"Ya, saya dah siap hafal segala pesanan awak tu. Dari A sampai Z, ulang semula Z to A. Dont worry lah." aku tabik spring punya kat dia untuk menunjukkan bahawa aku sangat lah faham akan arahannya. Tapi riak wajahnya kelihatan masih tidak puas hati. Haih susah betul laki aku ni. Aku berjalan menghampirinya selangkah demi selangkah sebelum dia berangkat ke Kuantan.
" Saya janji akan jaga diri saya baik-baik, hanya untuk awak." aku peluk dia erat seikhlas hati aku. Yes, aku sayang dia.
Aku dengar dia sengih lalu mengelus lembut belakang kepala aku. Nyamannya dia buat macam tu..
" Tahniah, awak dah berjaya buat saya yakin. Ingat, kalau ada emergency call saya cepat-cepat." pelukan terlerai kemudian dia mencium pipi aku. Rasa sebak pulak ni.
" Bye sayang, i love you so much." katanya lagi sebelum kami berpisah.
Aku angguk bersama senyuman di bibir menghantar suami aku ke luar penthouse. Bagasi kecil digalas di bahu dan terus dia pergi. Entah kenapa aku menangis, aku sendiri tak tahu. Yang penting aku sangat tak setuju dia pergi. Cuma di mulut sahaja aku cakap 'pergilah'.
****
Makan malam memang taklah sebab duduk seorang kan. Jadi aku makan megi tomyam yang aku beli tempoh hari setelah berebut dengan Fawwaz di pasaraya. Dia terpaksa mengalah sebab ada pak cik tegur dia " belikan je, karang tidur luar pulak". Mengekek aku ketawa bila Fawwaz mula menutup muka kerana malu.
Magi tomyam aku dah siap. Haih bosannya ! Nak bercakap sensorang, rasa macam gila sangat pulak. Takkan nak call abang teman aku kat sini ? Eh tak boleh, nanti mama tinggal sorang pulak. Aku ke sana ? Dah janji dengan Fawwaz..
Terpaksalah aku duduk bersila makan tomyam slurppp ni sambil menonton televisyen. Channel ONE HD 393 aku tekan di rimot, maka terpampang lah muka Ji Chang Wook yang hensem tahap gila ni. Kalah Fawwaz weh ! Tapi suami aku paling the best !
****
Aku mematikan enjin kereta di hadapan sebuah kedai buku. Mesti lah nak cekidaut komik aku sendiri. Hahahakk !
Sebelum dapat kaki aku melangkah masuk ke kedai tersebut, seseorang telah menarik lenganku dari belakang dan menyebabkan langkahku terhenti. Aeyyy sapa pulak ni ?
Aku toleh ke belakang dan ternyata ianya lelaki ! Hey !! Aku tarik semula lenganku dan memandang lelaki itu tajam. Maut punya jeling !
" Sorry." ucapnya sambil mengangkat tangan ala-ala bersedah diri. Aku cepuk kang !
" Cik Ain Syamina...?" aku pandang dia atas bawah beberapa kali, gaya macam scan jugak lah kemudian aku angkat sebelah bibir. Macam mana dia tahu nama aku ?
" Emm.." belum sempat aku nak betulkan panggilannya terhadap aku, dia pantas memotong. Helo, puan okey !
" Glad to meet u here. I suka sangat komik u !" katanya dengan teruja sambil senyum lebar. Rasa bangga pulak bila ada orang kenal penulis komik macam aku. Tapi macam tak sesuai je umur macam dia ni baca komik level bebudak ciptaan aku. Tapi tak kisah lah !
" Thank you." balasku dengan sengihan paling manis. Auchhh fan meet and greet cuols ! Rasa macam artis korea pulak !
" Buat apa kat sini ?" eh eh dia boleh tanya soalan 'cerdik' macam tu kat aku ?
" Saja tengok-tengok buku kat sini. Awak ?" hai lama lagi ke nak bersembang kat depan ni ? Sudah la lain macam je dia dok pandang aku.
" Cari komik awak lah. Setiap bulan saya datang sini nak beli komik." ujarnya tanpa teruja langsung. Entah kenapa aku rasa ragu-ragu terhadap lelaki ini. Lebih baik aku blah !
" Err.. takpa la, saya masuk dulu. Terima kasih ya." ucapku kemudian berlalu pergi dari situ. Seram do !
Aku dapat rasakan bahawa seseorang sedang memerhatikan aku dari belakang, tapi takkan nak toleh kot. Kang dia ingat aku syak dia psiko ke apa.. peminat komik aku tu.
****
Kunci dimasukkan ke dalam lubang pintu lantas kakiku melangkah ke dalam rumah. Esok Fawwaz pulang jadi aku memang tak boleh sabar nak menunggu. Teruja bagai nak rak aku weh !
Sabar Ain, sabar.
Aku letakkan tas tanganku dan tudung di tepi sofa kemudian terus ke dapur. Terasa dahaga tekakku setelah pulang dari rumah umi tadi. Bersembang tentang pelbagai topik sehinggakan kadang-kadang aku terlupa umi tu mak mertua aku. Sportingnya kemain lagi ! Dulu masa jumpa pertama kali, ingatkan garang tahap cerita P.Ramlee, Ibu Mertuaku lah kan. Ghopenya..
Pemandangan sekitar Kuala Lumpur aku pandang di tingkap kaca dengan asyik. Cantiknya lampu-lampu yang menerangi badanraya metropolitan ini. Hah.. keluhan demi keluhan yang terbit benar-benar menganggu benakku. Aku rindu Fawwaz !
Gelas yang aku minum tadi dicuci. Oh ya aku belum solat maghrib ! Astaghfirullahalazim.. Cepat-cepat aku masuk ke bilik untuk menunaikan kewajipanku.
Tapi, kejap.. mana telefon aku tah ? Mana tau Fawwaz call ke apa ke. Eh tapi takpa lah. Yang penting solat dulu.
****
YOU ARE READING
Dia, suami aku ?
RandomAin Syamina. Gadis yang dicurangi oleh tunangan sendiri dan dikhianati oleh kawan baiknya. Serentak itu, kemalangan menimpa ke atas diri Ain. Ditemu duga dengan mamat kerek macam dia tu memang payah. Tak sesuai langsung nak jadi ketua kepada sebuah...