Part 3

48 4 0
                                    

Seoul Medical Center

"Ughhh penatnya." Namjoon melangkah keluar dari OR sambil mengurut-ngurut bahunya yang terasa lenguh setelah hampir 5 jam bertungkus lumus melakukan satu pembedahan yang agak rumit.

Namjoon terus menuju ke bilik persalinan bagi menukar pakaian.

"Apa ni?" Namjoon mengambil sehelai sticky note berwarna purple yang terlekat di lockernya.

Saya balik dulu ya awak. I will wait at home. Balik cepat sikit nanti saya rindu. :p
Your wife.

Namjoon tersengih lebar membaca pesanan Seohyun. Dengan cepat dia menyalin pakaian untuk pulang ke rumah memandangkan shift kerjanya sudah tamat.

💞 💞 💞

Ting tong!

"Sayang." Namjoon terus menarik Seohyun ke dalam dakapannya sebaik sahaja yeoja itu membuka pintu rumah.

"Eee apa peluk-peluk ni." Seohyun menolak tubuh Namjoon agar menjauhinya.

"Kenapa sayang?" Namjoon kaget.

"Busuk." Seohyun menekup hidungnya sambil tersengih jahat.

"Nakal ehh." Namjoon mencubit geram pipi isterinya.

"Dah2 pergi mandi. Nanti kita dinner sama-sama." Arah Seohyun lalu menolak tubuh Namjoon ke tangga.

"Baik puan." Namjoon terus mengorak langkah menuju ke bilik tidur.

Namjoon ingin mencapai tuala tetapi sebuah kotak kecil dengan sehelai kertas di atasnya menarik perhatian Namjoon. Namjoon lantas menghampiri meja solek untuk mendapatkan kertas tersebut.

Happy birthday suamiku.
Saya harap awak akan sentiasa happy and bahagia sepanjang menjalani kehidupan baru dengan saya.
Aihh malaslah nak wish panjang2.
I just want to say I LOVE YOU HUSBAND.
Saya harap awak suka dengan hadiah yang saya bagi ni. :)

Namjoon cepat-cepat membuka kotak tersebut kerana tidak sabar mahu melihat apa hadiah yang diberi Seohyun.

Mata Namjoon terbuntang apabila melihat hadiah tersebut. Tanpa membuang masa Namjoon berlari ke dapur untuk mendapatkan isterinya.

"Ehh cepatnya awak mandi." Tegur Seohyun yang sedang membancuh air.

Tanpa membalas apa-apa, Namjoon terus memeluk erat tubuh Seohyun.

"Ehh ehh kenapa ni?" Seohyun pelik namun tetap membalas pelukan Namjoon.

"Gomawo sayang." Bisik Namjoon.

"Untuk apa?" Seohyun bertambah pelik.

Namjoon meleraikan pelukan lalu dia melekapkan tapak tangan di perut Seohyun.

"Untuk ni." Namjoon tersenyum lebar.

"Mwo? Mana awak tau saya pregnant?" Seohyun terkejut kerana rasanya dia belum lagi memberitahu berita gembira itu kepada suaminya.

"Ni." Namjoon menunjukkan kad ultrasound scan di tangannya.

"Alamak saya lupa sorok. Huhu baru ingat nak bagi hadiah tu time dinner japgi." Seohyun menepuk dahinya.

Namjoon tergelak besar melihat muka cemburut Seohyun.

"Saya akan jadi appa yeayyy." Namjoon mengangkat Seohyun secara bride style lalu berpusing-pusing di dapur.

"Yah Kim Namjoon! Turunkan saya." Jerit Seohyun.

[C] Cinta S2 •myg + BTS•Where stories live. Discover now