23

18.2K 300 2
                                    

Subuh. Subuh !!! Subuh !! Sekarang pukul berapa ?! Sebaik sahaja aku celik mata, terus aku cari telefon. Choi nak layan intagram apa semua ! Nak tengok jam pukul berapa lah !

" 5.30 pagi rupanya." aku melepaskan keluhan lega. Ingatkan dah 8.30 ke apa tadi. Boleh pulak aku tak dengar alarm bunyi. Rasanya semalam aku dah kunci. E lupa lagi, aku 'cuti'. Senyuman diukir lebar. Boleh la bermalas-malasan atas katil dulu.

Aku mengeliat gaya tak cukup kuak lentang bagai nak rak lah atas katil tu. Ishh apa benda yang keras ni ?

Aku raba-raba dengan kakiku sahaja benda itu. Wuik ? Berotot. Aku bermimpi ke apa ni ? Saat aku toleh ke arah kananku, papp !

" Morning kiss." ujar orang di sebelah aku. Haah lah, semalam aku kahwin. Dah berlaki rupanya aku ni.

Heh what ?!!! Celapak aku bangun dari pembaringanku lalu menutup tubuhku dengan selimut. Weh katakan tidak !

Wajah Fawwaz yang seperti menahan ketawa aku pandang jelek. Kurang asam boi betul !

" Nasib baik saya sayang awak tau. Yang dirabanya betis saya dengan kaki awak macam tu dah kenapa ?" Fawwaz hampiri aku di penjuru katil dengan rambutnya yang kusut. Ouch seksih !

" Err..." berkelip mata aku sambil minda aku cuba mencari ayat. Nak tanya macam mana eh ?

" Jangan risau, saya takde lah bendul sangat sampai tak tahu 'senggugut' tu apa. So semalam tak jadi apa-apa pun pada awak." dia kembali baring tapi di atas riba aku. Ewah, ingat free ke paha lemak berkrim aku ni ? Bayar lah !

" Betul awak tak ada buat apa-apa ?" tanyaku selepas belek wajahnya yang bersih. Hais apasal muka bangun tidur dia lagi elok dari aku ni ? Dengan rambut aku macam kak limah, serabai !

Tiba-tiba dia celik mata. Kus semangat ! Aku tengah belek muka kau lah, incik somi !

" Ada lah.. sikit-sikit. Main rambut awak, hidung awak.." dia tunjuk satu per satu di wajahku. Hisy aku gigit kang jari dia ni !

Aku tersenyum lega. Nasib baik tak ada lebih-lebih. Aku bersandar di kepala katil sambil diperhatikan dia.

" Saya tak mahu main lebih-lebih. Kang tak sempat nak brek ! Hahaha !" terus dia bangun dari baringnya dan masuk ke bilik mandi. Untuk solat agaknya.Tak sempat aku nak rembat dia dengan Mr Frogie. Menyakitkan hati !

***

Untuk dia aku sudah hamparkan sejadah dan kopiah putih milik arwah ayah dulu yang aku simpan di dalam almari. Sekurang-kurangnya nanti masa aku mandi, takde lah dia dok panggil aku banyak kali. Cari itu ini kan..

"Sayang, ambilkan tuala jap. Lupalah tadi.." ha kan dah cakap. Aku geleng kepala sambil tersenyum. Untuk apa senyum itu, aku tak pasti. Bagasi dia di sebelah katil aku tarik zipnya dan mula mencari tuala. Kalau nampak benda tak sepatutnya tu, terpaksa lah buat-buat tak nampak.

" Nah awak." tuala disua di antara pintu.

" Eh apani ? Basah lah, awak !" berangku melihat Fawwaz sengaja memercikkan air ke mukaku. Mengekek dia ketawa !

" Yelah yelah. Gurau pun nak marah."

Aku jelir lidah padanya kemudian berlari semula ke katil. Hmm.. baru 6.15 pagi. Mama mesti tak bangun lagi. Along dengan Aizat tak payah cakap lah.

" Taknak mandi ke ?" tanya Fawwaz yang hanya bertuala sahaja. Eh dia ni, aku cepuk kang ! Ingat bilik aku ni pentas fashion show ke ?

" N..na..nak. Tapi saya tunggu awak solat dulu." gagap pulak aku ni. Kedengaran dia menyengih.

" Malu la tu tengok saya macam ni kan ? Mesti awak cakap "laki aku ni bekas model LA ke ataupun dia ingat ini runaway fashion show atau ohemji why badan dia so hot!?" kan.. ? Eleh mengaku je lah."

Dia, suami aku ? Where stories live. Discover now