"Assalamualaikum" Zahra memberi salam kepada rakan sekelasnya apabila dia sudah berada di muka pintu kelas.Dia melemparkan sebuah senyuman buat Firash sebelum mereka berdua berpisah dan duduk di kerusi masing-masing.
Zahra sedang meletakkan beg galasnya ketika Farah berkata " Amboi, bahagia nampak "
Zahra sudah tersengih menampakkan barisan gigi putihnya. " Ala kau ni, tak boleh ke nampak aku bahagia ? Hari tu kemain nangis waktu aku baru sedar dari koma. " ujar Zahra sambil mindanya terngiang-ngiang kembali bicara Farah ketika itu.
"Zahra kau dah sedar rupanya. Alhamdulillah. Kau tahu tak aku risau gila gila dekat kau. Sob sob kau tahu tak. Farhan tu tak guna. Lelaki jahat. Sob sob. Ke-kenapa kau t-tak telefon a-aku. sob sob. Kesian kau sampai koma macam ni sekali. Farhan tu tak layak untuk kau. Kau berhak bahagia. Putus la dengan mamat tak guna tu. "
"Uitt, manusia termenung apa?" cuit Farah.
"Ish, kau ni Farah apa manusia manusia. Aku memang la manusia tapi aku ada nama Tengku Zahra Maylissa. Ha kan sedap nama tu. "
"Ok la tu dari aku panggil binatang. Hahahahahaha" gelak Farah sepuasnya apabila melihat raut wajah Zahra yang tidak puas hati itu. Muka tu kalau boleh berkerut sampai sebiji macam nenek umur 80 tahun.
"Farah !!!!! Kalau cakap dengan kau tak pernah aku nak menang tau. " Rajuk Zahra.
" Ha, merajuk merajuk. Ingat comel. Budak kecik yang tengah nak terberak lagi comel tau. "
"Farah !!!!!!!" lagi bertambah kedutan di wajah Zahra membuatkan Farah ketawa terbahak-bahak.
"Sudah - sudah la tu ketawa. " kata Zahra apabila melihat Farah masih dengan tawanya.
Farah mengelap air mata yang terkeluar sedikit dari matanya akibat ketawa sebentar tadi.
"Aku sayang kau" kata Farah dengan tiba-tiba dan lantas dengan itu dipeluknya tubuh Zahra. Erat.
Zahra tersenyum dan membalas pelukan itu. "Aku sayang kau juga. "
Sementara itu dari sudut pandangan Firash dia tersenyum melihat kekasih hati pengarang jantung pisangnya tersenyum. Eh (?).
pap
Terkejut Firash dibuatnya apabila ada sesorang yang menepuk kuat bahunya.
Dia menoleh ke sebelah kiri dan wajah Zaim memenuhi ruang matanya. Terlalu hampir.
Gulp
Firash telan liur. Bau minyak wangi yang dipakai oleh Zaim menerobos masuk ke rongga hidungnya.
"Woi !! kau kenapa Firash ?" kata Zaim yang pelik melihat Firash yang kaku sambil menelan liur. Terjongket keningnya sedikit melihat perilaku Firash.
" Hahaha, kau tu mengancam sangat Zaim. Gugur iman Firash. Kau kena hati-hati lepas ni takut nanti Firash terkam kau. Hahahaha. " kata Adam yang berada di meja hadapan yang terletak di hadapan Zaim.
" Woi !! Pikir aku ni kunyit ke? " tajam anak mata Firash menikam mata Adam.
" Hahahaha, ada ada je korang dua ni " Zaim menggelengkan kepalanya.
YOU ARE READING
He's Not Mine
Teen FictionTajuk sebelum ini : Am I That Ugly? Zahra sedar bahawa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Namun, disebabkan cabaran yang diterima oleh Farhan membuatkan mereka bersama. Satu tragedi yang menimpa Zahra membuatkan Farhan menyesal. Akan tetapi cin...