Langkah aku semakin laju untuk menuruni anak tangga kerana hari ni aku terlewat bangun. Tulaa ni semua sebab bual dengan abang malam tadi.
"Nah amik ni makan dalam kereta je lepas dah makan bagi Pak Hasan suruh bawak balik, dah lambat dah ni" ibu menghulurkan bekal yang mungkin dalamnya ada sandwich, sekotak air susu dutch lady ibu letak di kocek beg galas aku.
"Okey ibu terima kasih" lantas aku mengucup tangan ibu dan kedua belah pipi ibu.
Pintu belakang aku buka dan terus masuk ke dalam kereta. Belum sempat kereta meluncur keluar dari kawasan rumah bangloku aku sudah membuka bekalan yang dibekal oleh ibu.
"Wah nasi goreng kampung daging" terus aku mengambil sudu dan menyuap ke dalam mulut, nikmat!
Satu sudu..
Dua sudu..
Sehinggalah suapan yang terakhir, habis kunyah tepat sekarang dekat pintu pagar sekolah.
"Eh dah sampai"
"Yelaa dah sampai, Nabilah tu makan tekun sangat tak tahu apa jadi"
Aku hanya sengih-sengih.
"Nah Pak Hasan, terima kasih Pak Hasan" aku beri dan terus keluar dari kereta.
Seperti biasa, cermin kereta akan aku jadikan cermin untuk aku tengok keadaan tudung aku, selepas tunjuk ok barulah kereta gerak.
"Eh dah lambat" aku terus melangkah masuk, nasib sahaja pengawas belum tutup lagi pintu. Senyuman aku lemparkan kepada mereka.
*******
"Weh Liyana" nak ajak boraklah tu, eisy tak menyempat.
"Cikgu kat depan la ngok" mulut bercakap tapi mata masih lagi tengok depan yelaa tak lama lagi nak pt3.
Alhamdulillah kursus sejarah dan geografi aku dah siap. Cepatkan?
"Ha yelaa jap lagi aku nak cakap"
"Tentang siapa" pelik k pelik.
"Aiman abang rugby kau lah"
Angguk.
Cikgu Mia sudah selesai mengajar
"Terima Kasih Puan Mia" ucap ketua kelas aku dan kami pun ikut.
"Sama sama, awak semua boleh rehat" terus cikgu melangkah keluar dari kelas.
"Ha asal dengan Aiman?" Sambil itu aku menyimpan semua barang aku ke dalam beg.
"Aku dengar.. Aiman.." tidak sempat dia dia habiskan ayat dia datang seorang pelajar lelaki
"Liyana cikgu Hafiz panggil kau"
"Ha? Ha okok kat mana?" Soal aku.
"Dekat bilik disiplin cikgu cakap sekarang"
"Ha okey, k laa Aqilah aku pergi dulu ea"
Angguk.
Aqilah's pov
"Aku dengar.. Aiman.." tidak sempat aku habiskan ayat aku datang seorang pelajar lelaki
"Liyana cikgu Hafiz panggil kau"
"Ha? Ha okok kat mana?" Soal Liyana
"Dekat bilik disiplin cikgu cakap sekarang"
"Ha okey, k laa Aqilah aku pergi dulu ea"
Aku hanya menganggukkan kepala aku tanda 'okey'.
Liyana pergi meninggalkan aku seorang diri di dalam kelas.
'Aiman playboy Liyana Aiman suka mainkan hati perempuan' aku hanya sambung di dalam hati aku.
End Aqilah's pov
*******
Pintu bilik disiplin aku buka.
"Assalammualaikum" aku memberi salam.
"Waalaikumsalam, ha Liyana masuk"
Aku membuka kasut aku dan terus masuk ke bilik disiplin. Aircond yang dipasang menusuk ke tulang aku.
"Ada apa cikgu panggil saya?" Soal aku.
"Esok awak boleh pergi tak? Awak tak bagi jawapan lagi"
"Boleh cikgu tapi pukul berapa cikgu?"
"Tepat pukul 7 pagi. Nanti awak naik kereta cikgu Mia takkanlah awak naik sama bas dengan pemain rugby kan"
"Ouh" aku mengangguk tanda faham.
"Okey awak boleh pergi rehat"
Aku bangun dan terus keluar dari bilik disiplin.
"Eh Liyana" satu suara garau menegur aku, suara yang aku sangat kenal.
"Aiman" senyuman gembira aku ukir.
"Liyana buat apa sampai kena masuk bilik disiplin?" Soal dia, risau pun ada jugak.
"Takdelah, cikgu Hafiz minta Liyana join esok"
"Esok? Pergi mana?" Soal die pelik.
"Ikut game rugby" selamba je aku jawab. Dalam tak sedar kami jalan sama sama menuju ke kantin.
"Laa biar betul? Untuk apa?"
"Iyela, entah cikgu cakap teman pelajar yang sekolah kita yang injured"
"Ouh.. Liyana cantik hari ni ea" eh eh alamak jangan lah buat blushing.
"Eh haha apa kurangnya Aiman hensem baik untung siapa dapat Aiman"
"Kita puji dia dia puji kita balik pula" dan sekarang tawa kami pecah.
"Ehem.." Aqilah menegur.
"Eh dah sampai kantin tak perasan la pulak" Aiman menggaru kepala dia yang tidak gatal.
"Hah tulaa berangan"
"Dah dengan princess macam mana tak berangan?"
"Liyana jom" tangan aku terus ditarik oleh Aqilah.
"Eh... Ok bye Aiman"
"Eh napa ni Aqilah" aku melepaskan tangan aku dari genggaman Aqilah.
"Eh.. er.. em.. takde pape.. teman aku gi tandas wei.. tak tahan ni" Aqilah seperti berlakon tapi mungkin betul.
"Okey"
"Lepastu gi library auu"
"Ye Aqilah"
Psssttt... Hye readers. Haaa gmbar yg kt atas tu ialah Liyana tauu!!!
YOU ARE READING
Hai Abang Rugby!
Short StoryNabilah Syazliana atau lebih selesa digelar Liyana baru pindah sekolah. Dah di katakan pelajar baru maksudnye semua dia tidak tahu tentang sekolah itu termasuklah di mana terletaknya kantin. Ingat private school elok sangat rupanya sama je, lari...