Part 27

2.6K 125 58
                                    

Red Rose
Part 27

Audrey merenung setiap sudut dinding tersebut. Dia cuba mencari dimana Devil meletakkan alat cctv. Dia perlu berusaha keluar dari bilik itu. Dia perlu menghalang Beckham dari membunuh presiden.  Dia tidak mahu sesuatu hal buruk terjadi pada Beckham.

Eve dan Pearl juga sudah sedarkan diri. Mereka tidak bercakap apa-apa kerana bimbang jika perbualan mereka di dengar. Mereka hanya menggunakan bahasa isyarat. Tangan dan kaki mereka sudah tidak diikat lagi. Pergerakan mereka sudah tidak terbatas lagi.

Audrey akhirnya nampak dimana kamera tersebut. Dia melihat kearah Pearl dan Eve. Mata mereka bertiga melihat tepat kearah alat itu. Audrey melompat dengan sekali lompatan dia dapat mencapai alat tersebut.

Tidak sampai beberapa saat dua orang guard lelaki datang. Mereka tahu Audrey telah mencabut alat itu. Pintu dibuka. Mereka masuk dan cuba menyerang Audrey. Audrey senyum. Pantas dia melompat dan mencapai leher seorang guard.

Sekali pulasan sahaja guard tadi terus mati. Audrey melihat seorang guard lagi. Belum sempat dia bertindak Pearl melompat naik keatas tubuh guard tadi dan terus mematahkan leher guard tadi.  Mereka bertiga senyum.

“Guys! Kita mau cepat sebelum yang lain datang!” Audrey.

Kemudian mereka bertiga terus keluar dari bilik itu. Berjalan menuruni anak tangga. Nasib baik mereka semua peka dan arif dengan kawasan markas tersebut. Dengan mudah mereka dapat melepaskan diri.

Mereka bertiga keluar dari bangunan tersebut dan berlari menuruni bukit. Mereka terpaksa masuk didalam belukar agar tidak dapat dikesan oleh orang-orang Devil.  Sementara itu Devil baru sahaja dimaklumkan bahawa Audrey,Eve dan Pearl sudah melarikan diri.

“Kamu semua memang tidak guna!! kejar dia sampai dapat!! panggil Dex!” Devil.  Tidak lama kemudian Dex masuk bertemu dengannya.

“Tuan panggi saya?” Dex.

“Cari Audrey! Jangan bunuh dia! Bawa dia balik sini sekarang!!” Devil.

“Baik Tuan!” Dex tunduk hormat dan terus keluar.

Dex mengarahkan beberapa pengikutnya agar berpecah supaya mereka senang menemui Audrey. Sempat juga dia berpesan agar tidak membunuh Audrey.

Audrey,Pearl dan Eve akhirnya sampai kejalan besar. Mereka menahan sebuah kereta yang kebetulan lalu disana.

Mereka bertiga terus sahaja masuk dan mengarahkan pemilik kerea tadi memandu dengan laju. Pemandu kereta itu merasa terkejut dan takut. Dia menurut sahaja kata-kata mereka.

Kereta itu terus memandu sehingga ke simpang menuju ke banglo Audrey.

“Terima kasih tumpangkan kami. Kami minta maaf!” Pearl. Orang itu mengangguk laju kemudian memecut laju meninggalkan mereka.  Ketiga mereka ketawa melihat pemandu tadi.

“Mesti dia terkejut tengok muka kau Audrey!” Pearl.

“Orang tu pun boleh takut..macam manalah si Beckham tengok aku nanti dengan pakaian yang koyak-koyak ni!” Audrey.

“Lagi dia suka! Seksi!” Eve. Ketawa lagi durang 3.

kemudian durang tiga berjalan beriringan menuju ke banglo yang sudah tidak jauh lagi dari jalan besar. Entah kenapa semakin dekat semakin Audrey berdebar-debar. Seperti ada sesuatu yang bakal menantinya.

Sampai sahaja di luar pagar,Audrey terkejut melihat Beckham sedang berbual mesra dengan seorang gadis. Hatinya terasa sakit. Dia berada dalam tahanan Devil,Beckham pula sedang berseronok dengan gadis lain di banglonya.

Audrey menendang pintu pagar. Beckham dan Angeline terkejut melihat Audrey. Beckham seperti tidak percaya dengan apa yang dia nampak.  Audrey berada didepannya. Seakan dia sedang bermimpi melihat wanita itu.

Red RoseWhere stories live. Discover now