Red Rose
Part 25Pintu diketuk dengan kuat. Imara ketika itu sedang berehat terkejut mendengar bunyi ketukan yang kuat. Cepat-cepat dia mencapai pistol yang terletak di dalam lacinya sebagai langkah berjaga-jaga.
“Masuk!” Imara.
Seorang lelaki berpakaian kot hitam masuk. Imara menarik nafas lega. Rupanya orang suruhannya yang datang.
“Omar! Kenapa kau ketuk pintu begitu kuat?!” Imara.
“Maafkan saya Puan. Ada hal mustahak!” Omar. Imara berdiri.
“Ada apa Omar?” Imara.
“Saya baru dapat maklumat dari orang dalam. Cik Audrey dalam tahanan Devil sekarang. Devil telah mengugut Beckham,Mike dan Storm. Jika mereka mahu Cik Audrey selamat,mereka perlu membunuh Presiden!” Omar
“Tidak! Dia tidak boleh buat macam tu!!” Imara.
“Apa yang perlu kami lakukan sekarang Puan?” Omar.
“Kita terpaksa pintas jalan Devil! Culik Presiden!” Imara.
“Baiklah Puan!” Omar
“Kamu mesti cepat sebelum durang Beckham terlebih dahulu bertindak! Aku akan pergi berjumpa Devil untuk lengahkan masa. Dan untuk bawa anak aku pulang!” Imara.
“Keadaan sangat bahaya! Saya tidak boleh biarkan Puan pergi berjumpa Devil. Dia akan bunuh Puan!” Omar.
Imara senyum.
“Dia tidak akan bunuh aku Omar! Dia tidak akan bunuh aku didepan anak dia. Dia perlu tahu Audrey itu anak dia! Anak yang perna dia nafikan dahulu. Aku akan buktikan pada dia bahawa Audrey adalah darah daging dia!” Imara
“Baiklah..tapi Puan perlu bawa backup!” Omar.
“Aku akan pergi bersama yang lain. Tapi kau mesti cepat culik presiden tu!” Imara.
“Baik Puan!” Omar.
Omar menutup pintu bilik pejabat Imara. Imara meihat keluar jendela. Dari tempatnya dia dapat melihat dengan jelas bangunan tinggi diatas bukit.
Bangunan itu milik Devil. Dimana Devil merekrut askar-askarnya. Hari ini dia perlu bersemuka dengan Devil sebelum Devil membunuh Audrey.
Devil tidak boleh membunuh satu-satunya anak mereka. Imara tidak akan benarkan hal itu terjadi. Dia perlu menebus kesalahannya pada Audrey kerana meninggalkan Audrey dahulu.
Imara masuk kedalam bilik khas yang terdapat dipejabatnya. Bilik itu adalah tempat dia menukar pakaian dan berehat. Di dinding ada gambar Audrey yang di frame sangat besar. Gambar itu diambil ketika Audrey baru sahaja lahir.
Gambar pertama dan terakhir yang ada dalam simpanan Imara. Betapa dia sangat rindukan Audrey. Rasa bersalah dan berdosa kerana meninggalkan bayinya 28 tahun dahulu.
Kalau sahaja dia tahu Dev akan memperlakukan anak mereka seperti itu,dia tidak akan membuat keputusan yang bodoh.
Kerana keputusannya itulah dia hidup tersiksa setiap hari memikirkan keadaan Audrey. Dev lelaki tidak berperikemanusiaan itu telah membunuh jiwa anaknya.
“Aku perlu berhadapan dengan kau Dev!” Imara.
*****
“Tuan Devil,ada seseorang ingin berjumpa dengan Tuan..”“Siapa?” Devil.
“Dia cakpa nama dia Puan Imara..”
Mata Devil menjadi besar. Dia tidak menyangka akan mendengar nama itu selepas 28 tahun. Nama wanita yang perna ada di hatinya. Nama wanita yang dia terpaksa kecewakan kerana cintanya pada Diane.
YOU ARE READING
Red Rose
ActionWhy should I fall in love with you Audrey?! why?! tell me why?! Beckham tumbuk dinding sehingga tangannya berdarah. wajah Audrey direnung tajam. Im sorry Beckham..I have to.. U dont know who realy I am.. Audrey put a target on Becham chess..she re...