Part 17

42 4 0
                                    

"Yoongi thanks tau sebab tolong aku." Hyorin memandang ke arah Yoongi yang sedang memandu.

"Hal kecik je Rin." Yoongi tersenyum sambil matanya melirik ke arah Hyorin di sebelah.

Selepas itu keadaan di dalam kereta kembali sunyi. Hyorin memandang ke luar tingkap kereta sambil fikirannya melayang memikirkan Hoseok.

Tiba-tiba sebuah kereta yang amat dikenali oleh Hyorin berhenti di sebelah kereta Yoongi kerana lampu isyarat sedang berwarna merah. Tepat jangkaannya bahawa kereta tersebut adalah milik suaminya. Hyorin memandang Hoseok dan dia dapat rasakan namja itu memberi satu pandangan maut ke arahnya. Cepat-cepat Hyorin mengalihkan pandangan. Lampu bertukar merah dan Hoseok memecut laju meninggalkan kereta Yoongi.

"Laju-laju nak ke mana?" Bebel Yoongi yang tidak menyedari itu adalah kereta Hoseok.

💞💞💞

"Thanks again Yoongi. Aku masuk dulu." Hyorin keluar dari kereta sambil memimpin Hamin yang berwajah mengantuk.

"Byeee daddy." Hamin melambaikan tangannya ke arah Yoongi.

"Kajja kita masuk Hamin."

Hyorin terserempak dengan Hoseok yang sedang menonton tv di ruang tamu tetapi dia berpura-pura tidak menyedari kehadiran namja itu.

"Omma, Hamin nak susu." Pinta Hamin.

"Nanti omma buatkan okay. Hamin pergi naik bilik dulu." Hyorin mengusap lembut rambut anaknya.

"Nae omma." Hamin terus naik ke bilik tanpa menegur Hoseok. Dua-dua mogok taknak bercakap dengan Hoseok haha.

"Choi Hyorin." Panggil Hoseok.

"Apa?" Hyorin menjawab malas.

"Awak pergi mana tengah-tengah malam ni dekat Yoongi?" Tanya Hoseok dalam nada mendatar.

"Awak kisah ke kalau saya pergi mana pun?" Jawab Hyorin berani.

"Mestilah saya kisah. Awak tu isteri saya."

"Ohhh baru sedar saya ni isteri awak. Kalau tau dah beristeri kenapa still nak menggatal dengan perempuan lain?" Marah Hyorin.

"Bila masa pula saya menggatal. Awak jangan nak putar belitkan cerita. Sekarang ni kita tengah bercakap soal awak dan Yoongi." Hoseok berdiri akibat bengang.

"Habistu Tinashe tu apa? Bukan awak pergi menggatal dengan dia ke tadi?" Hyorin tersenyum sinis.

"Choi Hyorin stop it! Saya dengan Tinashe takda apa-apa. Lainlah kalau awak dengan Yoongi kan? Kenapa? Cinta berputik kembali ke?" Hoseok juga bersuara sinis.

"Watch your mouth Jung Hoseok. Awak tau tak sebab Tinashe awak takde dekat rumah harini. Sebab Tinashe juga awak tak angkat call saya dan sebab Tinashelah saya kena menyusahkan Yoongi. Awak tau tak anak kita demam?!" Suara Hyorin melantun tinggi.

"Ha..hamin demam?"

"Tak penting untuk awak tau. Tinashe kan lagi penting." Perli Hyorin sebelum berlalu ke bilik. Lebih lama dia berhadapan dengan Hoseok, lebih tinggi hasratnya untuk membelasah kuda jadian itu.

Hoseok menghenyakkan punggung ke atas sofa.

"Ni semua salah kau." Hoseok memarahi handphonenya yang kehabisan bateri.

[C] Cinta S2 •myg + BTS•Where stories live. Discover now