Langkah semakin laju untuk memasuki kawasan sekolah. Dalam fikiran aku hanyalah Abang Rugby sahaja.
Seperti biasa kami akan beratur di dalam dewan dahulu dan masuk ke dalam kelas.
Semasa masuk ke dalam kelas sangatlah diam tapi bila dalam kelas tak pernah putus bercakap rakan-rakan sekelas aku. Pelik!Aku menarik bangku aku dan duduk di sebelah Asrul. Cikgu belum masuk jadi sempatlah nak berborak sekejap fikir aku sendiri.
"Weh Asrul" dengan sekali panggil Asrul sudah pandang ke arah aku.
"Napa?" Soal dia.
"Kenal Aiman?" Soal aku sengaja nak tahu tentang Lelaki itu.
"Aiman? Aiman Rayyan?"
Angguk.
"Gila kau tak kenal" jawab Asrul muka seperti series.
"Asal pulak?" Soal aku pelik.
"Dia kan budak Rugby sekolah lepastu dia tu jenis yang melayan perempuan. Senang cerita gatal la." Jelas Asrul. Nampak buruk dia cakap tetapi sedikitpun tidak mengusik hati aku.
"Ouh" aku menjawab sepatah.
"Asal?" Soal Asrul.
"Takdelaa aku tengok dia baik jee tiada kurang pun dekat mata ni" jawab aku jujur.
"Haha memanglah kau tu perempuan weh" okey kali ni aku betul-betul tak faham asal laa Asrul cakap gitu.
"Aikk dah kenapa kalau aku perempuan pun" masa ni memang aku dah menggaru kepala walaupun masa tu aku tak gatal pun. Iyelaa pelik kot.
"Dia tuu..." Dia mendekatkan mulut dia ke telinga aku lalu sambung ayatnya.
"Playboy" membuntang mata aku, series la aku tak percaya tau!!
"Tipu la kau"
"Dia mula-mula baik nanti dah lama dia tinggal gitu je" haa kali ni lagi aku terkejut, aku ni salah sorang dari mangsa dia ke.
"Tak payah la weh kau minat dekat dia.. dari minat dia baik minat aku yang kacak ni" eh menyempat jee nak lagak macho.
"Eleh kau nak muntah dengar"
Kami tergelak kecil.
"Eh dah shh... Cikgu masuk" aku suruh Asrul diam sebab dah nampak kelibat cikgu.
Kelas aku yang agak bising tadi dah jadi senyap. Barubah 360° babe!
Pelajaran dimulakan, tapi kepala aku sekarang dah melayan jauh. Nak tahu pikir apa? Semestinya tentang Aiman. Betul ke?
Tapi kenapa aku rasa nak sangat dengan dia? Haih... Susah laa gini!!!!
*********
Waktu rehat masih lagi berbaki 10 minit. Aku masih lagi seorang diri di sekolah ini walaupun sudah hampir seminggu aku bersekolah di situ.
'aku dah makan nak buat apa lagi ek' bisik aku sendiri sambil melangkah tanpa arah tuju.
Tanpa aku sedar satu susuk tubuh yang sangat kenal dan sangat aku minati sekarang di hadapan aku. Senyuman tiba-tiba terukir.
"Dia tu playboy" tiba-tiba aku teringat balik apa yang Asrul cakap tadi dalam kelas.
Senyuman terus dimatikan, aku tunduk dan terus melangkah mahu pergi. Tapi langkah aku terberhenti kerana seperri ada orang memanggil nama aku.
"Liyana" aku menoleh kebelakang.
'ouh Asrul' aku menjongkitkan kening.
"Napa?" Soal aku.
"Kau nak pergi mana? Asal sorang?" Menyoal aku.
"Library" eh asal tiba-tiba je ni padahal tadi tak terpikir pon.
"Ouh okey"
Aku menganggukkan kepala aku dan terus berlalu. Masa ni aku rasa macam diperhatikan. Tapi saja malas nak layan perasaan.
**********
Aku melangkah masuk ke dalam rumah, penat tambah malas tambah rimas ah semua ada.
"Nabilah" abang aku panggil.
Aku tak melayan dan terus melangkah mendaki anak tangga. Muka memang masam mencuka lah.
"Adik.. adik.. oii" berkali-kali abang panggil tapi tetapi aku buat tak endah. Ha ada aku kesah.
Aku tak jawab tapi aku balas dengan menutup pintu dengan kuat.
Bam!
******
Selepas mandi aku solat selalunya lepas solat zohor aku turun makan tapi hari ni tak. Aku terus menghempas badan aku yang letih di atas katil king aku yang empuk tu. Haa hilang sikit penat.
"Dia mula-mula baik nanti dah lama dia tinggal gitu je"
"Dia playboy"
Terngiang-ngiang suara Asrul di telinga aku.
"Haih dah kenapa kau ni Liyana" aku meraup muka aku.
Yelaa baru kenal dah nak suka-suka lepastu nak berangan kan dia, eeee tak logik lah.
"Adik.. ibu suruh turun makan" muncul muka abang aku dekat pintu.
"Nantilah tak lapar lagi" jawab aku malas.
"Adik ni kenapa? Dari tadi balik abang tengok moody je"
Aku hanya menggelengkan kepala aku.
"Kalau takde pape turun makan" abang terus melangkah nak keluar dari bilik.
"Jangan lupa pakai tudung" abang aku sruh.
"Kenapa pulak" soal aku malas. Dah kenapa dengan keluarga sendiri nak kena pakai tudung.
"Pakai ajelaa sayang oi"
Aku terus menyarung bawal crepe hitam dan mengikut abang turun.
"Takde siapa pun" aku bersuara.
"Duduk jelaa banyak bunyi nye adik ni"
Aku hanya duduk di meja lagak macam biasa. Tapi muka masih lagi ketat.
Abang yang tadi duduk sekarang berdiri.
"Eh abang nak pergi mana tu" ibu menyoal pada abang.
"Abang nak amik barang apa dekat bilik kejap"
"Eh abang duduk biar adik yang amik" entah kenapa tiba-tiba rasa rajin pulak.
"Tak payahlah dik"
"Takpe-takpe" aku terus mendaki anak tangga. Sampai di hadapan bilik abang aku pelik. Nampak lampu bilik di buka.
'sejak bila abang aku ni pandai membazir' aku mengomel sendiri.
Tombol pintu dipulas. Sekarang pintu dibuka luas. Yelaa aku ni mana reti buka pintu kecik-kecik.
Terus aku nampak satu susuk tumbuh sedang berdiri di atas sejadah, menunaikan solat. Aku kenal sangat tubuh itu.
Hati aku cair melihat cara pergerakan Aiman di dalam solat. Aku memerhati dia solat sehinggalah dia duduk tahiyat Akhir.
"Adik asal lama sangat" Abang memegang bahu aku.
Aku terkejut lalu pusing ke belakang memandang wajah abang.
"Asal tak cakap?" Soal aku.
"Dah la adik pergi turun dulu eh" arah abang aku. Aku hanya menurut sahaja.
![](https://img.wattpad.com/cover/110964503-288-k357122.jpg)
YOU ARE READING
Hai Abang Rugby!
Short StoryNabilah Syazliana atau lebih selesa digelar Liyana baru pindah sekolah. Dah di katakan pelajar baru maksudnye semua dia tidak tahu tentang sekolah itu termasuklah di mana terletaknya kantin. Ingat private school elok sangat rupanya sama je, lari...