Part 6

1.8K 89 5
                                    

Red Rose
Part 6

“Sorry Im late...!” Beckham senyum. Audrey diam tanpa sebarang respon.

Beckham mengeluh. Nampaknya terpaksalah dia membiasakan diri dengan gadis dingin ini. Gadis yang sangat susah untuk senyum. Gadis yang mempunyai pandangan kosong. Gadis yang sangat susah didekati.

“Jom masuk! Mesti yang dua tu nda sabar sudah mau balik..” Beckham. Audrey angguk. 

Audrey mengekori langkah Beckham masuk kedalam bangunan ibu pejabat. Dia berlagak tenang seperti selalu.

Beckham menegur sapa 2 guard yang sedang berdiri di luar pejabat Presiden.  2 Guard itu kemudian berlalu pergi meninggalkan kawasan. Beckham dan Audrey mengambil alih tempat.

Pintu terbuka. Presiden berdiri tegak dihadapan pintu sambil melihat Audrey. Audrey membalas pandangan Presiden dengan tunduk hormat.

“Who a you?” Presiden.

“Im Audrey. New Guard.” Audrey.

Dahi lelaki tua itu berkerut. Dia memandang Beckham. Beckham sedar dia harus memberikan penjelasan memandangkan Presiden memang tidak mahu guard wanita.

“Sebenarnya Tuan Burn yang aturkan semua ni Tuan Presiden.” Beckham.

“Burn?dia tahu saya tidak suka guard wanita!” Presiden.

“Maafkan kami Tuan..” Beckham.

“Tak pa lah. Perhatikan dia dalam sebulan ni. Kalau tidak boleh pakai,replace her!” Presiden.

“Baiklah Tuan Presiden.”Beckham tunduk hormat. Audrey tetap tenang. Walaupun hati terbakar dipandang rendah oleh Presiden dihadapan Beckham.

“The dinner was cancel! Saya kena pergi hospital Amerald sekarang. Something happen to Mark!” Presiden.

“Ok Tuan!” Mereka kemudian bergegas bersama Presiden keluar dari ibu pejabat.

Audrey senyum puas. Walaupun rancangn untuk malam ini terganggu. Tetapi dia tidak kisah. Dia mahu tahu apa yang akan dikatakan oleh Mark pada Presiden.

Driver memandu laju menuju ke hospital Amerald bertaraf 5 bintang milik Presiden. Sepanjang perjalanan itu hp presiden tidak putus-putus dengan panggilan. Audrey seperti biasa berlagak tenang. Beckham pula balik-balik menghelah nafas.

Sampai sahaja di hospital,Beckham dan Audrey mengiring Presiden masuk ke dalam. Sampai di wad khas Mark.

“Kamu berdua tunggu di luar!” Presiden.

Beckham dan Aurdey angguk faham. Mereka berdua berdiri di luar pintu. Dahi Beckham berkerut memikirkan tentang Mark.

“Siapa yang menyerang Tuan Mark?” Beckham. Namun pertanyaan itu seperti angin. Langsung tidak diendahkan oleh Audrey.

Pandangan Beckham beralih pada Audrey.

“Kau ni tak ada perasaan kah?” Beckham. Audrey memandang Beckham.

“Kenapa?” Audrey.

“Didalam tu adik Presiden kita. Dia kena serang. Hampir dibunuh. Tapi kau buat macam tidak ada apa-apa pula kan..” Beckham sinis.

“En Beckham,dorang ni kan orang ternama. Apa yang kau mau hairan?memang begini kehidupan dorang kan..sentiasa berada dalam bahaya!” Audrey.

Beckham mengeluh berat. Betul apa yang dikatakan oleh Audrey. Tapi gadis itu sangat tenang. Tenang seperti tidak ada apa-apa. Seperti ada sesuatu yang pelik!

“Abang Beckham!”

Beckham menoleh. Erina berlari mendekatinya. Gadis itu tidak segan lagi memeluk Beckham dihadapan Audrey dan Mike.

Red RoseWhere stories live. Discover now