Part 1

4.2K 149 4
                                    

Red Rose
Part 1
1989

Selina tersenyum puas melihat bayi yang baru lahir itu.  Bayi itu tidur dengan nyenyak sekali. Hati Selina gembira bukan kepalang lagi.  Dia melihat Henry yang berdiri di sisinya.  Lelaki itu berdiri dan asyik melihat bayi itu.

“Bawa bayi ini dan bunuh! Aku tidak mahu tengok lagi bayi ini!” Selina.

“Bunuh?!” Henry.

“Yes!” Selina senyum melirik. 

Henry mengambil bayi itu dari dakapan Selina.  Wajah bayi tidak bersalah itu direnung dalam-dalam. Rasa kasihan. Selina menjeling.

“Bayi ini akan jadi halangan untuk kita mencapai keinginan kita Henry. Kau tentu lebih memahami situasi kita sekarang.” Selina

“Bagaimana dengan Madam Diane?” Henry. Selina senyum.

“Pasal dia kau jangan risau. Aku sudah aturkan seseorang untuk bunuh dia!” Selina.

Henry melihat wajah Selina. Wajah dan perwatakan wanita itu sangat jauh berbeza dengan perangai sebenarnya. Wanita cantik itu memiliki sekeping hati yang sangat kejam.

“Bunuh? Kenapa perlu bunuh? Itu bukan rancangan asal kita Selina!” Henry. Selina ketawa.

“Henry,tenang ok! Memang itu bukan rancangan kita. Tapi kau kena ingat Henry,selagi wanita itu masih hidup selagi itu kita tidak akan dapat apa yang kita mahukan selama ini! Bukan senang untuk kita capai impian kita Henry!” Selina.

Henry merenung kembali wajah bayi itu.  Dia rasa bersalah dan tidak sanggup untuk membunuh bayi yang tidak bersalah.

“Henry,tengok aku! Tengok aku!” Selina menarik muka Henry untuk memandang dia. Henry menatap Selina.

“Kau tahu aku buat semua ni untuk siapakan? Kau tahukan?”  Selina. Henry angguk.

“Aku buat Semua ni untuk kau Henry! Untuk kita!” Selina.

“Tapi aku tidak sanggup bunuh bayi ini!” Henry.

“Kau terpaksa lakukan juga! Kita sudah plan dari awal lagi! Orang-orang yang menghalang kita harus mati!” Selina.

Henry tunduk. Selama ini dia hanya menurut kata dan tunaikan permintaan Selina tanpa membantah. Tapi kali ini,dia dipaksa untuk membunuh seorang bayi yang tidak bersalah! Satu-satunya permintaan Selina yang sangat berat untuk dia tunaikan.

“Henry,kalau kau masih mau teruskan hubungan dengan aku. Kau kena tunaikan permintaan aku ni! Bayi ini tidak boleh hidup!! tidak!! setapak lagi aku perlu melangkah Henry! Hanya setapak lagi!” Selina.

Henry melepaskan keluhan berat. Terasa bahunya terpaksa menahan gunung besar yang ingin runtuh.  Dia merenung lagi wajah bayi itu. Dia sangat mencintai Selina,tetapi dia tidak sampai hati untuk melakukan perkara itu. Tetapi.....

“Baiklah...aku akan bunuh bayi ini. Tapi pastikan apa yang kita buat ni sangat berbaloi dengan nilainya..” Henry merenung Selina.

Selina senyum dan angguk faham. Dia tahu Henry berhati lembut,dia hanya perlu memujuk dengan cara biasa untuk menundukkan lelaki itu.

“Bagus! Sebelum ada yang perasan,cepat bawa bayi ini keluar dari sini.  Pasal Diane,aku sudah suruh orang aku aturkan dia..” Selina.

Henry angguk. Dia terus keluar dari bilik Selina.  Tanpa di lihat oleh sesiapa,Henry terus cepat-cepat berlari keluar melepasi pintu utama dan pagar besar.

Selina melihat Henry dengan senyuman melalui tingkap biliknya.  Rancangannya berjaya.  Selama 3 tahun dia menjadi perempuan simpanan tanpa diketahui oleh isteri sah Martin

Red RoseWhere stories live. Discover now