5

13.8K 397 4
                                    

Aku memasukan aiskrim malaysia ke dalam bekas untuk dijual sekejap lagi bersama beraneka buah-buahan ke dalam dua raga besar. Raga tersebut akan aku masukkan ke dalam bonet kereta sebelum bertolak ke sebuah sekolah yang sudah aku sewa tapaknya dari pihak sekolah untuk menjual aiskrim dan buah aku tu.

" Nak pergi dah, angah ?" tegur mama dari belakang aku. Aku sekadar mengangguk kerana tangan sibuk menyusun plastik buah agar tidak jatuh.

" Pandai anak mama buat bisnes. Even bisnes kecik-kecik, yang penting angah tak duduk saja goyang punggung." gurau mama yang sudah ketawa besar di sisi aku.

Aku juih bibir dengan usikan mama. Punggung angah disebut-sebut mama ?

" Ma, ngah ingat nak tarik si abang tolong angah kat gerai. Budak-budak balik sekolah serbu macam zombie yang dalam Train To Busan tu, ma !" beria aku bercerita kepada mama. Punya la nak tunjuk kesahihan keadaan sebenar pelajar sekolah itu.

"Abang nak ke jual-jual benda macam tu ? Bukan apa, dia tu busy benar dengan nak melepak dengan kawan dia lah, nak modified motor dia lah.. Kang terkontang-kanting angah dia dok rilek kat belakang belek henfon dia." jelas pn Syafina sambil mencapai satu plastik buah jambu batu.

Aku muncungkan bibir tanda fikir. Ya tak ya jugak kan ? Abang tu dah la jenis cepat bosan. Hisy kena cari cara dia join aku !

" Takpa la ma, nanti angah fikir cara dan strategi nak paksa dia. Hehehee, pergi dulu ma. Assalamualaikum." ucapku lalu mengucup tangan si emak.

Mama lah emak aku, mama lah ayah aku. Selepas arwah ayah meninggal dua tahun lepas, pada mama lah aku merasa kasih ayah dan ibu dalam satu masa.

" Drive careful, sayang." jerit mama dari dapur. Aku tengah sarung kasut pastu meluncur laju meninggalkan kawasan rumah.

****

Peluh merenik di dahi aku seka di hujung baju t-shirt yang aku pakai. Mak aii, aku berpeluh ke mandi air terjun ni ! Aku kerling jam tangan rolex di pergelangan tanganku sekilas, dah pukul 3.15 petang. Kemudian aku berdiri melihat baki buah-buahanku. Ada lagi tiga ke empat plastik buah tembikai dan mempelam. Aku berkemas hendak pulang kerana waktu sekolah tamat jam 2.30 petang dan rasanya tiada kelas tambahan kot budak-budak ni. Dah dua minggu aku bekerja di tepi sekolah ini jadi aku tahu serba serbi jadual pelajar-pelajar itu. Kadang-kadang budak sekolah lain pun datang beli aiskrim kat aku. Alhamdulillah..

Tengah aku menyimpan bekas aiskrim aku, ada sebuah kereta memberhentikan kereta di depan gerai aku.

" Aiskrim dah habis. Tinggal buah ja." tempikku kuat supaya orang di dalam kereta dapat dengar. Disebabkan cermin kereta tu gelap, jadi aku tak nampak pulak siapa pemandunya.

Aku meneruskan kerjaku yang tergendala tanpa hiraukan orang itu. Biar dia tengok dengan mata kepala dia sendiri, buah je yang ada.

" Ain." Dummmm !! Bunyi guruh berdetum dalam jiwaku. Ak...aku kenal suara ini. Jika dahulu aku sangat dambakan si dia untuk sentiasa memanggil nama aku, tetapi kini tidak. Aku benci ! Meluat dan menyampah !

" Maaf encik, tinggal buah ni aja." aku cuba bersuara selamba. Walhal dalam hati aku rasa dah macam nak carik-carik muka dia ! Berani dia tunjukkan muka sememeh dia tu depan aku lepas apa yang dia dah buat pada aku 6 bulan lepas ?!!!

" Im talking to you, Ain !" jerkah Aqil tanpa punca. Aku angkat wajahku dengam kerek dan tidak lupa keningku.

" What ? What are u trying to say, mr Aqil ?!" aku cuba mengawal nada suaraku agar dia tahu aku tidak pernah terkejut dengan kehadirannya saat ini. And where is Siti Nasuha ?! Tolong bawak laki kau ni balik !!

" I...I miss u. Ive tried to call your number thousands of times tapi selalu out of coverage. Sampai macam tu u bencikan i, Ain ? I thought you lo.."

" Love u ? Huh, tolong jadi waras sikit la Aqil. Kan aku dah cakap, mulai detik kejadian tu aku dah tak kenal kau. So, get lost from my sight !" aku hempas bonet kereta kuat. Biar lingkup semua benda !!

Aku cuba untuk masuk ke dalam kereta tempat pemandu tapi lengan aku dicengkam kuat oleh Aqil. Sakit ? Ya, sangat sakit !! Aku mengaduh perlahan.

" No, i tahu u masih sayangkan i. U cannot go on with this life without me ! Same goes to me, Ain !" makin kuat oktaf suara Aqil, makin kuat cengkaman tangannya di lengan aku. Bodoh lah mamat ni !

" Sayangkan u ? The funniest things i ever heard ! Let me go, Aqil. Sakit !!" aku menempik kuat sambil cuba untuk leraikan namun apakan daya, tiada bezanya.

Dia menghampiri aku dengan seraut wajah yang menakutkan. This is not really Aqil Johari yang aku kenal !

" Sakit ? Habis hati i ?!! Hati i lagi sakit tengok u pergi dari hidup i ! Ini semua salah betina tu !!" tiba-tiba Aqil mengamuk dan melepaskan cengkamannya. Peluang ini aku gunakan sebaik mungkin dan cepat-cepat aku masuk ke dalam kereta sementara dia masih ralit. Kunci pintu dan vroommm ! Aku pandang dia di cermin sisi. Dia sedang meraup wajahnya yang bengis sambil menendang tayar keretanya. Air mata aku berjujuran mengalir di pipi. Ahh sudah lama aku tidak menangis kerana hal ini. Ingatkan 6 bulan masa yang terlalu lama untuk aku ubati luka ini namun ternyata aku salah.

Aku menekan pedal minyak dan menuju ke rumah dengan segera. Sempat aku kerling ke arah pergelangan tanganku, merah dan ia mula kebiru-biruan. Takkan sampai nak lebam kot ? No lah !

***

Usai membersihkan diri, aku menunaikan solat zohor yang hampir senja. Kemudian aku melabuhkan duduk di birai katil memandang tanganku yang lebam. Aduh, boleh tahan sakit ni.

Lagu Shape of You kedengaran di telefon bimbitku menandakan panggilan masuk. Tak ada dalam kontak aku ? Siapa ni ? Aku jawab dengan ragu-ragu.

" Selamat petang. Boleh saya bercakap dengan Cik Ain Syamina bt Azmi ?"

" Ya, saya sedang bercakap. Ada apa ya, cik ?" berdegup jugak jantung aku sebab formal semacam je suara cik kak ni.

"Tahniah, cik Ain Syamina dipilih untuk menjadi sebahagian pasukan Cartoon For You. Cik Ain Syamina diminta untuk  laporkan diri esok pagi di pejabat kami. Tahniah sekali lagi."

Aku kaku. Betul ke apa yang aku dengar tadi ? Ya Allah, alhamdulillah ! Aku raup wajahku dengan khabar  gembira itu.

" Te..terima kasih. Esok saya datang, in sya allah." aku tekan ikon merah untuk matikan panggilan tersebut. Aku pandang kosong dinding kamarku.

" Oh yeayyyyyyy ! Aha..aha..siapa sangka Ain Syamina is a cartoonist ?!!" aku menari gaya spongebob dapat obor-obor seorang diri. Alhamdulillah ya Allah..

****

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now