Setahun kemudian
"Okay mesyuarat kita sampai dekat sini je. Kamu semua boleh bersurai." Ucap Puan Min kepada lembaga pengarah yang berada di dalam bilik mesyuarat.
Mereka mula keluar dari bilik mesyuarat setelah dua jam terperap di dalam.
"Jin kejap." Puan Min menahan anak saudaranya yang ingin keluar.
"Kenapa aunty?" Soal Seokjin lantas mendapatkan Puan Min.
"Yoongi mana? Kenapa dia tak datang meeting harini?" Soal Puan Min tegas.
"Err Yoongi pergi hospital." Kata Seokjin teragak-agak.
"Dia sakit?" Soal Puan Min, terselit kerisauan di hatinya.
"Ehh bukan. Rachel yang masuk hospital. Dia tumpah darah semalam." Jelas Seokjin.
"Apa?" Puan Min terkejut mendengar berita itu.
"Tapi kandungan Rachel selamat." Tambah Seokjin lagi.
"Dia dekat hospital mana?" Soal Puan Min.
"Nae?" Seokjin terpinga-pinga dengan soalan ibu saudaranya.
Takkanlah Puan Min mahu pergi melawat Rachel padahal dia tidak menyukai menantunya itu.
💞💞💞
Puan Min menolak pintu wad dan masuk ke dalam membuatkan Yoongi dan Rachel terkejut.
"Omma?"
"Min Yoongi." Puan Min mendekati anak lelakinya.
"Omma buat apa dekat sini?" Soal Yoongi teragak-agak.
Puan Min tidak menjawab pertanyaan Yoongi sebaliknya menarik telinga lelaki itu.
"Omma appo. Warghhh wae tarik telinga Yoongs!" Terjerit-jerit Yoongi dibuatnya.
"Kamu jaga isteri macam mana hah? Kalau jadi apa-apa tadi macam mana?" Soal Puan Min bertubi-tubi.
"Nae?" Yoongi dan Rachel sama-sama tercengang. Apa yang merasuk Puan Min sebenarnya?
"Bila kamu discharge?" Puan Min bertanya kepada menantunya.
"Err kalau tak ada apa-apa lusa dah boleh keluar." Beritahu Rachel kekok. Iyalah selepas kejadian beberapa bulan lepas tidak pernah pun Puan Rachel bercakap dengannya.
"Bagus. Nanti omma nak isteri kamu duduk dekat rumah omma." Kata Puan Min kepada Yoongi.
"Tapi kenapa omma?" Berkerut-kerut dahi Yoongi. Pelik betul sikap ommanya hari itu.
"Kamu tu sibuk kerja Yoongi oii. Kalau Rachel duduk rumah omma ada maid yang boleh jagakan dia. Dengan keadaan kandungan Rachel yang lemah bahaya duduk sorang-sorang." Panjang lebar syarahan yang diberi Puan Min kepada anak menantunya.
"Tapi Rachel okay omma." Tolak Rachel. Seganlah dia nak menumpang di rumah besar Puan Min.
"Kamu jangan nak ngada-ngada Rachel. Omma tak nak apa-apa jadi dekat cucu omma." Tegas Puan Min bersuara.
Terpaksalah Yoongi dan Rachel mengikut arahan daripada mem besar. Kalau tak ikut mahu kena bebel seharian.
"Omma balik dulu. Kamu Yoongi jaga Rachel baik-baik. Kerja kat ofis tu tak payah nak fikir sangat." Pesan Puan Min. Dia amat maklum akan sikap anak tunggalnya yang sangat komited dengan kerja.
YOU ARE READING
[C] Cinta S2 •myg + BTS•
FanfictionDia ego. Dia dingin. Dia keras kepala. Dia suami hanya di atas kertas. Dia MIN YOONGI.