Bab 6

993 50 0
                                    

Zahra menggosok perlahan matanya yang masih berat. Dia menggeliat malas sambil menguap kecil.

Zahra bangun menuju ke meja belajarnya dan mengambil oppo r9s nya. Dia terkejut melihat angka jam yang tertera di skrin fonnya sudah menginjak kepada pukul 4:03 petang.

'Alamak Zohor kelaut' desis hatinya.

Dengan pantas, Zahra mencapai tuala dan di sangkutkan ke bahu. Usai mandi, dia terus menyempurnakan tugasnya sebagai seorang umat islam.

Sejurus selepas itu, Zahra terus turun menuju ke dapur. Perutnya sudah berbunyi minta diisi.

Itulah, sibuk sangat melayan perasaan yang entah apa-apa. Sibuk sangat dengan hal duniawi yang hanya sementara ini, hinggakan Zohor pun ke laut. Nasib sempat.

Zahra mencedok nasi ke dalam pinggannya. Dia berjalan menuju ke meja makan yang jaraknya hanya beberapa langkah sahaja.

Zahra melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia mengambil seekor eh.... tak seketul ayam goreng sahaja, Serta ulam raja dan sambal belacan.

Walaupun dia berketurunan Tengku, akan tetapi keluarganya lebih menggemarkan makanan kampung berbanding makanan barat.

Dengan bismillah, dia mula makan.

"Turun pun anak ibu ni. Ingat kan tak nak turun. Jimat lauk tu." usik Tengku Zahirah.

Zahra tersengih. Dia mengambil pinggannya dan menuju ke dapur untuk di basuh.

Zahra baru sahaja mahu naik ke biliknya, untuk menunaikan solat asar. Azan asar sudah pun berkumandang.Akan tetapi, ibunya memanggilnya untuk duduk di sofa di ruang tamu.

Setelah duduk, Zahra bertanya. "Kenapa ibu ?"

"Sepatutnya, ibu yang tanya Zahra. Kenapa dengan Zahra ? Balik sekolah aje moody." Tengku Zahirah menyoal.

Zahra hanya diam membisu. Tidak tahu untuk menjawab apa.
Tengku Zahirah mengeluh. Nalurinya sebagai seorang ibu dapat mengagak bahawa anaknya sedang berhadapan dengan masalah. "Kalau kamu tak mahu bagitahu ibu sekarang tak apa. Take your time. I just want you to know, that I always be here for you. If you want to share anything, just let me know okay, my dear. I will listening." katanya sambil tersenyum.

Zahra membalas senyuman ibunya.

Tiba-tiba kedengaran bunyi loceng dan orang memberi salam. Melihat ibunya yang ingin bangun, membuatkan Zahra lantas berkata "Tak pe ibu, biar Zahra yang bukak kan."

Zahra terus berjalan ke arah pintu. Alangkah terkejutnya dia melihat orang itu ialah Tengku Aisy Farhan.

Melihat Farhan yang memandangnya tidak mengelip mata walau sesaat, membuatkannya hairan.

Lantas dia teringat sesuatu. TUDUNG. Dia menutup pintu dengan kasar dan terus masuk ke dalam bilik.

Zahra berselisihan dengan Zaim yang baru sahaja turun dari tangga. Zaim mengerutkan dahi setelah melihat Zahra yang sedang berlari anak.

Zaim membuka pintu semula. Terlihat wajah Farhan yang tersengih sorang-sorang.

Lepas itu, digelengkan kepalanya. 'Apa aku fikir ini. Astagfirullahalazim' Farhan menapar pipinya.

Zaim melihat kawannya dengan pandangan hairan.

Melihat Zaim yang sudah terpacul di hadapan muka pintu, membuatkan jantungnya yang berdegup kencang kembali tenang.

"Kau kenapa Farhan ? Dah gila. Ni asal datang rumah aku?" Zaim bertanya.

"Oh. Aku nak jumpa dengan Zahra, tapi tak apalah. Esok je aku bagitahu dia." katanya.

Ya, niatnya datang ke situ ingin menjalankan misinya untuk menjadikan Zahra sebagai girlfriend.

"Oh.....Nak jalankan cabaran kau ke ? I wish you good luck. But one thing I want to remember you. Cabaran, cabaran juga. Tapi jangan sakitkan hati kakak aku. Kalau aku dapat tahu, lunyai kau aku kerjakan." Zaim memberi amaran keras kepada sahabatnya.

Tengku Zaim Muqri merupakan adik kembar Tengku Zahra Maylissa. Mereka merupakan kembar tidak seiras.

Tengku Zaim Muqri seorang yang berkulit cerah dan kacak. Dia merupakan seorang instafamous. Dibandingkan dengan Zahra yang agak gelap dan kurang cantik.

Zaim banyak mengikut rupa ibunya. Zahra pula mengikut rupa ayahnya.

Ibunya seorang yang berkulit cerah dan matanya berwarna hazel. Manakala ayahnya seorang yang berkulit sawo matang dan berambut keperang-perangan.

"Tak apa lah. Aku balik dulu lah." Farhan berkata sambil menepuk bahu Zaim.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sorry kalau tertypo.
Sorry kalau korang rasa cerita ni membosankan.
Thanks for reading.
Do vote and comment. Tak paksa pun.

He's Not MineWhere stories live. Discover now