Bab 34

643 28 6
                                    

Zahra menggerak-gerakkan kelopak matanya. Kepalanya agak pening dan terasa sukar untuknya membuka mata.

Perlahan-lahan Zahra cuba untuk membuka matanya. Sebaik sahaja dia berjaya membuka matanya, otaknya ligat berfikir dimanakah dia berada. Ini kerana tempat yang dia duduki sekarang terasa asing.

Otaknya masih berfikir. Bagaimana dia boleh berada di sini ? Dimanakah dia berada taktala ini ?

Shopping mall

Parking lot

Sapu tangan

Merdina

Ya Allah !!

Baru dia teringat bahawa dia dan Merdina diculik.

Tapi sekarang ini hanya dia yang berada di ruang tamu sebuah rumah sendirian. Dengan tangan dan kaki yang terikat di kerusi. Mujur sahaja mulutnya tidak ditutup dengan pita pelekat.

Yang menjadi persoalannya sekarang, selalunya jika diculik mesti mereka dikurung di sebuah gudang atau rumah yang usang. Tapi dia berada di sebuah rumah yang cantik. Langsung bukan seperti yang selalu dilihat di dalam drama-drama yang selalu disiarkan di kaca televisyen. Atau dia sedang kena prank. Dia keliru.

Arhh !! Persetankan semua itu. Yang penting sekarang ni dimanakah adiknya ? Adiknya lebih penting sekarang.

Perhatian Zahra teralih apabila mendengar bunyi gugusan kunci yang diletakkan di atas meja.

' Siapa ? ' soal hatinya.

Diperhatikan di kawasan laluan yang menyambungkan satu ruang di hadapan dengan ruang tamu tempat yang dia duduki sekarang.

Berkerut-kerut dahinya apabila melihat seorang lelaki asing yang berjalan memasuki ruang itu.

Kedua-duanya menanyakan soalan yang pada masa yang sama. Namun, pertanyaan Zahra yang lebih panjang.

" You awake ? "

" Who are you? Your face look familiar. "

Lelaki itu hanya membiarkan soalan Zahra tergantung sepi. Kalau Zahra dah bangun mesti Merdina juga sudah bangun. Lelaki itu tersengih. Lebih kepada sengihan yang menyeramkan sebenarnya.

" Hey, I'm asking you. Okey, never mind. Just ignore that question and answer this question. Where is Merdina? " soal Zahra dengan nada yang lantang.

Lelaki itu ketawa. " Hahahaha. Merdina ?? Hmm, I think she's awake too. Don't worry about her. I will take care of her. She will be in heaven with me. Hahahaha. "

" What are you talking about. Don't you dare to touch her. " keras nada Zahra memberi amaran.

" What ? Jangan sentuh dia. Kau ugut aku. Takut sangat. Hahahaha. " lelaki itu memerli Zahra sambil melangkah menghampiri Zahra.

" Hmm, aku tak de niat pun nak culik kau sebenarnya. I want Merdina. Tapi dah kau ada dengan dia waktu tu, so anak buah aku terpaksa ambil kau sekali. Hmm, kau jangan risau aku tak kan apa apa kan kau. Macam yang aku cakap, aku nak Merdina. " Terang lelaki itu.

" Apa kau nak buat dengan dia ? " Zahra menjadi tertanya-tanya. Risau akan keselamatan adiknya.

" Kau tak payah nak masuk campur. Itu hal aku dengan dia. Tak sabar aku nak ratah dia. Body dia perghh. Looks delicious. Ermm. Hahahaha " Sejurus selapas lelaki itu berkata dia ketawa.

" Apa maksud kau ? Kau jangan sentuh dia lelaki tak guna !! " Zahra sudah separuh menjerit.

" Lelaki tak guna. " Lelaki itu mengulangi perkataan itu dengan senyuman sinis yang meniti di bibirnya.

He's Not MineWhere stories live. Discover now