17

10.5K 314 1
                                    

Usai aku menunaikan solat maghrib, aku turun ke dapur untuk menikmati makan malam yang akan aku sedia. Nasi goreng kampung cuols ! Ingat aku tak reti masak langsung ke ? Resipinya senang je, taruk je segala benda yang ada dalam peti sejuk tu. Nak bagi rasa kampung masukkan perencah adabi tu ha. Tadaaa siap ! Walaupun teknik plating aku teruk, aku kisah apa. Janji kenyang.

Seperti yang dijanjikan, abang call aku ketika aku sedang menyiapkan malam seorang diri. Haih bosannya duduk seorang macam ni.

" Kau okey ?" tanya abang sebaik sahaja aku menjawab panggilannya.

" Iya aku okey. Kau ni kenapa hah, dari tadi lagi... arghhhh !" terkejutku bukan kepalang apabila tingkap dapur di bahagian belakang terbuka secara tiba-tiba. Angin menerobos masuk dengan kuatnya menyebabkan aku berasa takut serba sedikit.

" Ngah, kenapa ni ?! Angah !" suara Aizat di corong bagai tenggelam timbul sahaja di pendengaranku. Aku rasa sesuatu. Tingkap tadi aku pandang lama.

" Ain Syamina bt Azmi !!" jerit abang kuat sehingga menyedarkan aku. Mataku terpejam rapat, seakan-akan aku khayal sebentar tadi. Astaghfirullah..

" Ak..aku o..okey. Bang, kau dah makan ke ?" aku cuba menukar topik kerana tak mahu adikku risau. Aku menapak ke arah tingkap tadi untuk menutupnya.

" Aku on the way balik sekarang, ngah ! Kalau ada apa-apa, call aku secepat yang mungkin." suara abang sangat kalut kedengarannya. Aku iyakan sahaja sebelum mematikan panggilan.

Disebabkan rasa takut yang mula hadir dalam diriku semakin menebal, nasi goreng kampung aku tak jadi sediakan. Kemudian aku beransur naik ke bilik setelah mengunci segala pintu.

Ketika aku hendak memanjat tangga, aku terdengar suatu suara.

" Nak pergi mana ? Kita perlu berbincang." suara tu... seperti aku kenal. Aku toleh belakang dan ternyata AQIL ! Apa dia buat dalam rumah ni ? Macam mana dia masuk ?! Aku telan air liur.

" A..Aqil.. Apa kau buat kat sini ?" bergetar suaraku sambil merenung anak matanya. Allah, auratku !

Dia sengih sinis padaku kemudian semakin menghampiriku. Aku.. Aku tak tahu nak buat apa lalu bergerak ke dinding rapat dengan belakangku. Selamatkan lah aku, ya Allah.

" Ain, kau sangat cantik. Kenapa kau tutup segala kecantikan kau ni hah ?" rambutku yang panjang dia belai lembut. Hendak menangis aku rasa saat dia mengoles ubun-ubunku dengan wajah begitu. Ingin saja aku tolak dia jauh dari aku tapi tanganku bagaikan tersekat.

" Aku dengar kau nak kahwin dengan mamat berlagak bagus tu ! Aku benci tengok kau ketawa bersama dia ! Aku benci, kau faham tak !!!" jerkah dia secara tiba-tiba. Kini air mataku sudah merembes keluar dari kelopak mata. Kenapa Aqil yang aku kenal jadi begini ?

" Kau dah gila ke Aqil ?!! Aku lagi benci tengok muka kau ! Pergi dari rumah aku sekarang jugak sebelum aku call polis !" aku kumpul segala kekuatan yang masih bersisa untuk mengusir lelaki gila ini.

" Kau jangan berani tengking aku !!" pipiku ditampar kuat sehingga terjatuh ke lantai mozek. Pedih, sakit dan ngilu aku rasakan.

Tiba-tiba dia menghampiri aku yang berada di lantai. Semakin dekat dia, semakin terundur aku ke belakang. Takut bukan kepalang lagi. Wajahku dibasahi dengan air mata yang hebat menggila. Ini kah Aqil yang aku kenal dulu ?

" Sebelum mamat tu 'rasa' kau dulu, baik aku yang rasmi. Biar dia dapat yang 'second hand'. Hahahahhaa !" Aqil ketawa seperti orang gila ! Semakin takut aku dibuatnya dengan kata-katanya.

Aku cuba bangun dari jatuhku sebelum dia sempat berbuat apa-apa padaku. Pintu utama menjadi sasaranku. Mujur dia terjelopok ke sofa jadi ia melambatkan pergerakannya.

Ahhhh ! Aku dah tak boleh fikir apa dah sekarang sehingga aku terlupa untuk bertindak dengan bertenang.

" Nakal ! Sial kau, Ain ! Biar aku bunuh kau macam kawan baik kau tu !!" aku telan liur. Peluh mula merenik di dahi dan seluruh tubuhku !

"Angah ! Bukak pintu ni, ngah !" kedengaran suara Aizat di luar rumah. Abang !

" Kau jangan berani bukak !" menyeringai Aqil apabila suara Aizat mula gelabah di luar.

Melihat tombol pintu bergetar untuk dibukak dari luar, kalut Aqil berlari ke dapur.

" Angah !" suara abang aku cari di pintu. Terus aku berlari ke arahnya dan memeluk adikku. Sungguh aku takut, sangat takut.

" Shuuttt.. aku ada." belakang aku aizat gosok perlahan untuk menenangkan aku. Satu kelibat melintasi kami berdua dan turut berlari ke dapur. Lantak lah siapa pun !

" Abang, aku takut ! Aqil dah gila ! Dia.. dia cakap dia bunuh Nuha !" mengongoi aku menangis di atas bahunya.

" Aizat." panggik seseorang dari belakangku. Aku hiraukan sahaja.

Dia menyambut huluran lelaki tadi dan tiba-tiba aku terasa seperti ada kain di atas kepalaku, menutup auratku. Mujur aku memang pakai lengan panjang dan seluar cukup kain. Alhamdulillah, terima kasih ya allah.

Aku dipujuk untuk masuk ke dalam sebuah kereta terlebih dahulu sebelum Aizat dan kawannya memeriksa kawasan di sekitar rumah. Selepas setengah jam, barulah mereka berdua masuk ke dalam kereta. Aku pejamkan mata sahaja tetapi tidak tidur kerana masih terngiang-ngiang wajah Aqil yang menakutkan.

" Aizat tak sepatutnya tinggalkan angah seorang diri macam tu. Semua ni salah Aizat, bang." suara lemah Aizat aku dengar.

" Tak, bukan salah sesiapa. Kita tak tahu benda nak jadi. Kesian Ain, mesti dia terkejut." suara kawan Aizat macam aku kenal. Tapi.. takkan kot !

" Sebenarnya... pagi tadi Aizat terserempak dengan Aqil. Dia ada cakap pasal nak get back dengan angah tapi aizat marah-marah dia. Then, dia kata akan ada show malam ni. Mula-mula Aizat tak faham apa maksud dia. Bila jadi macam ni, baru Aizat tahu show apa yang Aqil cakapkan dari tadi."

" Kebetulan esok Aizat ada assignment kena hantar, jadi kena stay back kat rumah kawan. Aizat memang dah rasa tak sedap hati dari petang lagi, memang tak boleh fokus langsung masa buat kerja tadi. Sebab tu Aizat mintak nak balik rumah kejap. Masa tu abang pun baru sampai jugak kan ? Thanks bang."

Menitik air mata mendengar cerita daripada adik bongsuku. Sampai macam tu sekali dia risaukan aku. Sungguh, menangis tanpa keluarkan bunyi sangatlah menyakitkan. Aku membiarkan dua lelaki itu bersembang berdua sahaja tanpa ada niat hendak menyampuk. Biarlah aku tidur ditemani dengan air mata.

****

" Ya Allah Ain !" Puan Yani berlari ke arah aku dengan air mata kerisauan. Terharu.

" Jom masuk, lewat dah ni." lenganku dipeluk kemas oleh umi Fawwaz masuk ke dalam rumah. Lemah longlai kakiku hendak menapak ke rumah agam itu.

Usai membersihkan diri, aku terus rebah di hujung katil. Perit hatiku melihat Aqil berubah sehingga tahap itu. Apa dan siapa yang bertanggungjawab mengubah pendirian lelaki itu ?

Nuha. Patutkah aku percaya yang dia dah bunuh Nuha, isterinya sendiri ? Pada hari aku dimasukkan ke hospital, mereka berdua mengaku sendiri bahawa mereka sudah berkahwin lebih kurang dua bulan. Kini sudah berganjak setahun lebih. Ahh pening !

Aku gosok rambutku yang basah dengan jari, berdoa dalam hati agar kekusutan ini dapat terungkai.

" Angah, aku masuk ya." pamit Aizat di luar pintu bilik. Terjengul lah wajah sugul adik aku seorang ni.

Pintu ditutup semula kemudian dia beransur ke arah aku.

" Aku tahu kau tak okey. Aku minta maaf." abang menunduk memandang lantai. Aku senyum nipis padanya. Saat ini, tika ini, kami harus kuat.

" Mintak maaf untuk kesalahan yang mana satu ? Kau banyak salah pada aku tau." gurauku. Dia pandang aku dengan serius.

" Jangan berlagak kau kuat lah. Aku tarik rambut kau baru tahu ! Dah la, umi panggil turun makan. Kau tak sempat makan lagi kan sejak orang gila tu serang ?" ketawa kecil darinya membuatkan aku tersenyum.

" Ha jangan lupa pakai tudung. Abang Waz ada kat bawah.Cepat sikit. Tak payah nak makeup bagai. Muka kau sama je sebelum atau selepas." aku baling kuat bantal di hujung tanganku kepadanya. Eh sempat pulak dia mengelak ?!!

****

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now