Part 14

1.5K 80 2
                                    

Beckham masih duduk di sofa di ruang tamu.  Jam ketika itu menunjukkan pukul 12 tengah malam. Dia tidak dapat melelapkan mata selagi tidak melihat Audrey balik dengan selamat. 

Nenek sudah masuk tidur awal lagi. Kesian orang tua itu menunggu Audrey yang tidak muncul-muncul.  Setiap sejam dia cuba menghubungi Audrey tetapi voice mail. Rasa risau menguasai hatinya.

Pintu di buka. Audrey masuk dengan wajah pucat. Dia memandang Beckham yang juga memandangnya. Beckham berdiri.

“Kenapa lewat balik?” Beckham

Audrey tunduk seperti mengerang kesakitan. Beckham cepat-cepat berlari dan memeluk bahu Audrey. Terkejut dan risau melihat keadaan Audrey.

“Kenapa ni?” Beckham cemas.

“Sakit perut...” Audrey.

“Kau belum makan kah?” Beckham

Audrey geleng kepala perlahan. Beckham cuba membantu Audrey berdiri tetapi gadis itu mengerang kesakitan. Beckham terus angkat tubuh Audrey. Audrey terkejut tetapi dia tidak dapat berbuat apa kerana perutnya sangat pedih dan sakit.

Audrey meletakkan kepalanya di dada Beckham. Tangannya berpaut pada leher jejaka sasa itu. Wajah Beckham pula serius sahaja.

Beckham terus bawah Audrey masuk kedalam bilik. Dia melatakkan Audrey diatas katil perlahan. Dia mengusap perut Audrey dan wajah Audrey. Sangat pucat...

Beckham terus berlalu keluar dari bilik. Dahi Audrey berkerut melihat Beckham. Mana dia mau pigi tu? Dia tidak peduli saya kah ni? Audrey merungut dalam hati.

Hampir setengah jam Beckham masuk balik. Audrey masih diatas katil mengerang kesakitan. Beckham masuk dengan membawa semangkuk bubur ayam. Dia tarik kerusi dan duduk berdekatan katil.

“Makan bubur ni dulu..kalau masih sakit lagi,kita pergi hospital...” Beckham. Audrey geleng kepala. Dia cuba bangun.

“Kalau tidak mau pigi hospital,makan ni...” Beckham.

Audrey angguk. Beckham senyum. Terasa comel melihat perangai Audrey.  Perlahan Beckham meniup untuk mengurangkan panas lalu dia suapkan ke mulut Audrey. Audrey tidak banyak songeh dan terus makan.

“Sedap...” Audrey.

“Saya masak. Memanglah sedap..” Beckham. Audrey senyum.

“Lain kali,apa pun urusan kau di luar,mesti ingat untuk balik makan. Jangan tunggu gastrik naik baru ingat jalan pulang rumah..” Beckham.

Audrey diam saja.. terasa betul Beckham care pasal dia. Balik-balik dia nafikan tapi semakin dia nafikan semakin pula dia mau dekat dengan Beckham.

“Mau lagi kah?” Beckham. Bubur di mangkuk sudah habis. Audrey angguk. Beckham dengan wajah serius terus bangun keluar dari bilik.

Kali ini Beckham masuk membawa mankuk yang lebih besar lagi. Audrey tergelak melihat mangkuk besar itu.

“Napa ketawa?” Beckham duduk.

“Kecil juga tu mangkuk..?” Audrey.

Beckham jeling.

“Nanti aku bawa sikit kau nda cukup. Alang-alang aku bawa mamkuk ni. Super big. baru kau kenyang puas hati..puas perut dan boleh tidur nyenyak..” Beckham

“Terima kasih...” Audrey tunduk.

“No thanks. Ni bukan free..” Beckham. Audrey angkat muka.

“Habis tu?” Audrey.

“You need to pay this...” Beckham.

“How much?” Audrey.

Red RoseWhere stories live. Discover now