07

292 20 0
                                    

Hmm.. badan aku lemah, aku hanya terbaring sejak satu jam yang lepas selepas abang telefon aku. Bayangan wajah dia asyik muncul di mindaku.

"Get well soon my dear Aiman" aku bersuara lemah.

Aku mengambil telefon aku, aplikasi wassap aku bukak. Nama Aiman❤ aku tekan. Muncul semua mesej yang aku pernah mesej dengan dia.

Termasuk juga sebelum dia kemalangan. Dia ada cakap dia sudah sampai ke sekolah dan sekolah kami menang.

Awak

Ye saya

Saya dah sampai sekolah ni

Ouh, menang kalah?

Semestinya menang😋

Ouh mestila kan sebab ada Aiman 🙊

Huhu.. eh awak ni saya gurau je..
mana adalaa bukan Sebab ada saya😅

Eleleleh...

Ok lah awak..

Eh haa awak abang awak suruh saya lepak rumah awak. Kita jumpa dekat sana la ea💃

Okey😛

Eh eh😛

Hehe dah lah.. cepat sikit.. nanti jumpa!!

Miss you!

😯

Miss you too😯

Telefon aku peluk. Tangisan semakin keluar membuak-buak. Mesti mata merah. Hmm aku sayang dia. Walaupun aku bukan awek dia tapi aku rasa risau sangat.

Kring kring !!

Telefonku menjerit minta di angkat. Nama abang tertera di skrin telefon. Segera aku menjawab panggilan.

"Hello.. adik bukak pintu abang dekat luar" arah abangku.

"Ha?? Ok.." lantas aku bangun dan menuju ke pintu bawah.

Aku membuka pintu.. nampak muka kusut abang aku. Dia dah lah baru balik dari game lepastu dia pergi hospital. Mesti dia penat.

"Adik nak pergi sekarang ke hospital tengok Aiman?" Soal abangku.

Aku diam..

"Nak ke tidak.." soal abangku lagi.

"Boleh ke bang..?" Soal aku.

"Boleh je. Anything for my dear" kepalaku dia usap.

"Okey. Abang tunggu adik siap jap" aku terus berlari anak mendakit tangga. Bawal crepe coklat yang sudah tergantung aku sarung. Dompet aku amik. Boleh nanti makan kat luar je.

"Okey abang jom, adik dah siap." Pintu rumah aku kunci. Abang aku sudah di atas motor rxz nya.

"Nah pakai helmet ni" aku ambil dan pakai. Dan terus naik motor duduk di belakang abang aku. Motor terus di pecut laju.

Hai Abang Rugby!Where stories live. Discover now