yoongi mencium skrin phone berkali-kali sebelum mematikan talian.

Yoongi kembali mengambil tempat dan menyambung kerjanya.

'Nak tanya ke taknak tanya.' Hati Rachel berbolak balik.

"Err Yoongi."

"Apa?" Tanya Yoongi tanpa mengalihkan pandangan dari skrin laptop.

"Boleh saya tanya sikit?"

"Tanya jelah."

"Errr siapa Rinrin?" Soal Rachel takut-takut.

Yoongi yang sedang menulis terus terhenti pergerakan tangannya. Dia terkedu apabila nama Hyorin dibangkitkan. Yoongi mengangkat wajah lalu merenung tepat ke arah Rachel.

"Kenapa kau nak tau?" Yoongi bersuara dingin.

"I just curious. Awak macam rapat sangat dengan dia." Rachel bersuara sambil menundukkan wajahnya.

"Tak penting untuk kau tau." Yoongi kembali menyambung kerjanya yang tergendala.

"Tak penting? Min Yoongi, saya ni isteri awak. Isteri awak yang sah. Saya berhak tahu dengan siapa awak berkawan." Bentak Rachel. Tiba-tiba pula dia jadi berani pada malam itu.

Bam!

Meja dihentak kuat oleh Yoongi.

"Jangan masuk campur urusan aku. And kau kena ingat, kau isteri aku hanya atas kertas. Dengan siapa aku nak berkawan ke nak bercinta ke tu semua bukan urusan kau." Yoongi menjawab tanpa sedikit pun memikirkan perasaan Rachel.

Rachel tersentak mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Yoongi. Baru dia sedar hakikat sebenar perkahwinan mereka. Statusnya sebagai isteri langsung tidak memberi apa-apa makna kepada Yoongi.

"Jadi betul lah awak ada orang lain?" Rachel bertanya perlahan.

"Kalau ya pun kenapa? Kau marah? Kecewa?" Yoongi bertanya sinis.

"Ya memang saya marah, saya kecewa. Kenapa Yoongi? Kenapa awak tak pernah untuk belajar mencintai saya? Kenapa awak tak pernah buka kan hati awak untuk saya? Saya penat Yoongi. Penat menunggu cinta awak." Rachel berhenti seketika sambil mengesat air matanya yang mengalir laju.

"Awak jahat Yoongi. Awak bagi saya fakehope. Kalau awak tak cintakan saya kenapa awak layan saya baik-baik? Kenapa awak tak layan saya macam awal-awal perkahwinan kita. Awak buat saya mengharap. Saya letakkan harapan yang tinggi untuk awak balas cinta saya. Tapi saya silap Yoongi. Awak langsung tak pernah sedar yang saya dah mula cintakan awak." Luah Rachel panjang lebar membuatkan Yoongi terkedu.

"Kau..kau...cin..takan...aku?" Soal Yoongi tergagap.

Rachel tersentak mendengar soalan daripada Yoongi. Dia tidak sedar bahawa dia sudah terlepas cakap mengenai perasaannya terhadap Yoongi. Tanpa membuang masa Rachel berlari naik ke biliknya dan mengunci pintu.

"Pabo Yoo Rachel. Kenapa kau bodoh sangat luahkan perasaan kau. Mesti dia akan bencikan kau." Rachel terduduk sambil bersandar di pintu.

Tak berapa lama kemudian Rachel terdengar kereta Yoongi menderum kuat meninggalkan kawasan rumah.

[C] Cinta S2 •myg + BTS•Where stories live. Discover now