Awal-awal pagi lagi aku bangun supaya tidak terserempak dengan bos gatal aku tu. Usai solat subuh aku terus ke dapur mencemar duli. Hak hak hak ! Opah, atok dan mama terkejut benar nampak aku kat dapur pagi-pagi macam ni. Selalu kat kampung, selagi matahari tak terbit, suara opah membebel kejutkan aku memang tidaklah nampak muka aku yang cantik ni kat sekitar dapur.
" Mimpi kahwin dengan siapa yang tiba-tiba bangun awal ni ?" sapa atok yang sedang menyelak surat khabar.
" Pujian atau sindiran ?" balasku sarkastik.
" Both." jawab atok sekilas. Tengok, pagi-pagi dah beritik-itik muncung aku. Buruk bebenor !
" Fina, anak teruna kamu dah bangun belum ? Bangun subuh ke tidak budak tu." atok memang pantang orang tak jaga solat. Solat kan tiang agama.
Bawang ditumis dengan api sederhana kemudian opah masukkan daging cincang ke dalam belanga itu. Aku hanya tunggu arahan seterusnya sahaja.
" Angah, pergi kejut abang dan bos kamu kejap." arahan mama aku telan sebelum mencerna.
Kronologinya begini. Fawwaz tidur sebilik dengan abang. Aku kena pergi kejutkan abang. So automatiknya Fawwaz akan terjaga sekali. So konklusinya, aku kejut abang je lah. Kan ? Siapa setuju angkat kaki. Hahahaha !
"Ingat, lepas kejut terus keluar." atok memberi arahan bersama amaran. Aku angguk lantas menapak keluar dari kawasan dapur.
Bilik yang Aizat tidur adalah yang paling depan, dekat dengan ruang tamu. Okay, take a breathe.. fuh...
Tok tok tok !
" abang, atok suruh bangun pergi jaga kedai. Abang !" jeritku kuat dan nyaring. Ketukan bertalu-talu di pintu aku sengaja lajukan rentaknya supaya Aizat bangun.
" Aizat Syazwan ! Atok cakap jangan sampai atok pecahkan pintu ni kalau kau tak bangun jugak !"
Sakit tekakku tatkala harus menarik vokal pagi-pagi begini. Jam di dinding pukul 7.15 pagi. Tak boleh jadi ni..
Dalam gaya aku hendak pulas sahaja tombol, tiba-tiba ia terkuak dari dalam. Okey, kenapa aku tak bukak je terus tadi ? Sebab ada seorang lelaki yang bukan mahram aku di dalam bilik itu. Kang dia tak berbaju ke, tak pakai seluar ke.. tak berbulu mata aku !
" Kenapa bising-bising ni, Ain ?" terbuka luas mulut bos aku ketika menguap. Buruk punya perangai ! Ha, nasib baik lengkap berbaju dan berseluar.. Haih, aku ni overthinking lah.
" Er.. atok suruh bos dengan Aizat bangun. Ni solat subuh tak ?" tanyaku. Dikerling di belakang bos, aizat masih terbongkang di atas toto tebal itu.
" Ala kenapa abang bukak pintu ? Kan dah kena bangun awal.. bising lah burung kakak tua nii..." bantal di atas betis Aizat dicapai dan ditekapkan ke telinga.
Aku mengetap gigi geram. Burung kakak tua dia kata kat aku ?! Sakit hati punya pasal aku tolak pintu bilik tu sampai terkena dahi bos aku. Ah lantak ! Siapa suruh berdiri kat situ !
" Hei kau cakap aku apa ?! Bangun lah sebelum aku siram air atas badan kau !" rambut kusut adik lelakiku yang tak berbaju itu aku gosok dengan kasar.
Terpekik terlolong aizat menjerit meminta pembelaan dari incik bos aku yang tercongak kat pintu.
"Sakit, ngah ! Gila lah dia ni ! Ya, ya aku bangun lah ni !" aku senyum lebar. Aku membetulkan bajuku dan tudung yang kelepet ketika 'serangan' ke atas Aizat. Hah, selesai.
" Good morning, bos." aku tunduk lalu senyum dilemparkan pada jejaka itu. Gosh, he look so charm dengan muka dan rambut serabai macam tu. Hah !
****
Aktiviti pertama aku di kampung ialah rembat moto atok sebelum AIZAT ! Kalau mamat tu dapat dulu, memang sampai ke malam aku tak merasa moto itu. Jadi, sementara adik lelaki aku tengah bersembang dengan atok aku cepat-cepat keluar dari rumah kayu itu. Pada pn Syafina sudah aku khabarkan kepergianku merendek satu kampung.
" Ain, awak nak pergi mana ni ? Terhendap-hendap macam perompak." ala kenapa aku terserempak dengan mamat ni di saat-saat genting macam sekarang hah ?! Dah la suara macam petir, kuat gila !
Idea idea ! Kalau bos bising-bising macam ni kantoi lah nanti !
Kecinggg !
" Ya tok, kejap Mina panggilkan dia." tiba-tiba dengan sengaja aku menjerit. Kerutan di wajah Fawwaz aku hiraukan. Mesti dia hairan, apasal tak dengar suara atok pun .. Hahahaha
" Bos, atok panggil."
"Erk ? Mana ada lah, saya tak dengar pun." katanya sambil terintai-intai di dalam rumah. Aku menampar dahiku sendiri, aduh bos ni..
" Awak nak pergi mana ni ?" tanya fawwaz apabila melihat aku sedaya upaya menghidupkan enjin moto atok. Apasal susah sangat nii ?!!
VROOMMMMM
Aku tersenyum bangga. Hah, see the leg lah bro !
"Ain. Ain ! Ain !" pedal gear 1 dipijak kemudian dengan gaya azwan ali melambai aku berikan pada incik bos aku yang terpinga-pinga di situ.
" Bye Fawwaz !" ujarku untuk pertama kali panggil bos aku dengan nama betulnya. Rasa kekok pulak..
" Wey kau mengelat, ngah !!!" jerit aizat di pintu rumah. Mengekek aku ketawa. Bangga kerana dapat mengalahkan adik lelakiku, si hantu moto.
****
YOU ARE READING
Dia, suami aku ?
RandomAin Syamina. Gadis yang dicurangi oleh tunangan sendiri dan dikhianati oleh kawan baiknya. Serentak itu, kemalangan menimpa ke atas diri Ain. Ditemu duga dengan mamat kerek macam dia tu memang payah. Tak sesuai langsung nak jadi ketua kepada sebuah...