Bab 15

817 33 7
                                    

"Bukan sesiapa? I ni boyfriend you tau Zahra! I ulang sekali lagi BOYFRIEND you! I love you Zahra and I know you love me too." Dari nada suara yang tinggi ke nada yang lebih romantik.

Zahra terasa kakinya tidak jejak ke bumi. Melayang tinggi dan semakin tinggi dibuai dengan perasaan yang semakin gila menghentam jiwa. Andai dia terjatuh saat ini, pasti dia tidak akan mampu berdiri lagi.

Farhan mengemas buku-bukunya dan dimasukkan ke dalam beg. Pantas sahaja dia memasuki rumahnya. Geram dengan sikap Zahra. Malu dia ditenking oleh Zahra dihadapan Zaim, Adam dan Farah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Farhan's Pov

Dihempas pintu biliknya sekuat hati. Sungguh dia tidak puas hati dengan sikap Zahra.

"Yang mulut ni pun satu. Yang memandai cakap I love you tu kenapa. Ishhh serabut serabut." Farhan menampar nampar bibirnya atas ketelanjuran katanya kepada Zahra sebentar tadi.

Farhan duduk di birai katil. Gitar yang terletak elok di sebelahnya diambil. Perlahan-lahan gitar tu dipetik. Tapi, dia meletakkan semula gitar tersebut. Tidak ada mood hendak bermain gitar.

Tiba-tiba matanya tertancap kepada sebuah komputer yang terletak di sebelah meja belajar. Dia mengambil keputusan untuk bermain dota. Hilangkan stress katanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Asal kau tenking Farhan tadi. Dia layan kau baik kut Zahra. Siap bagi hot chocolatte lagi." Farah memandang wajah sugul Zahra. Mungkin menyedari atas kesilapannya atas sebab menenking Farhan sebentar tadi.

"Entah kau ni Zahra. Aku dengan Zaim nak tengok korang berbaik semula. Dah lama tak tengok korang berborak macam tadi selepas kejadian Farhan tolak perasaan kau dulu." Adam berkata sambil menggerak-gerakkan jarinya tanda ' haha tak tahu' .

(korang paham kan. kalau tak paham buat-buat paham. okay)

Zahra mengangkat wajahnya untuk menatap wajah adik kembarnya Zaim untuk meminta tolong memujuk Farhan. Akan tetapi satu jelingan yang dia dapat dari Zaim.

Selepas itu, Zaim pula yang meninggalkan meja tempat mereka belajar itu.

Zaim memang begitu. Dingin tapi penyayang.

Zahra mengeluh, mengeluh dan mengeluh. Mencari idea untuk memujuk Farhan. Tapi hampa otaknya langsung tidak berfungsi. Diketuk-ketuk kepalanya.

'Macam mana eaa. Aduh macam mana ni' Zahra bersungut didalam hatinya.

"Ishh Zaim ni, dia tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini.Haih. Tak guna betul." Adam mengomel sendirian.

"Zahra, aku balik dulu la ye. Driver aku dah sampai." ujar Farah sambil menunjukkan jarinya ke arah kereta yang dipandu oleh drivernya.

Zahra hanya pandang pemergian Farah sambil tangannya melambai-lambai ke arah Farah.

Selepas kelibat Farah menghilang, matanya memandang ke arah Adam yang masih setia di meja belajar itu.

"Tak nak balik ke Adam?" soal Zahra.

"Tak" ringkas Adam jawab.

"Kalau macam tu, kau duduk sorang-sorang la dekat sini ye. Aku nak masuk dalam bye." selepas mengucapkan perkataan bye kepada Adam, Zahra lantas meninggalkan Adam seorang diri dan memasuki ke dalam rumahnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Malam itu

Zahra's Pov

"I love you and I know that you love me too." terngiang-ngiang suara Farhan sewaktu petang tadi.

"Betul ke dia suka aku. Tapi," Zahra ragu-ragu.

"Hmmm...betul la kut. Tapi, kalau tak betul macam mana? Macam mana kalau dia cuma main-mainkan aku? Tak kut." Zahra menyedapkan hatinya. Bimbang jika Farhan cuma mahu mempermainkan dirinya.

"So, sekarang ni, macam mana nak pujuk Farhan a.k.a teman lelaki aku. Wah, tahniah Zahra kau dah ada teman lelaki. Auww, bestnya." Zahra bercakap seorang diri.

"Hmmm." otaknya masih lagi giat berfikir macam mana hendak memujuk Farhan.

Dan.....tetiba satu idea muncul....Melintasi akal fikirannya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sorry sebab chapter ni pendek.
nak tahu macam mana zahra pujuk farhan, tunggu next chapter okay.👌
author akan update untuk next chapter maybe minggu depan atau dua lagi minggu.
and mulai hari ni, author akan update sekali seminggu atau dua kali seminggu okay👌
author harap korang dapat bersabar.
love u.
see u in next chapter okay.💜

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

He's Not MineWhere stories live. Discover now