Red Rose
Part 19
Pintu dibuka. Seorang wanita bertubuh tinggi lampai dan wajahnya sudah agak berumur namun penampilannya masih menawan masuk kedalam ruangan pejabat yang elegan itu. Dia duduk di kerusinya.Dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi dengan perlahan. Dia sempat menarik sebatang rokok dari kotak rokok lalu dibakar. Perlahan dia hisap rokok sambil termenung ke luar cermin.
Ting! (bunyi alarm pintu pejabatnya.) kemudian masuk seorang wanita yang berpakaian seperti gadis kelas atasan. Sangat kemas dan feminin. Berkulit putih dan bertubuh kurus.
“Mommy?” gadis itu memanggil wanita yang sedang merokok.
Wanita itu berpaling melihat gadis tadi. Dia senyum.
“Come..sit..” Wanita tadi.
Gadis sopan itu kemudian menarik kerusi dan duduk. Perwatakannya sangat sopan dan lemah lembut. Wanita itu senyum.
“Angeline,mommy ada sesuatu mau kasih tau kau ni..”
“Apa tu mommy? Saya tengok sejak kebelakangan ni mommy macam susah hati saja..” Angeline.
“Angeline,kau tahukan kau bukan anak mommy..”
Angeline angguk sedih.
“Sejak kamu lahir lagi mommy sudah jaga kamu. Mommy korbankan semua yang mommy ada..”
“Mommy..saya tahu...” Angeline.
“No! Kau tidak tahu Angeline. Mommy mau kasih tau hal sebenar sama kau..pasal asal usul kau..”
Angeline diam. Sebelum ini memang Mommynya sudah cerita tentang dirinya. Tetapi tidak semua. Dia tidak perna memaksa mommynya untuk ceritakan hal itu selagi wanita itu tidak bersedia.
Wanita tadi menarik nafas dalam-dalam sebelum mula bercerita...
Flashback~
“Kau tipu Imara!! Dalam perut kau tu bukan anak aku!!” Dev.
Imara menolak badan Dev kasar. Tidak sangka lelaki itu sanggup menuduhnya. Esakannya dari tadi semakin menggila.
“Ini anak kau Dev!! ini anak kau!!!” Imara.
“Kau tipu! Kau fikir aku tidak tahu kau ada hubungan dengan lelaki lain?!” Dev menampar Imara. Imara jatuh ke lantai.
Dia bangun semula. Dia menarik baju Dev dengan kasar kemudian dia membalas menampar Dev dengan kuat sehingga pipi Dev terluka kerana kuku Imara yang panjang.
“Perempuan kelab malam macam kau ni mana mungkin hanya layan aku saja! Sudah ramai lelaki yang kau layan sebelum ni!!” Dev.
“Ya! Memang aku perempuan kelab malam! Tapi cuma kau yang tidur dengan aku saitan!!!” Imara menarik rambut Dev.
Dev menarik lengan Imara dengan kuat. Kemudian dia menolak Imara ke dinding. Dia mencekik leher Imara.
“Kau ni perempuan kelab malam! Perempuan murahan! Kau tidak layak dengan aku!!” Dev meludah wajah Imara
“Kau buat aku begini sebab Diane kan! Sedarlah Dev! Diane tu isteri Martin!!!” Imara.
“Kau jangan peduli hal aku! Kau keluar dari rumah aku sekarang!!!” Dev menolah Imara keluar dari rumahnya.
Imara berjalan lemah keluar dari halaman rumah Dev. Lelaki yang dia cintai itu telah membuang dia. Dia kini sedang mengandungkan anak Dev.
Dia menyimpan dendam yang amat dalam dihatinya. Dia ingin membunuh Dev dengan tangannya sendiri. Tetapi dia telah merancang sesuatu untuk Dev.
YOU ARE READING
Red Rose
ActionWhy should I fall in love with you Audrey?! why?! tell me why?! Beckham tumbuk dinding sehingga tangannya berdarah. wajah Audrey direnung tajam. Im sorry Beckham..I have to.. U dont know who realy I am.. Audrey put a target on Becham chess..she re...