Weh berdebar yang amat sangat !!! Jantung aku ni dari tadi dok dup dap dup dap tak tenang langsung. Tu lah kau, Ain.. Pagi tadi kerek sangat cakap besar dekat along. Sekarang, kau sendiri kecut perut. Alahai.. rasa nak lari masuk bilik air je !
" Ngah, pengantin lelaki dah sampai." suara kak zana memecahkan khayalan aku tadi. Sejenak aku menarik nafas dalam-dalam dan fuh.. lepas.
" Ala kau ni, gabra je lebih ! Weh laki kau boleh tahan jugak eh. Nanti, kau kenen-kenen lah aku dengan sorang dua kawan dia." aku jeling tasya tajam. Time aku tengah berdebar jugak lah dia nak suruh aku recommend !
" Okey fine. Gurau je. Jom, nanti laki kau tertunggu-tunggu pulak." usik tasya tak habis-habis. Aku diam je sebab gemuruh gila ni.
Pada masa aku keluar dari bilik tu, terus aku dengar suara masyarakat dalam majlis ni dok memuji. Eleh, tau lah laki aku je yang hensem. Aku ni tak hensem pun ! Serius aku tak mahu tengok Fawwaz langsung sebab malu teringatkan perbualan kami semalam. Hesy !
Aku dengar tok kadi panggil nama Fawwaz. Dah nak mula dah..
Lepas ni aku dah ada tanggungjawab yang lebih berat untuk aku pikul sebagai isteri. Dan semoga Fawwaz ialah imamku yang dihantar oleh Yang Maha Esa untuk membimbing aku ke syurgaNya bersama.
" Alhamdulillah."
Eh ? Cepatnya ! Aku tak dengar dia sebut nama aku tadi !!! Boleh replay tak ?
Mama cuit siku aku suruh tadahkan tangan untuk doa. Aku bagai dipukau dan tanganku automatik menadah doa yang dipimpin. Weh apasal macam senang sangat ?
Usai aminkan doa, Fawwaz bangun dari duduknya dan menuju ke arah aku. Ha mula dah ! Dup dap dup dap !
Baling je cincin dari sana tak boleh ke ?
" Sua tangan kamu. Suami kamu nak sarungkan cincin."
Pertama kali aku bersentuhan dengan tangan seorang lelaki selain arwah ayah, along dan Aizat. Tangan dia panas ke tangan aku yang sejuk ?
" Cium lah isteri kamu, acik."
Serta-merta aku toleh ke arah umi yang duduk di sebelah kiri aku. Wait, what ? Malunya !
" Memang itu pun yang acik tunggu." sorakan tetamu gamat di ruangan rumah ini. Ya Allah, malunya... Aku rasa nak nangis je sekarang ni.
" Dah sah kan, so saya boleh panggil awak sayang. Em.. nak kiss kat dahi ke dekat..." cepat-cepat aku potong cakapnya. Kalau dibiarkan, memang aku sorok muka aku dalam tupperware lah gamaknya.
" Awak jangan menggatal eh ! Cepat lah, saya dah cukup malu ni.." Fawwaz ketawa kecil dan akhirnya dia mencium aku di dahi.
Syahdu. Sangat syahdu. Entah kenapa dan bagaimana aku rasa sedih bercampur gembira dengan perbuatan Fawwaz. Aku seperti dapat merasakan sesuatu dalam hatinya terhadapku.
Semoga perjalanan hidup kami berdua dipermudahkan dalam menuju syurga yang abadi. Amin.
****
Rimas !! Apasal aku rasa rimas sangat ni ?! Tak boleh, tak boleh ! Kena jugak buat kejap lagi. Lantak lah dia kata aku berlama-lama pun tapi yang pasti aku memang dah tak tahan. Syampu rambut ! Harus !
Aku berhenti menyapu lantai seketika untuk mengambil nafas. Lelah. Mujur ini bahagian tempat yang terakhir untuk aku sapu. Kejap lagi mop serba sikit dan yes ! Aku nak mandi. Ketiak pun bau asyem ! Cepat-cepat aku sudahkan kerjaku.
Selesai menyapu, aku ambil mop di bilik air dan baldinya sekali. Nak habis dah..
Tiba-tiba," Nah, bagi dia orang minum. Mesti dahaga sebab buat kerja dari lepas asar tadi lagi." tiba-tiba kak zana memberi aku sedulang air sirap ais.
" Ala kak zana je lah yang bagi. Angah nak mop lantai ni." rengekku persis budak tak cukup umur.
" Mama yang suruh." aku mencebik kuat. Kak zana ni kan.. ! Suka hati je jual nama mama sebab nak suruh aku buat kerja.
" Yelah." dulang itu aku sambut kemudian berlalu ke kawasan rumah. Ada anak sedara aku, sepupu-sepapat semua pakat tolong turunkan semula khemah manakala along dengan abang susun kerusi meja di hujung sana.
" Daniel, ajak sepupu kamu semua minum. Along ! Abang ! Pak long, pak ngah ! Minum." hah settle. Siapa lagi aku tak panggil ?
Berkerumun budak-budak tu minum sekali dengan bapak budak pun sekali. Dahaga sangat ni. Aku ketawa kecil melihat dengan senangnya along merampas cawan dari abang.
" Fawwaz mana ?" tanya along sambil minum bercekak pinggang.
Fawwaz ? Alamak ! Lupa lah ! Dahiku aku tepuk beberapa kali.
" Lupa lah tu dia dah ada laki. Kau ni, ngah.."
"Ah diam lah !" terburu-buru aku mencari Fawwaz di sekitar kawasan khemah. Mana eh ? Macam mana lah aku boleh lupa dekat bos aku tu !
" Abang Waz kat belakang." ujar Aizat yang berjalan di sebelahku.
" Thanks." cepat-cepat aku ke arah belakang rumah dan.. gotcha ! Mujur masih selamat.
" Sayang !" amboi ceria sungguh budak Fawwaz ni. Aku menghampiri dia yang tengah bertinggung. Apa dia tengah buat ?
" Buat apa ?" aku turut bertinggung di sebelahnya. Alahai seksinya suami aku ni. Berpeluh peluh buat kerja seorang diri kat sini.
" Memasak." sudip dan kawah besar ditayangkan pada aku.
" Ha. Ha.Ha !" ejekku. Rambutku mula terkeluar dari tudung mula membuatkan aku tak selesa. Hisy.
" Kenapa ?" tanya Fawwaz dengan suara lembut habis. Aku pandang dia sekejap.
" Tak ada apa-apa. Meh saya tolong awak." berus dawai yang tersidai di tepi aku capai dan terus menggosok kawah besar gedabak itu. Kesian juga aku terhadap suamiku ini. Yelah, kawan ni baru keluar hospital petang kelmarin. Tu pun doktor terpaksa bagi sebab dia berkeras jugak nak keluar.
Tiba tiba sahaja Fawwaz pegang tangan aku. Eh dia ni dah kenapa ? Jangan buat hal sudah !
" A..Awak.." panggilku dengan suara takut-takut. Dia pusing badannya menghadap aku dengan wajah yang serius. Apa hal ? Tangan aku masih dia pegang.
" Takpa, biar saya buat. Awak pergi lah naik mandi, rehat kejap. Muka awak ni nampak sangat awak penat, tak cukup tidur buat itu ini. Jaga saya kat hospital lagi." bebel dia seperti berbisik. Alahai, cair dah aku ni dengan suami sendiri.
" Takpa, kita sama-sama penat. Luka awak tu masih belum baik lagi tau. Awak bawa ke sini tak ubat cuci luka tu ?" tanyaku sambil menyambung kerja. Air dipercik ke dalam kawah untuk dibilas. Ya Allah, beratnya benda alah ni !
Fawwaz tolong pegang manakala aku cuci dengan air. Macam mana dia boleh buat dua kawah yang sebelum ini seorang diri ?
" Bawak, ada dalam beg kot." jawabnya.
Peluh di dahi aku kesat di hujung baju. Sabar jap, Ain. Sikit lagi.
***
YOU ARE READING
Dia, suami aku ?
RandomAin Syamina. Gadis yang dicurangi oleh tunangan sendiri dan dikhianati oleh kawan baiknya. Serentak itu, kemalangan menimpa ke atas diri Ain. Ditemu duga dengan mamat kerek macam dia tu memang payah. Tak sesuai langsung nak jadi ketua kepada sebuah...