Bab 30

812 42 4
                                    

Dua minggu telah berlalu, Zahra sudah boleh ke sekolah seperti biasa. Pantas sahaja masa berlalu. Sebab itu lah ada pepatah yang mengatakan bahawa masa itu emas. Masa sangat pantas berlalu dan masa tidak dapat diputarkan kembali.

Ini bukannya seperti cerita kartun doraemon. Yang boleh masuk ke dalam laci meja dan pergi ke masa hadapan atau ke masa lampau. Nama pun kartun mestilah tak betul. Tapi ini realiti. Dunia nyata. Kita kena tempuhi setiap masa yang mendatang. Perkara lepas dijadikan sebagai pengajaran.

Masa hadapan Zahra ialah melalui SPM. Itu yang akan menentukan dia berada di tahap yang mana. Jadi dia tidak boleh cuti terlalu lama. Selepas sahaja doktor memberitahu bahawa keadaannya sudah semakin pulih, terus sahaja dia bertanya kepada doktor tersebut bilakah dia boleh pulang ke rumah.

Alhamdulillah, sekarang dia sudah boleh bersekolah seperti biasa. Namun begitu, ......

"Zahra, betul ni kamu OK?" tanya Tengku Zahirah.

"Ye ibu, Zahra OK." jawab Zahra sambil ketawa kecil. Ialah sejak dari semalam lagi ibunya asyik bertanya akan soalan yang sama. Rasa-rasanya mungkin sudah melebihi seribu kali kalau dikira.

Zaim yang kebetulan baru sahaja tiba di ruang tamu ditegur oleh ibunya. "Zaim, tolong teng....."

"Ye ibu. Zaim akan tengokkan Zahra. Ajar dia soalan yang dia tak faham. Jangan bagi dia lari. Belikan makanan untuk dia waktu rehat. Bawa dia pergi tandas. cuci ........"

"Zaim !! Ibu, Zahra OK. I'll be fine. Trust me." ujar Zahra lalu mencium tangan ibunya. Zaim juga turut berbuat demikian.

"Ibu, Merdina pergi dulu." Selepas sahaja dia menyalami ibunya dia melanggar bahu Zahra dan terus keluar.

Entah dari manalah dia muncul. Zaim cuma mampu menggelengkan kepalanya. Apalah nak jadi dengan Merdina. Disebabkan seorang lelaki dia jadi begitu. Dia berharap yang adiknya akan berubah.

"Dah la. Lebih baik kamu pergi nanti lambat." kata Tengku Zahirah lembut.

"Zaim"

"Ye ibu, Zaim tahu." Zaim tahu ibunya risau akan Zahra. Ibu mana yang tak risau akan anaknya.

"Bye ibu" ujar Zahra sambil melambaikan tangannya.

Pin Pin

Terkejut Zahra taktala dia mendengar bunyi hon.Dilihatnya bahawa ada sebuah kereta proton persona yang berwarna hitam berhenti di hadapannya.

Zahra melihat pemandu kereta tersebut melalui cermin tingkap. Dia tersenyum apabila melihat wajah si dia. Zahra melambaikan tangannya buat si dia. Selepas itu dia membuka pintu kereta tersebut. Tetapi sebelum itu, Zahra memandang ke arah Zaim. Meminta kebenaran mungkin. Zaim menganggukkan kepalanya memberikan persetujuan untuk Zahra pergi sekolah dengan pemandu tersebut.

Masuk sahaja di dalam kereta, Zahra dihadiahkan dengan sebuah beg kertas. Zahra melihat isi kandungan beg kertas tersebut. Terdapat bekal makanan di dalamnya.

"Ermm" ujar Zahra hairan. Dia menolehkan pandangannya terhadap si dia untuk meminta penjelasan.

"My mom bagi. Umi cakap makanan yang dimasak dekat rumah ni lebih selamat." kata Firash menerangkan.

"Ouhh, buat susah susah je. Say thanks to your mom." Zahra tersenyum. Dia bersyukur.

'Senyuman tu. Aku janji akan kekalkan senyuman tu. Aku akan sentiasa buat dia tersenyum.' desis hati Firash

He's Not MineWhere stories live. Discover now