"Ehh Yoona nak pergi mana ni?" Seohyun kaget melihat Yoona turun dari bilik bersama sebuah bagasi besar.
Yoona tersenyum sambil mendekati Seohyun lalu mengambil tempat di sebelah Seohyun.
"Unnie, Yoona rasa dah tiba masanya Yoona keluar dari sini." Yoona berkata tenang.
"Mwo? Tapi kenapa? Rumah ni tak cukup bagus ke untuk Yoona?" Seohyun terperanjat dengan keputusan Yoona yang tidak dijangka.
"Aniya, rumah ni selesa sangat. Yoona bersyukur sebab oppa dan unnie sudi tumpangkan Yoona. Tapi Yoona rasa lebih baik Yoona pindah. Yoona taknak jadi perosak rumahtangga oppa dengan unnie." Yoona menundukkan wajahnya.
"Apa maksud Yoona ni?" Seohyun tidak mengerti.
"Unnie, maafkan Yoona. Sebenarnya Yoona yang bagitahu oppa pasal Hoseok oppa dan unnie. Yoona salah faham, ingatkan unnie curang belakang Joon oppa. Yoona menyesal tak siasat dulu sampaikan unnie dengan oppa bergaduh. Maafkan Yoona." Yoona mula teresak-esak.
"Benda dah jadi Yoona. Unnie tak salahkan Yoona pun. Unnie salah juga sebab berpelukan dengan Hoseok. Dahlah jangan nangis lagi." Pujuk Seohyun sambil mengurut bahu Yoona.
"Unnie memang baik patutlah Joon oppa jatuh cinta dengan unnie." Puji Yoona membuatkan wajah Seohyun memerah.
"Ishh ada-ada je Yoona ni. Dah pergi simpan beg tu balik." Arah Seohyun tetapi Yoona menggeleng laju.
"Yoona tetap akan keluar juga. Yelah sampai bila Yoona nak menumpang orang. Yoona kena berdikari juga." Yoona menggenggam lembut tangan Seohyun.
"Tapi Yoona, tak boleh ke tunggu Joon oppa balik dulu? Nanti dia marah pula Yoona pindah tak bagitahu dia." Seohyun bersuara risau.
"Sebeb tulah Yoona nak gerak sekarang. Kalau Joon oppa ada mesti dia tak bagi." Jelas Yoona.
"Tapi nanti Yoona nak duduk mana?" Seohyun masih lagi mencari alasan agar Yoona tidak berpindah.
"Unnie jangan risau sebab Yoona dah dapatkan rumah sewa. Ehh Yoona kena gerak sekarang. Chingu Yoona dah lama tunggu dekat bus station." Yoona bangun diikuti oleh Seohyun.
"Kalau dah Yoona cakap camtu unnie tak boleh nak buat apa. Tapi janji dengan unnie yang Yoona akan jaga diri." Seohyun menarik Yoona ke dalam pelukannya.
"Nae unnie. Unnie pun janji takkan stress-stress lagi. Jaga kandungan baik-baik. Nanti Yoona terangkan semuanya dekat oppa. Arra?" Seohyun menepuk perlahan bahu Seohyun.
"Arrasso. Yoona dah mengalahkan doktor pula bagi nasihat." Seohyun tergelak kecil.
"Byee unnie. Byee baby. Nanti aunty datang melawat baby bila dah keluar nanti." Yoona mengusap perut Seohyun yang semakin memboyot.
💞💞💞
"Awak dah balik?" Seohyun menyambut kepulangan Namjoon dari kerja dengan sebuah senyuman lebar.
Namjoon memerhatikan Seohyun atas bawah. Mana taknya pada malam itu Seohyun kelihatan seksi dengan hanya mengenakan baju tidur tanpa lengan dan separas paha.
'Fuhhh sengaja nak goda aku ke apa.' Namjoon cepat-cepat mengalihkan pandangan.
"Mana Yoona? Tak balik lagi ke?" Soal Namjoon apabila dia merasakan rumah sunyi sepi.
Terus pudar senyuman Seohyun apabila mendengar nama Yoona.
'Apa aku nak jawab ni?' Seohyun menggelabah.
"Kim Seohyun! Saya tanya ni."
"Err aaaa Yoona di..dia..." Seohyun tergagap-gagap.
"Dia apa?" Namjoon berdebar-debar takut ada sesuatu yang buruk berlaku kepada adik sepupunya itu.
"Dia dah keluar dari rumah." Jawab Seohyun perlahan tanpa memandang wajah Namjoon.
"Apa?!"
Terhincut bahu Seohyun mendengar jeritan kuat Namjoon.
"Mana dia pergi?" Tanya Namjoon risau.
Seohyun menggeleng perlahan tanda tidak tahu. Namjoon merengus kasar lalu dia menelefon Yoona tetapi hampa apabila gadis itu tidak menjawab panggilan.
"Awak yang halau dia ke?" Tuduh Namjoon tiba-tiba.
"Mwo?!" Seohyun memandang Namjoon dengan tidak percaya. Sanggup namja itu menuduhnya sebegitu.
"Awak ingat saya gila sangat ke nak halau Yoona malam-malam macam ni." Marah Seohyun.
"Kalau dah cemburu semua orang boleh berubah." Perli Namjoon.
Seohyun mengetap gigi geram sambil mengepalkan penumbuknya.
"Awak ingat saya macam awak ke? Cemburu buta. Tapi betullah kalau cemburu semuanya boleh berubah. Macam awak yang sekarang makin lain. Dahlah cemburu dengan kawan baik sendiri. Dengan isteri sendiri pun tak percaya, lepas tu main tuduh-tuduh pula." Hambur Seohyun yang beremosi.
Terlopong mulut Namjoon mendengar bicara isterinya. Tak dia sangka bahawa sikap cemburunya itu telah mengguris hati Seohyun.
"Saya dah penat nak layan sikap awak yang macam ni. Saya nak balik rumah oppa. Saya merajuk dengan awak seminggu." Jerit Seohyun sebelum dia berjalan ke bilik.
Pintu bilik yang tidak bersalah dihempas kuat bagi melepaskan geram. Telefon pintar di atas meja solek dicapai lantas nombor Seokjin didail.
"Yeobsaeyo saeng." Sapa Seokjin di hujung talian.
"Oppa ambik Yun sekarang!"
"Ehh kenapa ni? Saeng gaduh dengan Joon ke?" Seokjin bertanya kalut.
"Jangan tanya apa-apa. Just pick me up. Now!" Jerit Seohyun kuat sebelum memutuskan panggilan.
Apabila Seohyun naik angin be like. Semua orang pasti akan dimarahinya.
YOU ARE READING
[C] Cinta S2 •myg + BTS•
Fiksi PenggemarDia ego. Dia dingin. Dia keras kepala. Dia suami hanya di atas kertas. Dia MIN YOONGI.