Red Rose
Part 2Askar Metro yang diketuai oleh Dev telah sampai di kawasan yang dimaksudkan. Dev memerhatikan kawasan sekeliling. Tidak ada tanda bahaya yang mereka kesan. Kawasan itu kelihatan sangat tenang dan aman.
Dev melihat askarnya yang lain. Mereka sudah penat dan tidak bertenaga lagi. Sudah lebih dua bulan mereka beroperasi di kawasan hutan itu. Mereka diarahkan untuk mengusir pendatang yang bersembunyi di kawasan hutan.
“Tuan! Di sana ada sebuah pondok!” Kata salah seorang askar. Dev berjalan dengan gagah. Dia berjalan dan cuba menghampiti pondok yang di maksudkan.
Semakin dekat semakin dia terhidu bau busuk yang teramat sangat. Dev melihat ada sekujur tubuh yang kurus kering dan penuh kudis sedang berbaring lemah di dalam pondok usang itu.
Orang itu tidak kelihatan seperti orang tempatan Metro. Dev mengagak itu adalah pendatang asing. Tetapi keadaan pendatang itu sangat menyedihkan. Orang itu seperti terkena penyakit kulit yang sangat parah.
Salah seorang askarnya cuba mendekati orang itu lebih rapat. Tiba-tiba orang itu bangun dan menarik askar tersebut. Askar tadi bergelut dengan pendatang itu sehingga mereka terbaring di rumput kering. Pendatang itu semakin ganas. Dia merampas senjata askar tadi.
Mereka yang lain tidak ada cara lain dan terpaksa menembak pendatang tadi sehingga mati. Askar yang bergelut tadi terus merampas balik senjatanya.
“Gila! Sudahlah bau busuk! Grrr!” Askar itu melepaskan tembakan lagi melepaskan geram.
“Sudah! Mari kita pergi dari sini!” Dev.
Mereka balik ke tapak kem mereka. Askar tadi terus pergi mandi membersihkan dirinya. Bau busuk masih melekat di bajunya.
Selepas seminggu mereka benar-benar pasti kawasan itu sudah selamat dan dan bebas pendatang. Dev menghubungi ibu pejabat dan memaklumkan kejadian terakhir tersebut. Dia juga sedang menunggu arahan dari presiden.
Ibu Pejabat Presiden
Henry,George dan Rafael memandang Presiden dengan wajah serius. Presiden sedang duduk termenung sambil memejamkan matanya sedang berfikir. Tiga pegawai atasan tertinggi itu menanti jawapan dari presiden.
“Macam mana presiden?” Henry.
“Kita tidak boleh buat seperti ini. Dev adalah General kita yang sudah banyak berjasa pada negara.” Presiden
“Tapi Presiden,askar Dev sudah terkena penyakit wabak tu! Kalau mereka pulang mereka akan membahayakan rakyat!” George.
“Presiden mesti fikirkan rakyat!” Rafael.
Presiden menghelah nafas. Dia terbayangkan wajah Dev. Dev adalah General yang disegani dia juga sudah terlalu banyak berjaya pada raktar dan sentiasa memastikan keadaan keselamatan negara. Bagaimana mungkin dia boleh membunuh Dev dan askarnya seperti yang dicadangkan oleh pegawai-pegawainya.
“Mereka belum diperiksa dan kita tidak boleh mngesahkan hal wabak tersebut selagi tidak disiasat oleh pegawai perubatan!” Presiden.
“Baiklah. Kita hantar pegawai perubatan terbaik negara untuk mengesahkan hal ini. Tapi Presiden tidak boleh benarkan mereka balik sebelum mereka di sahkan bebas wabak!” Rafael.
Presiden angguk dengan terpaksa.
Kemudian Presiden segera mengarahkan 10 orang pakar perubatan terbaik negara datang ke kem tentera di sempadan dan memeriksa askar yang terlibat dalam operasi itu termasuk General,Dev.
“Kami diarahkan untuk mengesahkan kamu semua bebas dari wabak tersebut..” Dr.Chen. Dr Chen adalah ketua perubatan bagi operasi tersebut.
“Baiklah. Kami semua sedia untuk di periksa!” Dev.
YOU ARE READING
Red Rose
ActionWhy should I fall in love with you Audrey?! why?! tell me why?! Beckham tumbuk dinding sehingga tangannya berdarah. wajah Audrey direnung tajam. Im sorry Beckham..I have to.. U dont know who realy I am.. Audrey put a target on Becham chess..she re...