Lelaki dalam rumah ni semua pergi ke masjid jadi yang tinggal dalam rumah ni hanyalah wanita sahaja. Alhamdulillah.. jadi kesempatan ini aku ambil untuk mandi sepuas-puasnya. Ah lega weh dapat cuci kulit kepala aku yang rimas petang tadi. Aku ni jenis tak boleh berpeluh sangat nanti mula lah gatal kulit kepala pastu rambut jadi kering.
Pak long dengan pak ngah sekeluarga sudah pulang tadi jadi yang ke masjid mestilah yang tiga orang tu. Along, Abang, Acik. Hahahaha rasa kelakar pun ada bila tengok tiga serangkai tu.
Mama dah masuk bilik sebab terlalu penat mungkin. Kak Zana tidurkan Nur Aira yang asyik merengek dari petang tadi, menangis tak sudah. Risau dibuatnya along dan Kak zana melihat keadaan Nur Aira.
Aku ? Tengah berpencak silat basuh pinggan kat dapur ni ha. Penatnya yang amat weh ! Aku tengah 'cuti' so aku ringan-ringankan lah tulang aku untuk basuh apa yang perlu di sini. Yelah, majlis aku kan. Kena pastikan ia bersih seperti biasa. Aku kerling jam di dinding, dah pukul 9.30 malam ni. Aku syak tiga serangkai tu mesti pergi melepak kat kedai mamak hujung perumahan ni.
Tengah aku basuh cawan, tiba-tiba seseorang memeluk pinggang aku dari belakang. Gulp, siapa pulak ni ?! Eh bengapnya kau. Mestilah laki kau, Ain ! Bau minyak wangi pun dah tahu. Aku mula rasa takut, geli pun ada jugak. Yelah, first time 'lelaki lain' nampak rambut aku secara terang tang-tang cenggini. Masa Aqil serang aku dulu, aku tak pasti sama ada Fawwaz nampak aurat aku atau tidak.
" Cantiknya rambut sayang.." terhenti segala aktiviti mencuci aku di singki. Keras, kaku.
" Wangi pulak tu. Ni kes nak menggoda ke apa ?" kepala dia diletakkan di atas bahu aku. Ya Allah, rileks wahai jantungku. Jangan berdebar sangat.
" Mana ada lah. Kan tadi berpeluh bagai nak rak masa mengemas tadi." aku cuba berlagak bertenang sambil menyambung semula kerjaku. Apasal macam lambat je aku cuci pinggan cawan ni ?!
Tiba-tiba Fawwaz ketawa kecil.
" Alasan." ujarnya separa berbisik di telingaku. Okey, serius aku geli bila dia buat macam tu.
Usai singki kosong, cepat-cepat aku pusing ke belakang. Wuishhh ! Kus semangat aku bila mana kedudukan kami tersangatlah dekat. Keras jap aku kat situ.
Chupp !
Empat kali ganda aku keras bila tiba-tiba sahaja Fawwaz 'merasmikan' bibir aku. Weh !!!! Gatal miang lah dia ni ! Aku kemam bibirku lalu menunduk malu.
" Sayang, jom lah tidur. Saya letih gila ni.." rengeknya manja di hadapanku. Pinggangku masih dipeluk erat. Hesss, dah lah tengah malu ni dia boleh ajak tidur. Awal lagi kot.
" Ehem !" tiba-tiba ada suara orang berdehem di belakang kami. Aku cuba untuk leraikan pelukan Fawwaz tapi dia sengaja keraskan lagi tangan dia. Saja tau dia ni !
" Excuse me. Aku masih bawah umur tau. Nak bersweet-sweet mohon jangan dibuat di tempat public." sindiran Aizat aku pandang dengan penuh ejekan tapi aku tak mampu nak balas.
" Angah kau lah ni, jat. Tak nak masuk bilik lagi. Aku dah ajak dah tapi dia cakap awal lagi. Dia tak tahu agaknya pengantin kena tidur awal." mengilai ketawa dua lelaki itu. Huh, seronok lah dapat kenakan aku. Jadi sebagai balasan, aku tampar kuat dada bidang Fawwaz kemudian berlalu dari situ. Mujur dia lepaskan aku tadi ! Macam mana dia tahu aku fikir awal lagi nak tidur ?
Entah kenapa aku rasa sakit di bahagian bawah perut pulak tiba-tiba ni. Cepat-cepat aku panjat tangga menuju ke bilikku. Takkan senggugut kot ? Tak tidur la aku malam ni..
***
Masuk sahaja ke dalam bilik, terus aku cari minyak angin untuk disapu di bahagian bawah perutku. Sakitnya !
Ya Allah, sengal betul pinggang aku ni. Sementara aku buat aksi membetulkan bahagian yang lenguh, pintu bilikku dikuak dari luar. Lantak lah siapa pun yang masuk, aku sakit sangat ni. Kenapa tiba-tiba ja ni ? Melingkar aku macam tenggiling di atas katil.
" Eh sayang, kenapa ni ?" kalut empunya suara itu berlari ke arah aku. Aku masih memeluk perutku dengan harapan hilanglah nanti rasa sakit tu. Mr Frogie aku peluk jugak.
Fawwaz usap ubun-ubun aku dengan lembut.
" Awak okey ke tak ni ?" dia meletakkan tapak tangannya di atas dahi aku. Alahai encik somi, nampak macam aku tengah demam ke ?
Dalam gaya aku hendak bangun ke tandas, dia menahan aku. Apadahal ?
" Tunggu sini kejap. Saya panggil Aiman. Dia tak tidur lagi rasanya."
Terbeliak biji mata aku bila dia cakap nak panggil along. Adoi along tak membantu langsung !
" Eh awak, tak payah. Awak.." belum sempat aku hendak menghalang dia, terus Fawwaz keluar dari bilik. Mak ai !
Lebih kurang 5 minit macam tu, aku memang tak tahan dah jadi aku baring mengiring semula dan cuba untuk tutup mata.
" Angah." suara kak zana terdengar di telingaku. Eh kata panggil along ? Tapi takpa lah.. lebih baik kak zana daripada along aku tu. Chet !
" Zana, aku tak tahu kenapa dengan dia. Merekot macam tengah tahan sakit. Demamnya tidak pun." Fawwaz di sebelahku aku pandang sepi.
" Kau ni, Waz. Takkan tak tahu bini kau sakit apa." aku pandang kak zana. Sakit apa pulak ? Aku sakit ?
Fawwaz buat muka pelik bila kak zana tanya dia macam tu. Tak, masalahnya sekarang siapa sakit? Aku senggugut je.
" Sayang, awak sakit apa ? Kenapa tak beritahu saya ?" kalut lah dia ni. Ewah, siap tolong sebakkan rambut aku ke belakang lagi kau ! Manis sangat !
Kak Zana ketawa melihat drama kami.
" Kau panggil aku hanya sebab dia senggugut je ke ? Alahai, ingatkan apa la tadi. Dah la merepek je korang berdua ni." kata Kak zana sambil menuju keluar bilik.
" In case kau tak tahu, jangan bukak air-cond lama-lama sangat tau, waz. Kesian adik ipar aku, menahan sakit yang amat tu. Good night." sambung kak zana sebelum hilang dari pandangan kami.
" Serius saya tak faham. Apa maksud Zana ?" terus meletus ketawa bila tengok muka blur laki aku.
" Awak tak apa ke kalau tidur pasang kipas je ? Saya tak tahan sejuk lah. Tambah-tambah lagi waktu macam sekarang." ujarku lambat-lambat. Malu sebenarnya.
" Waktu apa ? Eh sakit lagi tak ni ?" dia cuba pegang perut aku tapi aku mengundur ke belakang.
" Sikit je ni. Kejap lagi dia hilang lah." balasku takut-takut sambil mengundur ke belakang dan belakang dan aduh dinding pulak !
Aku dah kecur liur dah ni. Hei jangan buat pasal dah la. Dia menghampiri aku sehingga jarak kami hanya seinci sahaja kemudian dia mengunci aku dengan lengannya di kiri dan kanan. Nak lari mana kau Ain ? Aku telan liur, takut.
" Awak takut eh ?" tanyanya dengan suara berbisik. Kalau aku cakap aku dahaga sekarang ni pastu lari ke dapur aci tak ?
" Takut jugak lah. Errr sebenarnya awak... kita tak boleh emmm.." runsing aku hendak membina ayat untuk buat somi aku faham. Macam mana nak cakap eh ?
" Tak boleh apa, sayang ?" dia semakin dekat denganku.
" Tak boleh 'tu' la. Malam ni tak boleh." tunduk-tunduk aku bercakap. Tetiba hilang pulak sakit aku.
Wajah Fawwaz berubah. Dah faham ke maksud 'tu' ?
" Apa 'tu' tu ?" dia memandang aku dengan serius. Alah, tak faham lagi rupanya ! Aku tolak dada dia kebelakang tapi tiba-tiba dia kunci kedua-dua lengan aku di dinding. Weh tolong ! Aci tak kalau aku nak jerit ?! Aku pejam mata rapat-rapat apabila dia merapati wajahku.
" Hahahaha." kedengaran suara Fawwaz ketawa kecil di hadapanku. Aku bukak mata perlahan-lahan dengan wajah yang berkerut seribu. Apahal ?
" Comel lah awak ni. Geram saya tengok !" terus dahi aku dicium sekali kemudian dia berlalu ke atas katil empukku. Wh..what ?
Aku pegang dahiku dengan perasaan yang bercampur baur. Cepat-cepat aku masuk ke bilik air kerana wajahku terasa bahang. Jahatnya encik somi aku !!
****
YOU ARE READING
Dia, suami aku ?
RandomAin Syamina. Gadis yang dicurangi oleh tunangan sendiri dan dikhianati oleh kawan baiknya. Serentak itu, kemalangan menimpa ke atas diri Ain. Ditemu duga dengan mamat kerek macam dia tu memang payah. Tak sesuai langsung nak jadi ketua kepada sebuah...