Bunyi loceng yang menandakan sesi persekolahan telah pun tamat kedengaran. Zahra mengemaskan buku-bukunya yang berada di atas meja dan dimasukkan ke dalam beg sekolahnya.
Setelah itu, Zahra menggalas beg sekolahnya dan bergegas keluar dari kelas.
Farah yang sedang memanggilnya tidak dihiraukan. Dia ingin cepat-cepat pulang.
Zahra berjalan keluar dari pagar sekolahnya. Dia bernasib baik kerana Pak Akub sudah berada di hadapan sekolah. Dibuka pintu kereta Mercedes dan dia pun memasuki ke dalam perut kereta tersebut.
Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ayahnya yang berada di sebelahnya. Riak wajahnya seperti tadi masam mencuka.
Ayahnya yang berada di sebelahnya pelik dengan perangai anak sulongnya itu. Lantas dia bertanya "Kenapa dengan anak ayah ni? Ada masalah ke?"
Zahra mengeluh perlahan. Takkan dia mahu menceritakan tentang kejadian pada waktu rehat tadi.
"Tak ada apa-apalah ayah. Zahra cuma penat je." Zahra berdalih. Dia tidak berniat mahu menipu ayahnya, akan tetapi kalau diceritakan hal sebenar, confirm ayahnya akan pergi berjumpa dengan Farhan.
Suasana di dalam kereta senyap sunyi. Zahra cuma memandang ke luar tingkap manakala ayahnya sedang bermain iPhone.
Setibanya di rumah, Zahra terus cepat-cepat keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah. Of course dia buka kasut dulu and then bagi salam.Zahra mendaki anak tangga kerana biliknya terletak di tingkat 3. Sampai sahaja di bilik, pintu biliknya dikunci. Dia menghepaskan badannya ke katil. Begnya dicampak ke bawah.
Tengku Mukhriz POV
Dia memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah. Isterinya iaitu Tengku Zahirah mengucup tangan suaminya itu.
"Kenapa dengan anak abang tu? Ni kenapa balik awal tak bagitahu?" tanya Tengku Zahirah a.k.a ibu Zahra.
"Entah la yang. Aik? Abang balik awal pun salah ke? Kalau abang tak balik terus baru tahu." Tengku Mukhriz bergurau. Seraya dengan itu, satu cubitan singgah di lengan kanannya.
Dia mengusap-usap lengannya. Terasa pedih di situ. "Hihihi. Abang gurau je lah sayang. Abang balik awal sebab nak makan masakan sayang and sebab abang rindu sayang la. Tapi tup tup dapat cubitan pulak. Kalau bagi kiss ke tak pa juga."
Tengku Zahirah ingin mencubit suaminya lagi, namun cepat sahaja suaminya mengelak. Dia membalas "Gatal la abang ni."
Tengku Mukhriz tersenyum simpul dan berkata "Gatal dengan sayang je." sambil mengenyitkan mata ke arah isterinya.
Tengku Zahirah menggelengkan kepalanya. Dia melihat suaminya yang berlalu pergi dengan ekor matanya. Selepas itu, dia pergi ke dapur semula.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Zahra masih terlentang di atas katil queen sizenya itu. Dinding biliknya yang berwarna biru laut itu dipandangnya. Terasa tenang sekejap.Percakapan Farhan masih terngiang- ngiang di mindanya. "Aku nak minta couple"
Dia mengambil bantal lalu menekup mukanya dan menjerit "Aarrgghhhh!!!"
Selepas itu, setitik demi setitik air matanya tumpah dan menjadi semakin deras. Tapi tak la deras macam air terjun tu. And tak banjir.
K. Hambar.
Perkara yang berlaku sewaktu dia di tingkatan 3 bermain di kotak fikirannya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sorry kalau tak best.
Do vote and comment. ( tak paksa pun)
Thanks sebab sudi baca love u guiss. 😍😘
YOU ARE READING
He's Not Mine
Teen FictionTajuk sebelum ini : Am I That Ugly? Zahra sedar bahawa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Namun, disebabkan cabaran yang diterima oleh Farhan membuatkan mereka bersama. Satu tragedi yang menimpa Zahra membuatkan Farhan menyesal. Akan tetapi cin...