08

317 17 0
                                    

      Hari ni hari Ahad maksudnye hari ni sekolah la. Seperti biasa aku akan buat rutin harianku untuk ke sekolah. Cuma hari ini pelik sedikit. Semasa aku mahu naik kereta kelihatan Aiman di luar rumah. Mungkin tunggu abang kot.

  Dah hampir sebulan aku sekolah dekat sini. Adelaa sorang budak baru pindah tapi dia lagi baru. Baru seminggu lepas pindah sekolah sini. Dia masuk kelas aku. So aku jadi rapat la dengan dia. Dan nama dia ialah
Aqilah Shuhadah. 

Meh aku bagi ciri-ciri dia sikit. Dari wajah. Ok cantik, putih, alis mata cantik tak lentik sangat tapi cantik kening terbentuk. Tinggi sama je dengan aku, sporting gila! Tapi kalau kira hipster memang die laa lagi hips.

Ok back to story..

Aku melangkah masuk sekolah, dari jauh sudah kelihatan wajah Aqilah di pondok membaca. Tunggu aku ler tu.

Aku terus ke arah dia niat nak terkejutkan dia. Perlahan lahan aku jalan bila dah dekat belakang.

"Haa!!!" Aku menyergah dia.

"Allahuakhbar!!" Okey ini lawak!

"Haha lawak lah kau" aku menekup mulut tahan gelak.

"Wei... Jahatlah kau ni" lenganku dipukul.

Ketika itu pelajar yang lalu memandang kami. Tersengih-sengih. Tapi bukan nak kata apalah kan. Aku ni dah macam diva hot pulak kat sekolah ni. Sejak seminggu lepas aku masuk sekolah ni terus ramai yang follow insta aku pastu main wassap pulak. Mana entah dapat no tel aku.

"Jap jap... Weh Qila dia.. dia tu tuu" aku menunjukkan Aiman.

"Eh haah laa.. dah weh diam shh.. duduk diam-diam" ok kali ni berlakon je lebih konon baik.

Aku pun duduk diam konon bual ngan Aqilah.

"Aiman lalu.." Aqilah bagitau. Ok dup dap.

"Eh eh dia datang weh dia datang" alamak over pulak Aqilah ni.

"Apa aku nak buat do" aku dah macam cacing kepanasan.

"Lek jee..." Aqilah suruh aku tenang.

"Haii.." suara yang sangat aku kenal. Bengongkan aku ni, nak debar apa pasal padahal dekat rumah aku gurau macam biasa je. Ok je.

Aku menoleh. Argh ensem nye. Rasa macam mata aku ni dah bentuk love love dah.

"Hai.." aku senyum. Aku memandang ke arah mereka. Buka Aiman je tapi ada abang aku dan empat lagi kawan abang aku. Maksudnya geng dia lah.

' aduh ada apa laa ' mata aku memandang abang aku. Senyum.  Dah kenapa abang aku ni.

"Dia jawab.." Epul, Hafiy, Wan dan Apis menjawab. Ah gila!

Aku terus bangun dan mahu berlalu. Tapi aku berhenti kerana abang aku panggil.

"Napa?"

Abang aku menghulur kertas kerjaku. Oh damn! Camne aku boleh lupa bawak? Nasib abang bawakkan. Love you abang!! Aku Menjerit dalm hati.

"Terima kasih." Aku dan Aqilah terus berlalu pergi meninggalkan 'geng' abang aku.

*******

   Tempat duduk aku yang dulu kedudukannya dua meja dan dua kerusi sekarang sudah bertambah kepada tiga kerusi tiga meja sebab ada Aqilah.

Aku, Asrul dan Aqilah bila kami bertiga bergabung memang meletop kelas. Dulu bila cikgu masuk diam senyap sunyi sekarang kami bertiga yang akan kepoh. Kami je berani pelajar lain tak berani.

"Weh petang ni keluar jom.. bosan lah" Aqilah mengajak aku dan Asrul.

"Aku okey je" Asrul setuju.

Hai Abang Rugby!Where stories live. Discover now