Usai maghrib, semua orang pulang kerana waktu melawat sudah tamat dan hanya dibenarkan seorang sahaja menemani pesakit. Fawwaz ditempatkan ke bilik yang diasingkan dari orang lain. Senang sikit aku nak jaga dia.
" Awak.." panggilku meleret. Hujung kakinya aku cucuk dengan jariku. Mana tahu dia boleh sedar kan ?
" Awak.. bangun lah. Seminggu lebih saya tak dengar awak sakitkan hati saya tau ! Seminggu lebih awak tak tengok muka saya, awak tak rindu saya ke ?" aku melabuhkan duduk di sisi Fawwaz. Aku berani buat perangai gedik cenggini sebab dia tak dengar je. Kalau tak, memang tak lah aku nak liuk lentokkan suara aku.
Sekujur badan tertutup matanya, terlantar begini. Ahhh ini mengingatkan aku tentang kejadian kemalangan yang menimpa aku ketika aku tahu kebenaran antara Aqil dan Nuha. Aku menyembamkan wajahku di katil. Perlahan-lahan esakan aku mula kedengaran di segenap bilik. Kenapa aku menangis ?
" Fawwaz, tengok lah saya ni.. saya tengah menangis. Awak tak pernah tengok saya menangis kan ? Ni free show kat awak !! Bangun lah." aku mengongoi di sebelah Fawwaz seperti anak kecil menunggu ibunya. Aku pandang jarinya seperti bergerak-gerak sekilas namun aku tahu ia hanyalah igauan aku semata-mata.
Kata Tn Kamal tadi, teruk jugak Fawwaz kena langgar. Saksi cakap langgar lari.
Aku dah gila agaknya ! Aku kesat air mataku. Ini bukan Ain Syamina.
" Tak tak. Mana ada saya nangis." aku ketawa kecil seorang diriku. Ahhhh !
" Fawwaz, lebih baik awak bangun sebelum saya pijak kaki awak !" ujarku dalam esakan yang menggila. Hesy kenapa air mata aku ni degil sangat hah ?! Kenapa dia tak ikut ckp tuan dia !!
" Bising lah awak ni. Saya nak tidur pun tak aman tau." aku telan liur. Erk ? Siapa yang cakap tu ? Aku palingkan wajah ke dinding putih bersih itu. Tak sanggup aku nak tengok wajah Fawwaz sampaikan suara dia aku terdengar. Hesy !
" Kalau awak tak nak saya bising, bukak mata awak. Awak tahu tak kita nak kahwin lagi tiga hari ? Sampai hati awak biar saya sanding sorang-sorang kan ?"
sengaja aku layankan perasaan aku. Suara tadi dah hilang dari pendengaranku." Ya saya dah bangun sejak awak masuk tadi lagi tahu tak !" suara Fawwaz semakin jelas, seolah-olah berada di belakang aku. Berdebar jantung aku sehingga boleh didengari oleh telingaku sendiri.
Aku pusing badanku ke belakang dan...
" Hai sayang." sapa Fawwaz dengan senyuman paling manis aku pernah tengok. Jatuh terduduk efeknya pada aku !
" Eh eh ! Bangun lah, jangan pengsan kat sini sayang ! Saya yang sakit, bukan awak. Katil boleh muat seorang je tapi kalau awak nak tidur sebelah saya... em sekarang jugak saya call tok kadi." katanya dengan penuh keterujaan. Terus aku bangun dari dudukku dengan wajah yang sebal. Hesy !
" Auchh !" Fawwaz mengerang kesakitan kerana tumbukan padu milik ain Syamina. Biar tahu rasa sikit mamat ni !
" Main-main sangat kan ! Awak tahu tak saya ni macam tak cukup tanah lari ke sini demi awak !" mengongoi aku menangis di hadapan Fawwaz.
Aku memang cintakan lelaki itu. Ahh malunya ! Tapi, Fawwaz rasa ke apa yang aku rasa ?
" Lari ? Saya ingat Aizat yang drive awak ke sini." ujarnya dengan muka polos gila. Hai aku rasa macam nak smack down je budak Fawwaz ni. Izinkan aku ? Hahahhaa !
" Sakit lah, sayang.. !" rengek Fawwaz apabila tumbukan kecil hinggap di bahunya. Berkerut dahi ! Weh sakit ke ? Kalut aku mengibas-ngibas bahunya.
" Jangan panggil saya 'sayang' eh ! Dah sah baru boleh bersayang-mayang ! Pergi sana, rehat cepat." ala-ala komander aku arahkan Fawwaz ke katil.
Hesy bila masa dia turun katil ? Apasal aku tak dengar ? Tu lah, sibuk sangat menjerit sensorang kan..
YOU ARE READING
Dia, suami aku ?
RandomAin Syamina. Gadis yang dicurangi oleh tunangan sendiri dan dikhianati oleh kawan baiknya. Serentak itu, kemalangan menimpa ke atas diri Ain. Ditemu duga dengan mamat kerek macam dia tu memang payah. Tak sesuai langsung nak jadi ketua kepada sebuah...