Red Rose
Part 26Beckham merenung plan misi yang dibuat oleh Mike dengan teliti. Rancangan mereka tidak boleh gagal. Mereka mempertaruhkan nyawa wanita-wanita kesayangan mereka.
Beckham terpaksa akur dengan kata-kata Devil demi Audrey. Dia merenung jam di dinding. Hatinya tidak tenang. Audrey belum sembuh sepenuhnya. Bagaimana keadaan isterinya ketika itu.
“Bro?!” Storm menepuk bahu Beckham.
“Ah! Yes bro..” Beckham.
“Apa kau tenung tu?” Storm.
“Aku fikirkan keadaan Audrey...” Beckham. Storm senyum. Berkerut dahi Beckham.
“Kau senyum kenapa? Kau tidak risaukan Pearl?” Beckham.
“Selagi Audrey ada sama Eve dan Pearl. Aku tidak risau sangat..” Storm. Dia menghirup nescafe yang baru saja dia buat.
“Tidak risau sangat? Apa maksud kau ni?” Beckham.
“Bro,Audrey tu bukan wanita sembarangan. Dia bukan jenis yang weak..kau tidak kenal dia lagi. Setakat renjatan elektrik tu,dia sudah biasa..” Storm.
“Biasa?!” Beckham.
“Ya..sudah biasa. Sejak kecil dia sudah selalu dibuat macam tu oleh Devil. Kau mesti yakin dengan dia..” Storm.
“Tapi still aku risaukan dia..” Beckham.
“Aku pun risaukan Eve. Eve nampak saja kuat. Tapi dia tu tidak seperti Audrey..” Mike.
Mike keluar dari dapur bawa dua mug nescafe. Satu dia bagi Beckham. Satu untuk dirinya. Sejak balik dari tempat Devil,hatinya tidak tenang memikirkan tentang Eve.
“Guys..sebab tu kita mesti selesaikan hal ni secepatnya. Supaya kita boleh bebas dari Devil!” Storm.
Mereka tiga saling berpandangan. Kemudian Beckham meneliti balik kertas plan misi tersebut. Mereka akan bertindak dihari persidangan. Ketika Presiden sedang memberikan ucapan.
Dia sendiri yang akan memenggal kepala presiden. Sementara Mike dan Storm akan cuba alihkan perhatian semua guard yang lain. Dia menggunakan semua kelebihan yang dia ada sebagai bekas guard kepada presiden.
Dia sangat pakar dan tahu titik kelemahan semua guard-guard tersebut. Waalupun terasa dirinya seperti pengkhianat. Dia sanggup. Demi selamatkan Audrey. Walaupun dia tahu akibat yang akan dia tanggung selepas ini.
Rasa bersalah kerana terpaksa mengkhianati presiden yang sangat baik dan mempercayai dirinya selama ni. Kenapa takdir mereka seperti ini. Kenapa dia harus berada di jalan ini?
Wajah Erina,Edwin dan Presiden muncul dalam ingatannya. Dia terbayangkan wajah Erina yang sudah dianggap seperti adik sendiri itu. Bagaimana dia akan berdepan dengan Erina selepas ini? Bagaimana kehidupan gadis manja itu selepas kehilangan bapanya nanti?
Edwin? Bagaimana mana jejaka itu akan teruskan hidupnya? Memikirkan keadaan Edwin yang huru hara kerana skandal ubat khayal yang di war-warkan dalam media membuatkan dia semakin risau. Selama ini kes skandal itu di tutup kerana status presiden.
Jika sesuatu jadi pada presiden,sudah pasti kehidupan Edwin dan Erina semakin teruk. Penyakit kemurungan Erina mungkin akan datang semula. Begitu juga skandal Edwin. Sudah tidak ada apa-apa lagi yang dapat menyelamatkan dua anak Presiden itu.
“Bro..kau ok?” Mike.
Beckham merenung keluar tingkap.
“Aku risaukan Erina dan Edwin kalau sesuatu jadi pada Presiden..” Beckham.
YOU ARE READING
Red Rose
ActionWhy should I fall in love with you Audrey?! why?! tell me why?! Beckham tumbuk dinding sehingga tangannya berdarah. wajah Audrey direnung tajam. Im sorry Beckham..I have to.. U dont know who realy I am.. Audrey put a target on Becham chess..she re...