Perasaan gemuruh di hati semakin membuak-buak. Cikgu Mia di sebelah aku hanya diam dan tekun memandu. Hanya celoteh penyampai radio sahaja yang ada sekarang ni.
Selepas hampir satu jam cikgu memandu sekarang sudah sampai tempat yang dituju.
"Okey dah sampai"
"Saya kena buat apa cikgu" aku melihat tempat yang aku duduk sekarang ni. Pemain rugby sekarang sedang warming up termasuk Aiman.
"Awak duduk je dekat sini, saya nak tengok pelajar pelajar main nanti dengan cikgu Hafiz"
"Liyana.." eh jap Aiman ke? Aku menoleh ke sebelah.
"Eh hai Aiman, Hai Abang Rugby! " Aku melambai tangan ke arah Aiman.
Aiman hanya senyum melihat telatah aku.
"Doakan Aiman tau, Aiman pergi dulu"sekarang giliran sekolah aku untuk bermain.
Sekolah aku ada kelainan, aku rasa mereka sedang buat Hakka untuk permulaan permainan mereka.
Kedudukan aku ni takde lah jauh sangat dari padang perlawanan, so aku boleh lah nampak.
Aku tengok punyalah khusyuk tapi yang sebenarnya satu pun aku tak faham tentang rugby walaupun abang aku selalu cerita tentang rugby.
Sudah berapa minit perlawanan bermula tetapi tiada lagi yang cedera, hebat betul pemain sekolah aku ni.
Wisel sudah berbunyi, mungkin masa sudah tamat kot.
Tak silap aku permainan ada tiga round kot.
"How?" Soal aku apabila melihat Aiman dengan keadaan badannya yang sudah berlumpur.
Dia senyum, manis senyuman dia. Nampak sangat gembira tu.
"Menang"
"Alhamdulillah, congrats" aku pun gembira juga.
" Ok semua standby round two" cikgu Hafiz menarik perhtian semua pemain untuk game ke dua.
"Aiman ok tak?" Aku melihat dia seperti penat semacam. Dia je yang lain macam.
"Okey, doakan Aiman tau"
Angguk.
Game kedua sudah bermula.
Kringg!!
Telefon aku berdering minta di angkat nama cikgu Mia tertera di skrin. Ni mesti ada yang cedera. Segera aku menjawab panggilan.
"Hello cikgu"
"Liyana get ready your job k. Ada pelajar sekolah kita yang dah injured ni."
"Ha? Em baiklah cikgu"
Panggilan di matikan. Segera aku bangun dari duduk dan membentangkan tikar untuk pelajar tersebut duduk. Sebotol Air 100plus dan satu cawan polisterina aku keluarkan.
Kelihatan dari jauh cikgu Mia jalan bersama seorang pelajar lelaki yang nampak mukanya sudah lemah. Jap aku macam kenal.
"Aiman?" Aku terus bangun dan pergi ke arah cikgu Mia dan Aiman.
Seperti biasa sarung tangan aku akan pakai sebab aku tahu kerja seperti ini memerlukan persentuhan.
"Okey tak cikgu pelajar ni" aku tolong cikgu memapah Aiman yang separuh sedar.
Aku membaringkan dia di atas tikar yang aku bentang. Sekarang matanya tertutup rapat. Matahari yang sangat terik membuatkan aku tambah lagi risau padanya.
Aku menuang air ke dalam cawan.
"Aiman minum air ni"
"Tangan Aiman sakit kepala Aiman pening" dia cuba untuk bangun, sekarang matanya sudah dibuka.
"Ouh sini Liyana tolong Aiman duduk"
"Bukan mahram Liyana mana boleh bersentuhan"
Aku hanya tersenyum " jangan risau Liyana dah pakai sarung tangan kalau tak takdelah Liyana papah Aiman tadi"
Angguk.
Sekarang kedudukannya sudah duduk. Aku bagi dia minum air dan sedikit roti. Dan menyapu lagi ubat di bahagian yang terseliuh. Cita-cita aku buka doktor tapiaku suka tentang perubatan. Jadi aku adalah sedikit pengetahuan tentang camni.
"Thank you si cantik" ucap Aiman, adehh sakit sakit pon sempat bergurau.
"Huh? Sama sama" okey aku blushing seketika.
"Ada telefon?" Tiba tiba soalan itu keluar dari mulut Aiman.
Angguk.
"Nak kejap" dia menghulurkan tangannya.
Aku mengeluarkan iphone6 aku dan bagi pada dia.
"Woo iphone6 sehh" dia membelek telefon aku.
"Buka laa password ni sayang oi" haa?? Sayang?? Arghh!!!!
"Hehehe" aku buka dan bagi balik.
Aku hanya memerhati je apa dia buat. Kamera dia buka dan ..
"Jom"
Lahselfie je cakap la dari awal. Tapi! Selfie dengan Aiman?
Aku hanya senyum dan dia menekan.
"Lagi lagi" aku suruh dia amik lagi.
Banyak juga gambar dengan dia hari ni. Ada yang ayu senyum manis senyumm comel ada yang muka annoying ha muka tu Aiman suruh buat k.
"Nah, terima kasih. Ha kasi dekat Aiman sekarang" aku hanya mengikut je arahan dia.
"Lajunya internet baru mintak dah masuk dah gambar" apa ni asyik nak memuji je ni.
Kring kring
Telefon aku berdering menjerit minta di angkat, nama cikgu Mia tertera di skrin. Mesti ada yang injured lagi.
"Hello cikgu"
"Liyana sedia ada lagi seorang pelajar yang injured"
"Baik cikgu"
Panggilan dimatikan.
"Kenapa?" Soal Aiman sambil bermain telefon di tangan.
"Ada pelajar yang cedera lagi" aku menyediakan cawan untuk aku bagi pelajar yang cedera itu air.
"Alaaa"
"Eh kenapa?" Pelik pula tiba-tiba je ni
"Baru nak dengan Liyana" dia mencebik.
"Eh mengada, ha tu dah sampai"
Aku menjalankan tugas aku seperti biasa, erm takdelah susah sangat..
YOU ARE READING
Hai Abang Rugby!
KurzgeschichtenNabilah Syazliana atau lebih selesa digelar Liyana baru pindah sekolah. Dah di katakan pelajar baru maksudnye semua dia tidak tahu tentang sekolah itu termasuklah di mana terletaknya kantin. Ingat private school elok sangat rupanya sama je, lari...