special

355 21 0
                                    

   Selepas menamatkan pelajarannya di New York. Liyana pulang ke tanah airnya, di mana di situlah tempat kelahirannya, Malaysia. Ramai yang menantikan kepulangannya, terutama ahli keluarganya.

Dalam lapan tahun di sana Liyana langsung tidak pulang ke Malaysia walaupun pada Hari Raya Aidilfitri. Mereka berjumpa jika keluarganya ke sana sahaja.

Liyana pulang ke Malaysia bukan sahaja semata-mata telah tamat pelajaran. Dia juga pulang atas kerana mindanya telah berjaya membuang insan yang pernah hadir mencipta kenangan terindah buatnya.

Seorang insan yang telah mengajarnya erti rindu, sayang dan juga erti ditinggalkan, erti dipermainkan.

Apabila official dia pulang ke Malaysia, bermakna dia sudah bersedia untuk mencari pengganti si dia. Tetapi sangat berharap bukan seperti si dia.

Air mata rindu menitis akhirnya apabila melihat barisan keluarganya yang sudah sedia menunggu kepulangannya. Dalam lapan tahun berpisah, hanya berjumpa dua kali itu pun dua tahun yang lalu.

"Liyana!!!" Laungan sekumpulan memanggilnya. Dia berlari anak bersama trolinya.

"I'm missing you so much mom dad." Liyana peluk kedua ibu bapanya. Seterusnya, "Liyana." Seseorang memanggilnya. Liyana menoleh ke belakang. Mukanya terus berubah.

"Abang."

Syafiq mendepakan tangannya lalu mengangguk. Lapan tahun tidak berjumpa, Liyan terus berlari memeluk abangnya. "Sampai hati abang tak datang sekali pun lawat Liyana dekat sana." Air mata sudah mengalir walau ditahan.

"Maaf, abang minta maaf. Tapi setiap kali abang nak pergi mesti ada halangan."

Nasib sahaja zaman serba morden, boleh lah mereka membuat panggilan video di aplikasi Whatsapp. Itu sahaja yang mengubatkan rindu.

"Dah dah jangan nangis-nangis, now abang nak bawak Liyana keluar. Nak tak?" Pelukan dileraikan, air mata dikesat.

Laju anggukan Liyana menjawab.

"Abang bawak Liyana jalan lah ea, yang lain jumpa dekat rumah."

Mereka hanya menjawab dengan anggukan.

*******

   Kereta Lamborghini hitam dibuka, mereka berdua masuk. Syafiq bawa Liyana jalan ke mana Liyana mahu pergi. Setelah selesai jalan mereka pergi ke shopping mall untuk makan dan menonton wayang.

Di dalam kereta, Liyana setia mendengar radio selain bergurau dengan Syafiq.

"Okey sekarang carta pertama, penyanyi Aiman Rayyan dengan single nya yang ke tiga, lagu bertajuk Aku Sesali Kesilapanku." Celoteh si penyampai radio itu membuatkan Liyana sedia mendengar, entah mengapa jantungnya berdebar lain macam.

Telinganya mendengar satu persatu perkataan yang ada pada lirik itu, kenapa seperti kisah seorang lelaki yang permainkan perempuan? Kenapa nama lelaki itu sama seperti dia? Kenapa.. kenapa suara tu sama macam suara dia?

"Itu Aiman." Syafiw bersuara akhirnya apabila melihat wajah adiknya yang sudaj berubah.

"Ha?" Liyana memandang Syafiq.

"Itu dia, memang dia, Aiman Rayyan. The person who treat you like a toy." Jawab Syafiq lalu memberhentikan keretanya apabila sudah sampai.

Enjin kereta dimatikan, radio pun termati. Liyana hanya seperti biasa, mengentalkan hatinya. "Rilex Liyana, he's nothing to you." Liyana membetulkan tudungnya.

"Dah cantik tu sayang." Syafiq mengunci keretanya.

******

  Restoran kegemaran Liyana di dalamnya seperti ada parti, Syafiq dengan berani menanya kepada penjaga kaunter.

Hai Abang Rugby!Where stories live. Discover now