17

275 21 0
                                    

  Kepala aku sudah berat sekarang aku rasa lebih bagus jika aku tidur je. Aku menghempas badan aku yang penat ke atas katil kingku yang empuk. Mata aku yang berat sudah tertutup, terhilang sejenak kejadian di taman petang tadi.

*******

   Aku bangun selepas telinga aku bingit mendengar telefon aku tidak henti berdering dan mesej masuk dengan laju.

39 missed call
20 whatsapp from Abang Rugby❤

Nama dia aku masih tidak tukar yelaa tak menyempat nak tukar.

"Nak apa laa laki ni" aku mendengus kasar.
Terus membaca buka aplikasi whatsapp dan tutup maknanya konon cm bce laa padahal tak.

Tok tok tok

Pintu bilik aku di ketuk tidak lama lepas itu muncul abang.

"Ouh abang" senyuman palsu aku ukir.

"Adik.. er.. A.. Ai.." kelihatan abang yang gagap aku terus memotong ayatnya.

"Kenapa dengan Aiman?" Soal aku malas

"Die dekat bawah"

"Ouh. Abang layanlah dia adik penat, ngantok nak tidur" aku terus baring dan menarik selimut menutup muka.

"Dia nak jumpa adik"

"Haih malas lah abang nak jumpa artis hot tuu, buat drama dekat kawasan terbuka sangat" aku bersuara lemah, dalam hati siapa tahu?

"Ok lah dik"

Syafiq's pov

  Aku menuruni anak tangga dengan berharap Aiman dah takde di ruang tamu tapi hahaha itu andaian je, semestinya dia setia menunggu adik aku. Hmmzz nasib kau kawan aku kalau tak memang dah makan penumbuk aku lah Aiman.

"So how?" Soalan Aiman bersama senyuman sinis di bibir aku biarkan sepi.

"Adik aku bukan macam perempuan lain wei, dia kalau dah tawar hati habis takde apa yang boleh maniskan balik" terang aku.

"Eh no way!" Tempelak Aiman.

"Bukan apa aduhai aduh tak habis lagi doo permainan aku dengan adik kau ni" Aiman bersuara tanpa sedikit pon rasa bersalah.

"Aiman kau sedar tak kau cakap dengan siapa sekarang ni? Kau cakap dengan abang perempuan yang kau nak mainkan ni tau, jaga sikit perkataan tu" aku masih lagi bersabar.

End Syafiq's pov

    Aku terus bangkit dari baringan aku. Saja nak tengok apa yang jadi kat bawah. Langkah aku terhenti sebelum menuruni anak tangga kerana aku mahu mendengar mereka berbual.

"Bukan apa aduhai aduh tak habis lagi doo permainan aku dengan adik kau ni" Aiman bersuara tanpa sedikit pon rasa bersalah.

"Aiman kau sedar tak kau cakap dengan siapa sekarang ni? Kau cakap dengan abang perempuan yang kau nak mainkan ni tau, jaga sikit perkataan tu" suara abang aku sedikit marah.

"Apa salahnya wei?"

"Apa salahnya kau cakap? Weh kau kawan aku dia adik aku. Jadi tolonglah aku tak nak persahabatan kita terputus sampai sini sebab perangai kau. Berubahlah Aiman"

"Haih mula dah, dah lah aku chaw" aku melihat Aiman sudah bangun dari duduknya dan berlalu pergi dengan mukanya yang tegang..

**********

    Sekarang aku lebih banyak termenung. Itu ke Aiman yang aku kenal? Teruknya dia.

"Haa!!" Sergah Aqilah. Terkejut beruk aku dibuatnya.

"Weh kau ni suka macam ni tau" aku memukul lembut lengan Aqilah.

"Berangan apa lagi ni? Lupakan weh. Minggu depan nak pt3 dah."

"Takde pape lah" semakin lama semakin dekat tarikh yang aku takuti pada tahun ni.

"Weh aku cadang ann, tahun depan aku nak pindah lah"

"Pindah mana pulak ni?" Muka Aqilah sudah cuak.

"Overseas" aku jawab tanpa fikir apa apa

"Haa?? No!!!" Aqilah menjerit.

"Oi pekak aku lah" aku menutup telinga.

"Tahu pun."

Aku hanya sengih je. Tapi setiap perkataan aku, aku akan buat.

******

  Aku menghampiri ayah dan ibuku di pondok yang berhampiran dengan kolam.

"Sayang? Ada apa ni?" Ibu menyoal aku.

"Eerr.. ibu.. ayah" aku memandang wajah mereka silih berganti.

"Kenapa ni" ayah aku mengusap lembut kepala aku.

"Boleh tak tahun depan adik nak tinggal dengan Mak Ngah dekat New York?" Soal aku ragu ragu.

Wajah ibu dan ayahku masih lagi tenang.

"Betul ke ni dik" soal ayahku.

Angguk.

"Macam ni takdelah kita risau nak cakap dengan dia, dia dah cakap dengan kita dulu dia nak tinggal dengan Ngah" ibu seperti menghembus nafas lega, tapi apa nii??

"Kenapa pulak bu?" Aku mengerutkan dahi aku.

"Mak Ngah awak tu kan takde anak so dia dengan suami die minta izin ibu dengan ayah untuk suruh Nabilah tinggal dengan diorang lepas periksa pt3 habis nanti" terang ibu.

"Ouh" aku mEngangguk faham.

"Betul Nabilah setuju?" Lambat lambat aku angguk dan mengukirkan senyuman.

Hai Abang Rugby!Where stories live. Discover now