Zahra memasuki ke dalam kelas setelah mendengar bunyi loceng yang menandakan waktu rehat telah tamat.
Masuk sahaja dalam kelas matanya tertancap kepada Farah yang sedang menulis sesuatu di tempat duduknya. Zahra menghampiri Farah dan melabuhkan duduknya di sebelah Farah.
Dia rasa bersalah di atas kelancangannya berkata kepada Farah sebentar tadi. Dia tahu bahawa itu salahnya. Dia terkesan dengan apa yang diberitahu oleh Firash aka Arash sewaktu rehat sebentar tadi.
Flashback
Selepas sahaja kelibat Farhan menghilang dari pondok itu, ada suatu suara yang menegurnya.
"Zahra." suara itu memanggilnya.
Lambat-lambat Zahra mengalihkan pandangannya ke tepi. Mana ada hantu siang siang ni. Zahra berfikir secara positive.
Zahra mengeluh kelegaan apabila wajah Firash yang menyapa pandangannya.
'Apelah Zahra, suara Arash pun tak cam.' suara hatinya berbisik.
"Boleh Arash duduk sini?" soalnya dengan lembut. Ni yang melting ni.
"Boleh." Zahra memberikan senyuman buat Firash dan menganggukkan kepalanya.
Firash mengambil tempat duduk di hadapan Zahra. Di jarakkan sedikit kedudukannya. Takut menimbulkan salah faham di kalangan guru atau pelajar. Zaman sekarang ni bukan boleh, sikit sikit kena kecam. Buat tuduhan melulu tanpa usul periksa.
"Arash nak cakap tentang Farah." kata Firash setelah lama berdiam diri. Tak la lama sangat dalam lingkungan 1 minit.
Zahra menjelingkan matanya tanda tidak suka. Sepatutnya sebagai kawan, Farah hendaklah menyokong keputusannya bukan memburukkan orang yang dia sayang.
"Kalau Arash nak cakap tentang tu, Zahra tak beri apa apa komen." kata Zahra tidak ambil peduli.
YOU ARE READING
He's Not Mine
Teen FictionTajuk sebelum ini : Am I That Ugly? Zahra sedar bahawa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Namun, disebabkan cabaran yang diterima oleh Farhan membuatkan mereka bersama. Satu tragedi yang menimpa Zahra membuatkan Farhan menyesal. Akan tetapi cin...