Jam loceng yang berdering dari tadi diberhentikan. Badan yang penat ditegangkan. Alahai malasnya lah nak sekolah, ialah dah dua minggu cuti sekolah.
Pintu bilik dibuka luas. Muncul Puan Zulaika.
"Nabilah anak ibu bangun dah pukul enam pagi ni. Kan nak pergi sekolah baru" ok keluarga aku memang panggil aku Nabilah kawan-kawan aku yang panggil Liyana.
Mata terbuntang luas bibir terukir senyuman. 'sekolah baru'
Lantas aku bangun dari katil dan mengambil tuala yang digantung di tepi bilik air.
"Mandi cepat, solat subuh lepastu turun makan. Jangan lambat" sempat ibu memberi amaran. Ha iyelaa aku kalau mandi memang macam mandi bunga. Lagi bila ada tab mandi.
Usai solat subuh aku melipatkan kain telekung aku dan gantung semula. Beg sekolah berwarna sky blue aku ambil dan galas. Yes memang warna kegemaran aku.
Aku menuruni anak tangga berhati-hati. Yelaa aku ni pakai kain sekali jatuh habis patah tangan dah susah kan orang pulak.
"Morning my lovely family muah muah" Aku melambaikan tangan ke arah ibu, ayah, kakak dan abang aku. Termasuk juga maksom dan Pak Hasan.
"Morning" jawab mereka serentak.
"Dah sayang sini cepat makan dah pukul 6:30 ni lambat nanti" ibu menyuruh aku lebih laju. Ye aku ni memang suka lambat-lambat.
"Iyelaa ibu"
"Nabilah, nak Pak Hasan letakkan beg dalam kereta tak"
"Emm... Boleh jugak Pak Hasan tunggu je dalam kereta Nabilah kejap je ni" aku bagi beg sekolah aku pada Pak Hasan, sekarang beg sudah bertukar tangan. Pak Hasan berlalu keluar.
Aku menarik kerusi dan mengambil tempat di sebelah Abang aku. Abang aku ni tua setahun je dari aku. Kakak aku pula sudah bekerja.
"Cepat sikit mak cik oi awak tu sekolah baru" abang aku membebel. Haih dia ni kalau membebel kalah bekas cikgu aku dulu. Pop pet pop pet.
"Shh...." Aku meletakkan jari telunjuk di bibir suruh dia diam.
"Adik tunggu abang tau, abang naik motor pergi sekolah"
Abang aku ni tingkatan 4 aku tingkatan 3 dia memang sekolah dekat sekolah yang aku baru pindah ni. Beria noh suruh aku pindah. Aku cepuk baru tahu.
"Ha iyelaa" aku meneguk air milo dan menjamah nasi goreng.
"Ok ibu, Nabilah pergi dulu" aku bangun dan menyalam semua orang yang berada di meja makan.
Pinn!!
"Ha cepatlah Pak Hasan dah tunggu lama tu"
Aku berlari anak, melihat jam "argh lambat dah" jam sudah menunjukkan pukul 6:40 pagi
Di sekolah baru...
Pintu kereta dibuka. Aku menarik nafas sedalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan. "Pak Hasan tudung saya ok tak?" Sempat lagi aku tanya.
"Nabilah pakai macam mana pon cantik je" opsss kembang babe! Ada-ada je Pak Hasan ni tau.
Aku keluar dan menutup pintu.
Baju yang sedikit renyok di betulkan.
"Ok dah"
Aku melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah itu. Ok kelihatan lebih ramai orang cina berbanding orang melayu. Ye ni sekolah orang kaya patutlah memang cina la yang banyak.
"Takpelah nanti ada la ni kawan" aku bual sendiri.
Loceng sekolah sudah bunyi. Tetapi aku tak beratur aku terus ke pejabat untuk mendaftar diri.
YOU ARE READING
Hai Abang Rugby!
Short StoryNabilah Syazliana atau lebih selesa digelar Liyana baru pindah sekolah. Dah di katakan pelajar baru maksudnye semua dia tidak tahu tentang sekolah itu termasuklah di mana terletaknya kantin. Ingat private school elok sangat rupanya sama je, lari...