Bab 7

954 46 4
                                    

"Tak apa lah. Aku balik dulu lah." Farhan berkata sambil menepuk bahu Zaim.

Farhan berjalan keluar dari halaman rumah jirannya.

Sesampai sahaja di bilik, Farhan mengunci tombol pintu biliknya. Dia membaringkan tubuhnya di atas katil king sizenya.

Farhan memegang jantungnya. 'Asal jantung aku berdegup gencang semacam eh, bila aku pandang muka dia.' desis hatinya.
flashback

Farhan menekan loceng sesampai sahaja di depan pintu rumah jirannya dan memberi salam.

Tidak sampai satu minit, ada orang membuka pintu. Mulut Farhan terlopong.

Farhan melihat figura yang sangat dikenali. Dia memandang dari atas ke bawah. 'Cantik siot. Asal aku tak pernah perasan pun?' Farhan berkata lebih kepada diri sendiri.

Figura di hadapannya ini ialah Tengku Zahra Maylissa. Farhan melihat Zahra tidak memakai tudung. Ini kali pertama dia melihat rambut Zahra.

Rambut Zahra yang lurus dan panjang menarik perhatiannya. Tambahan pula, rambutnya berwarna dark brown. Bukan memakai perwarna rambut tetapi warna yang asli. Zahra nampak feminin sangat.

Zahra membuat dia terposona dengan kecantikannya yang tidak boleh dilihat oleh sesiapa kecuali mahramnya sahaja.

Lamunanya terhenti apabila Zahra menghempas pintu dengan kasar.

end flashback

'Kenapa dengan aku ni. Takkan dah jatuh cinta kut. Habis tu Merdina aku nak campak mana?' Farhan meraup kasar mukanya.

Dia buntu dengan perasaannya saat ini. Dia bergolek-golek di atas katil dan meramas rambutnya. Akhirnya, rambutnya menjadi kusut seperti sarang burung.(Nasib tak ada burung yang bertelur.)

K. author gurau je. Tahu hambar.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seperti Farhan, Zahra terus mengunci pintu biliknya. Dia mundar-mandir di dalam biliknya. Akhirnya, dia merebahkn dirinya di atas katil queen sizenya.

Zahra berfikir sesuatu 'Agak-agak dia nampak tak aku tak pakai tudung ? Arhhhhh!! Mesti dia nampak punya. Kalau tidak kenapa dia kena ternganga macam tu.'

Zahra serabut. Mesti dia dapat dosa kan. Ustazah pernah cakap yang nampak sehelai rambut 60 hari masuk neraka. Ni, dah berapa helai dah. Arggghhhhh!!!!!

Seperti ada mentol, dia segera bangun. Dia menuju ke bilik air. Zahra mengambil wuduk untuk menunaikan solat fardhu asar.

Dia harus memohon keampunan kepada Allah. Kerana Allah maha pengampun lagi maha pemurah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sorry author dah kebuntuan idea.
Terus sokong author tau.
Thanks.

He's Not MineWhere stories live. Discover now