Enjin moto dimatikan setelah aku sampai ke destinasiku yakni rumah sahabat sejatiku, tasya. Aku dan tasya sudah kenal antara satu sama lain sejak zaman hingusan lagi malah kami belajar di sekolah rendah dan menengah yang sama. Masing-masing melanjutkan ke universiti yang berlainan tapi ia tidak menghalang kami untuk berhubung walaupun kekadang sunyi sepi. Jadi konklusinya siti nasuha muncul sebagai kawan aku ketika kami di universiti bersama Aqil. Ahh kenapa aku tidak perasan akan perasaan yang berputik antara mereka berdua ? Perihal antara aku dan nasuha sudah aku ceritakan pada tasya. Ternyata dia jugak terkejut dengan berita putusnya tali pertunangan aku bersama malaun itu.
" Assalamualaikum, tasya ! Woi tasya, aku dah tercongak depan rumah kau ni ha !" jeritku kuat. Tak malu ? Hah, orang kampung ni dah cukup masak dengan perangai keling aku ni wey. Dulu masa kecil-kecil, aku dijaga oleh atok dan opah. Ketika berganjak umur 18 baru aku kembali tinggal bersama mama dan abah. Setiap kali hujung minggu keluarga aku akan melawat aku kat sini. Along, aku dan abang. Masing-masing dibesarkan di sini.
" Hidup lagi ke minah ni ?" gerutuku lantas turun dari moto dan berniat hendak mengetuk pintu rumah.
" Natasya ! Kau tidur mati ke apa ?" pintu diketuk kuat olehku. Biar sampai roboh pun aku tak kisah ! Tiada sahutan. Aku ke bahagian kiri rumah di mana bilik tidur tasya ditempatkan situ.
Yes, tingkap tak kunci.
satu, dua, tiga..
BAHHHHH !
" oii mak kau tergolek !!!" latah si tuan rumah yang sedang melanding di atas katil sambil silang panggung. Amboi..
" Ain !!" jerkah tasya yang mencicit berlari ke arah tingkap hendak memukul aku dengan majalah di tangannya. Nasib baik sempat mengelak kau !
" Aku bagi salam cukup dengung kau buat tak dengar sangat kan ?! Cepat lah bukak pintu kat aku, panas ni ! Kang cair mekap aku !" sengaja aku menggeletis macam sotong tak cukup sesungut.
Rengusan kasar si sahabat aku gelakkan sahaja. Setelah pintu dibuka, aku masuk dengan gaya rumah sendiri. Panas terik matahari membuatkan aku dahaga lantas aku ke dapur membuka peti sejuk.
" Kau ingat peti sejuk tu opah kau yang punya ke ?" gerutu tasya yang sambung melanding di sofa pulak kali ni. Majalah diselak tanpa minat.
Air kosong sejuk di dalam botol aku tuang ke dalam gelas lalu diminum dengan rakusnya. Ah, alhamdulillah..
" ala macam tak biasa pulak. Rumah kau rumah aku jugak ! Hahhahaha !" lawak hambarku tidak dapat sambutan ketawa daripada tasya yang tengah tayang muka mintak kaki.
" mana hajah saleha ?" aku melabuhkan punggungku di sebelah sofa yang tasya duduk. Rimot tv aku tekan. Cerita barbie pun barbie lah !
" mak aku pergi rumah kak mona. Mengurut orang." jawab tasya. Dia mengubah posisi menghadap aku.
" Semalam aku lalu depan rumah kau. Ehem... cepatnya cari pengganti !" usik tasya sambil kenyit mata pada aku. Eh dia ni, aku sepak kang !
" Pengganti apanya.. ! Dia bos aku lah pastu kebetulan dia kawan along."
" Bos kau ke kawan along ke... perlu datang sampai kampung pulak kan ? Untung lah ramai peminat !" aku kerling pada tasya. Eh eh, macam meminta sangat penyepak aku !
" Warghhhhh, ain !! Kau nak bagi aku mati terkejut ke ?" marah tasya apabila aku melemparkan padanya sebiji bantal secara tiba-tiba. Padan muka !
" Jom melawat kawasan. Bosan ah tak ada hajah saleha. Tak boleh nak dengar mak kau melatah.." ujarku sambil membetulkan urat saraf. Mengeliat maksud aku. Ngeee
" Wey, kau kenalkan lah pada aku bos kau tu. Boleh tahan jugak aku tengok." tasya tayang muka gatalnya buat aku rasa nak cepuk dia .
Lah apasal aku nak marah pulak ? Boleh je kan aku kenalkan pada bos si tasya senget ni. Tapi tak boleh ! Macam mana nanti... hmm dah la tasya ni kategori cantik. Pramugari lah katakan. Cukup tinggi, kulit putih bersih, tapi tu lah perangai je buruk sikit. Hahahahaha buruk depan aku ja.
" Kau dengar ke tak ni ?!" bahu aku ditolak ke belakang sedikit.
" Jeles lah tu ! Choii !" bibir sungil tasya diukir.
" Ha ha dengar. Eh kau mandi tak lagi ni ?" sengaja aku ingin menutup gugupku.
"Kau rasa ?" kemudian tasya gelak secara tiba-tiba. Huh, dah agak ! Tak mandi lagi ! Betul kan.. perangai je buruk sikit dia ni ! Dah pukul 11 kot ?!!!
****
Tepat di selekoh itu, aku masuk bersama moto atok yang menjadi ' kawan' aku kalau aku bosan. Pasti ada saja tempat yang akan aku tuju bersama moto itu.
Kelihatan di pangkin ada mama, atok dan opah. Eh mana budak berdua tu ? Enjin dimatikan betul-betul di hadapan atok yang tengah membongkok mengutip buah yang gugur. Menggeletar lutut atok tengok aku buat aksi suspender macam tadi. Hahahha !
" Hesy budak ni lah !" aku ketawa kecil sambil buat tanda peace pada atok.
" Hi sexy !" paha mama aku tampar perlahan, gaya ala manja gitu. Habuannya telinga aku kena piat. Adoi !
" Ingatkan dah tak ingat jalan balik. Sakan meronda dengan tasya eh ." opah memulakan sesi motivasinya. Beginilah setiap kali aku keluar melepak dengan tasya. Keluar dengan aman, pulang dengan harapan opah tak bukak sesi ceramah ini. Jambu yang dikupas aku sua ke dalam mulut sambil layan bebelan opah di sebelah mama.
Aku memberi perhatian pada atok yang sedang bersembang dengan Haji Daud di bawah pokok rambutan yang rendang. Apa lah yang seronok sangat sampai atok gelak berdekah macam tu ?
" Diam tu ada lah tu, mak." aku kelip mata berkali-kali. Ada apa ? Aku toleh ke arah mama dan opah serentak.
" Malu pulak dia nak mengaku. Bila nak pergi cari cincin kahwinnya ?" aik ? Siapa nak kahwin ni ?
" Mama nak kahwin dengan siapa ? Kenalkan lah pada angah, ma." rengekku manja. Jika berkahwin semula dapat membahagiakan mama, aku setuju asalkan lelaki itu boleh menjaga mama. Ya lah, mama mesti sunyi.
" Ya Allah ya tuhanku.. siapa cakap mama nak kahwin nii..?" mama mengurut dahi sendiri. Hahahaha kesian mama, penat nak melayan perangai aku. Tapi betul lah, mama nak kahwin dengan siapa ?
" Fina, kamu salah bagi makan ke pada budak seorang ni ? Kita cakap pasal dia, dia boleh buat tak dengar pulak." kali ni opah menggeleng kepala pula.
****
YOU ARE READING
Dia, suami aku ?
RandomAin Syamina. Gadis yang dicurangi oleh tunangan sendiri dan dikhianati oleh kawan baiknya. Serentak itu, kemalangan menimpa ke atas diri Ain. Ditemu duga dengan mamat kerek macam dia tu memang payah. Tak sesuai langsung nak jadi ketua kepada sebuah...