Bab 29

828 51 20
                                    

Sampai sahaja di hospital **** Farhan memakirkan keretanya dengan berhati - hati di tempat letak kereta yang telah disediakan oleh pihak hospital.

Keluar sahaja dari keretanya, dia memakai cermin mata berjenama ray ban nya yang disangkut pada baju kemejanya sebentar tadi. Sejurus selepas itu, dia mengelockkan keretanya.

Farhan menaiki lif menuju ke aras 5. Selepas itu dia menuju ke arah bilik wad Zahra. Farhan membuka pintu bilik wad Zahra......

dan

................

Badannya menjadi kaku. Matanya mula merah menandakan air mata akan mengalir pada taktala itu . Di pejamkan matanya lantas air matanya jatuh setitik.

Farhan mengalihkan badannya ke belakang dan mengelap air matanya. Dia meletakkan bunga lavendar yang dibelinya di atas sebuah laci kecil yang bersebelahan katil Zahra.

Dia berjabat tangan dengan Firash. Ya, Firash ada di situ. Tapi itu bukanlah punca yang membuatkan Farhan mengalirkan air matanya.

Zah......

ra.....

d-d.......

dia.......

dah.......

sedar......

"Bila awak sedar ? " tanya Farhan. Dia tidak berhenti - henti mengucapkan kata syukur pada Allah di dalam hati.

Zahra hanya diam membisu. Melihat kebisuan Zahra, Firash tolong membalas pertanyaan Farhan kepada Zahra sebentar tadi " Malam semalam. Lepas Maghrib "

Farhan hanya mengangguk. Dia duduk di atas kerusi yang berada di dalam bilik wad itu.

"K-kenapa Zaim...."

Tidak habis lagi Farhan berkata, Zahra sudah menyampuk " Zaim tak nak ganggu awak date dengan Merdina semalam. "

"D-date, ermm Merdina ermm..." tergagap-gagap Farhan ingin memberikan penjelasan.

"It's okay Farhan. Tempoh 3 bulan dah lama berlalu. Awak tak akan di anggap sebagai loser dah." tutur Zahra dengan suara yang masih serak. Ada nada sedih di situ.

Farhan tersenyum. Matanya kian memerah. Di dalam hatinya, dia ingin menjerit menjelaskan perkara yang sebenar. Tapi mengenangkan keselamatan Zahra, dia tidak mampu.

Farhan mahu meraih tangan Zahra tetapi Zahra terlebih dahulu menarik tangannya.

"Zahra" Farhan menyeru nama itu.

Jujur Zahra rindu akan suara itu. Apabila Zaim memberitahu bahawa Farhan dan Merdina keluar berdating semalam hatinya sakit. Dia kecewa.

Zahra memegang kepalanya yang masih berbalut. Sakit.

" Zahra " sekali lagi Farhan menyeru nama itu. Risau dia apabila Zahra memegang kepalanya. Dari riak wajah Zahra pun menunjukkan bahawa dia sedang sakit. Sungguh hanya Allah yang tahu bahawa risaunya dia terhadap Zahra.

" keluar " arah Zahra.

"Hah?" Farhan menyoal. Dia tidak mahu keluar. Dia mahu berada di samping Zahra.

"Bro, aku rasa kau patut keluar." arah Firash pula sambil memegang kepala Zahra yang masih berbalut itu.

Hati Farhan remuk apabila melihat tingkah Firash yang menyentuh tubuh Zahra dan keprihatinan yang dia berikan menunjukkan bahawa Firash ada hati terhadap Zahra.

Firash mengalihkan mukanya ke arah Farhan apabila dia rasa seperti dirinya diperhatikan. Firash mengeluh .

"Bro, kau tak perlulah risau tentang Zahra. Sekarang ni, detik ni, saat ni dan di masa akan datang andai aku masih bernyawa akan aku jaga Zahra sepenuh hati. Kau tak perlu risau. Aku dah officially jadi boyfriend Zahra." kata Firash.

He's Not MineWhere stories live. Discover now