Sebulan kemudian..
Sejak daripada pergaduhan kecil petang bulan lepas aku dan abang aku tidak lagi bertegur mahupun bergurau. Ibu dan ayah juga pelik akan perubahan ini.
'ya Allah adakah aku yang salah dalam hal ni?'
Aku mesti kena minta maaf dekat abang! Aku tekad!
Kelibat abang di hadapan pintu biliknya sudah muncul, ceyh ayat.
"Abang" panggilan aku tidak diendahkan, abang terus masuk ke dalam biliknya.
Aku keraskan hati aku aku buang semua ego aku. Tangan aku terus memulas tombol pintu. Gelap. Tangan aku membuka suis lampu. Mata aku jelas melihat susuk tubuh yang terbaring atas katil.
"Abang" tiada jawapan.
"Abang" kaku.
"Abang!!!" Kali ni aku menggoyangkan kaki abang aku.
"Jangan ganggu Syafiq boleh? Syafiq penat!" Tempelak abang. Hmm aku tahu abang marah, bila perkataan abang bertukar kepada Syafiq semestinya dia sedang marah.
Aku duduk di birai katil.
"Abang" aku gagahkan hati aku. Tangan dia aku pegang.
Kali ni abang aku pandang tapi sekejap je dan melemparkan jelingan, jelingat maut?
"Adik minta maaf" suara aku sudah serak.
"Adik tahu abang tak nak tu ada sebabnya tapi.. tapi adik hmm" tak tahu nak cakap k tak tahu.
"Jangan lah layan adik macam ni, abang bangun lahh" aku menggoncangkan tangan abang aku.
"Tepilah" aku ditolak terjatuh aku dibuatnya.
"Aduhh" aku mengusap kepala aku.
"Sakitnyaa" saja aku buat sakit padahal tak pon. Jap nak kira.
1..
2..
"Adik okey tak" pantas abang aku ke arah aku.
Eh tak sampai tiga pon lagi lah.
"Hmm" aku menunduk muka semestinya sedih.
"Adik"
"Liyana okey" aku terus bangun dan melangkah mahu keluar tapi pantas abang aku menggenggam pergelangan tangan aku.
"No Liyana, guna adik. Ye abang minta maaf"
"Bukan salah abang" aku memandang wajah abang aku.
"Hmm"
Lantas aku memeluk tubuh sasa abang aku ni. Rindu tau!
"Eii tak malu peluk abang"
"Abang sendiri eleh tapi dia pon peluk orang jugak"
Selepas beberapa minit pelukan kami terlerai.
"Abang boleh cakap tak kenapa abang tak kasi adik suka Aiman dan letak harapan pada Aiman?" Aku mahu minta penjelasan.
"Takde papelah" nampak seperti menyorokkan sesuatu dia ni.
"Dia tu....."
Kring kring!!
Iphone6 milikku berdering nama Aqilah tertera di skrin pantas sahaja aku menjawab."Yes Aqilah"
"Berapa lama lagi kau nak aku tunggu kau kat taman ni"
"Ha?"
"Kau jangan cakap kau lupa la"
Aku menepuk dahiku. "Oh ye nak lepak, jap otw dalam beberapa minit lagi aku sampai"
YOU ARE READING
Hai Abang Rugby!
Storie breviNabilah Syazliana atau lebih selesa digelar Liyana baru pindah sekolah. Dah di katakan pelajar baru maksudnye semua dia tidak tahu tentang sekolah itu termasuklah di mana terletaknya kantin. Ingat private school elok sangat rupanya sama je, lari...