10

319 19 0
                                    

Tepat jam 7 pagi aku sudah sampai di sekolah bersama satu bagasi aku dan dua helai tudung bawal yang di sangkut.

Aku tersenyum sendiri, tak sabar nak camp!

Tapi keadaan sedikit hambar kerana hanya kelihatan beberapa pelajar dan sebuah saja kereta cikgu. Awal sangat ke aku? Aku melihat jam di tangan, jam menunjukkan sudah pukul 7:05 minit pagi.

Tak kesah yang itu semua, yang membuatkan aku marah ialah Aqilah dan Asrul!

Semalam dalam group wassap beria betul diorang ni jangan lewat pukul tujuh tepat kena ada dekat sekolah. Sekarang ni dua-dua yang mencadang tu batang hidung pon tak nampak!

Dari duduk aku terus berdiri bila nampak seorang lelaki yang menggalas beg dan seorang perempuan memegang bagasi.

Ya! Itu semestinya dua sahabat aku tu!, Bluekk!! Kk marah ni marah.

Aku bercekak pinggang apabila pasangan itu sudah di hadapan aku. Nak tahu apa diorang buat?

Diorang buat tak tahu pastu muka pulak cam tak buat salah langsung!

Haih malas laa nak cari pasal buat nothing happend je lah.

Jam sudah menunjukkan 7:25 minit pagi semakin lama semakin ramai pelajar yabg sudah hadir, ada yang bawak beg galas macam Asrul je ada yang macam Aqilah pun ada. Ada pulak yang bawak macam nak pindah rumah padahal nak pergi tiga hari dua malam je pon.

Mata aku hanya memandang pintu pagar sekolah saja bayang Aiman masih lagi tiada mana dia ni.

Peha aku diciut oleh Aqilah. Aku memandangnya, aku memandang matanya. Macam bagitau sesuatu aku memandang ke arah yang ditunjuk mengguna mata Aqilah.

Kelihatan Aiman sedang menggalas beg dan satu beg kecil di tangan. Aku rasa dia aku baru nampak dia je kot budak lelaki yang bawak beg di tangan yang lain semua galas.

Tepat jam 7:45 minit pagi semua pelajar sudah berkumpul dan siap untuk menaiki bas. (Tempat duduk dalam bas di tetapkan)

Bas satu sudah penuh, maksudnya selebih yang di bawah ni naik bas yang kedua lah? Aku mencari Aiman mana tahu dia dekat bawah lagi ke.

Di satu sudut kelihatan Aiman dan geng-geng abang aku. Wtf!! Semua kawan abang aku tak naik lagi habislah mesti bising gila dalam bas dah la nak duduk dalam bas tu hampir enam jam. Yelaa nak ke johor bahru je dah empat jam lagi nak pergi ke kota tinggi? Tempat perkemahan kami semua.

Kedudukan aku di dalam bas, nasin sahaja Aqilah di sebelah aku dan Asrul tempat duduk di bahagian kami. Tempat duduk sebelah? Aiman dan abang aku,Syafiq.

Aqilah beria noh nak duduk sebelah tingkat aku pon iyekan ajelaa macam tu jugak abang. Selepas lima minit aku duduk di dalam bas barulah bas itu bergerak menuju ke kawasan untuk kami camping nanti.

Keadaan di dalam bas tidak seperti yang aku jangka. Sunyi je hanya kedengaran siaran Maharaja Lawak Mega yang di paparkan di skrin televisyen kecik di bas. Tapi aku pasti mesti ramai yang sedang tidur. Seperti jugak sahabat di sebelahku sudah selamat dibuai mimpi.

Aku menoleh ke bahagian kanan aku, abang di tepi tingkap sudah tidur nyenyak manakala Aiman tidak, matanya tertumpu di skrin televisyen. Sesekali dia gelak perlahan apabila kumpulan bochey membuat aksi yang melucukan.

Aku hanya memerhatikannya tiba-tiba pandangannya berubah dia memandang aku, cepat-cepat aku alihkan pandangan.

"Tahulaa hensem jangan tenung lama sangat" aku dapat menangkap setiap ayat yang keluar dari mulutnya. Mata aku terbuntang muka sudah menahan malu.

Hai Abang Rugby!Where stories live. Discover now