"Perempuan yang kau kena tackel tu ..."Adam sengaja melambat-lambatkan bicaranya.
Farhan menjeling ke arah Adam. Adam ketawa dan sambung semula bicaranya.
"Perempuan tu Tengku Zahra Maylissa. "Ujar Adam.
Terbeliak biji mata Farhan setelah nama Zahra yang meniti di bibir Adam. Selamat tidak terkeluar biji mata Farhan.
"And kau kena couple ngan dia selama 3 bulan. Ada berani. Aku cabar kau Tengku Aisy Farhan." sambung Zaim. Zaim menjongketkan keningnya ke atas dan tersenyum sinis. Bukan tidak tahu dengan perangai sahabatnya yang pantang dicabar.
"WHAT!!"jerit Farhan sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Sejurus itu, semua orang yang berada di kantin itu melihat ke arah mereka.
Zaim yang menyedari akan hal itu terus menyekeh kepala Farhan. Farhan membuat muka marah.
"Eleh tadi cakap TU JE." Adam mengingatkan Farhan.
Farhan gelabah semacam. 'Dalam banyak-banyak perempuan, kenapa perempuan tu jugak.' Farhan bermonolog di dalam hati.
Adam dengan Zaim ketawa melihat teletah Farhan. "Setuju tak ?"soal Adam.
Farhan memandang ke muka Adam dan membuat muka blur. Sekali lagi tercetus ketawa mereka kedua.
"Setuju tak dengan cabaran kitaorang Han?" Kali ini Zaim pula menyoal.
"Hah.Ok Ok. Aku setuju." balas Farhan. Namun dalam hati 'No!' Farhan dah tak boleh duduk diam.
Zaim tersenyum. "Aku cau lu." Zaim berlalu pergi. Maklumlah headpreafect.
Zahra yang baru selesai memakan 3 biji karipap ingin pergi ke tandas. Dia berjalan seorang diri kerana Farah sedang menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas sekolah. Tambahan pula dia PKP.
Aku memasuki ke dalam tandas dan membetulkan tudungku. Aku melihat wajahku di cermin. 'Tak de la huduh sangat. Not bad. Hahaha. Angkat bakul sendiri pulak' Angkat tangan ke bahu kawan-kawan.
Setelah siap membelek tubuhnya, Zahra melangkah keluar dari tandas dengan kaki kanan.
Dia menoleh ke belah kiri dan "Arghh" Zahra menjerit kerana terperanjat. Dia mengurutkan dadanya setelah melihat gerangan itu sedang bersandar di dinding.
Farhan menahan ketawa setelah melihat muka Zahra yang terkejut itu. Kelakar siot.
Zahra melajukan langkahnya untuk berlalu pergi selepas melihat lelaki itu ialah Farhan.
Belum sempat Zahra ingin beredar, tangannya di paut oleh Farhan dan menariknya ke belakang bangunan sekolah.
Zahra meronta-ronta agar Farhan melepaskannya. Namun, dia tidak dapat melepaskan diri.
Farhan melepaskan lengan Zahra yang ditariknya tadi. Dia menyapu tapak tangannya.
Zahra hanya memandang Farhan dengan pandangan kosong. Dia cuba beriaksi selamba namun jantungnya berdegup kencang mengalahkan orang yang baru lepas lari.
'Jantung duduklah diam sekejap. Eh, jangan kalau dia duduk diam aku matilah. Ah macam mana ni' Zahra dah mula melalut. Boleh pula dia buat lawak.
Farhan memandang Zahra yang sedang menundukkan wajahnya. Farhan mengeluh. Dia tidak tahu macam mana hendak memulakan ayat. 'come on bro kau boleh' Farhan memberikan semangat kepada diri sendiri.
"Ermmmm. Ak aku na nak. Ermmm" Farhan gagap.
"Nak apa?" soal Zahra dengan agak kasar.
Farhan yang terkejut dengan pertanyaan Zahra terus menjawab "Aku nak minta couple" Farhan terlepas cakap.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Thanks kepada readers kerana membaca story ini. 😃
Author appreciate sangat 😂
Love u guys 😉😍
YOU ARE READING
He's Not Mine
Teen FictionTajuk sebelum ini : Am I That Ugly? Zahra sedar bahawa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Namun, disebabkan cabaran yang diterima oleh Farhan membuatkan mereka bersama. Satu tragedi yang menimpa Zahra membuatkan Farhan menyesal. Akan tetapi cin...