Aku menilik wayar lut sinar yang dimasukkan jarum kecil ke dalam kulitku. Aku kat mana ni ? Macam bilik wad kat hospital tapi bila aku cuba hidu, tak terkesan pulak bau sarung tangan getah mahupun ubat. Wangi ja, macam bau bunga hidup.
Sesaat kemudian aku terdengar suatu semburan di atas kepala katilku. Pewangi bilik. Ambi Pur lagi kau ! Aku dah tak rasa sakit kepala tapi kebas pulak tangan aku ni. Bila aku toleh, ada Along di sebelah tengah tidur atas lengan aku. Amboi, suka-suki dia ja ! Bayar sewa lah !
Aku merekot sedikit sebab lenguh. Tak tahu pulak along boleh terjaga.
" Good morning, along." aku senyum padanya seperti biasa.
Dia gosok matanya, mamai barangkali.
" Eh, kau dah sedar ?" kalut pulak along aku ni.
" Yelah, kalau aku tak sedar, macam mana aku boleh bercakap dengan kau ?" aku luruskan tanganku ke udara. Tapi tersangkut pulak sebab ada wayar. Leceh la benda ni !
" Tak, kau sedar betul-betul ni ? Ada rasa nak mengamuk tak ? Nak tendang ke, rasa nak sepak apa-apa ke... ada tak, ngah ?" gesa along tiba-tiba. Apadehal dia ni ?! Macam lah sebelum ni aku ada buat ! Please lah.
" Tadi masa aku sedar takde rasa nak sepak pun. Tapi bila kau overacting macam ni tetiba rasa nak pulak sepak. Kau ni pahal, long ?" kening aku terangkat sebelah. Pelik betul.
" Main-main lah dia ni ! Kejap, aku panggil doktor. Kau," along berjeda sekejap.
" Tunggu sini. Jangan nak lari !" terus along keluar dari bilik aku. Apa kena dengan dia tu ? Macam mananya aku nak lari dengan wayar entah apa-apa ni..
Tak sangka along dah mereng !
****
Alhamdulillah, doktor kata aku dah sihat sepenuhnya. Dah check apa semua, tinggal nak balik ke penthouse ja. Aku rasa lapar gila sekarang ni. Macam tak makan berminggu gamaknya. Adui, senak !
Fawwaz peluk aku sebaik sahaja dia tiba di sini untuk menjemput aku pulang. Aku senyum dan membalas pelukannya. Rindunya kat dia.
" Boleh tak awak berhenti buat saya risaukan awak ? Saya takut sangat tau !" dia usap belakang kepalaku dengan lembut seraya meletakkan dagunya di bahu aku.
" Ala, saya tak ke mananya." pujukku dengan manja. Alahai si suami, jangan la macam ni. Awak kena kuat, baru saya boleh kuat jugak.
Kami melepaskan pelukan kemudian beransur ke luar hospital selepas melunaskan bayaran. Fawwaz mahu segera pulang ke rumah kerana dia takut aku penat. Eleh dia ni, aku bukan budak kecik lah.
" Awak yang letak pewangi tu dalam bilik saya masa kat hospital ya ?" tanyaku ketika kami sudah sampai. Barangku tak banyak dan tak berat tapi Fawwaz tak bagi aku bawak. Tak suka la macam ni. Dia buat aku nampak lemah tau.
" Macam mana awak tahu ?" eh eh, soalan berbalas soalan pulak. Aku letakkan punggungku di atas katil. Ahh leganya !
Usai meletakkan barang, Fawwaz join aku.
" Emm.. entah. Saya main agak je." jawabku ringkas. Kepalaku dilentokkan di bahunya.
" Ya saya yang letak. Saya tahu awak tak suka bau hospital." kami bergoyang ke kiri dan ke kanan. Aku ikutkan rentaknya. Takde lah kaku sangat.
" Thanks, saya suka. Wangi sangat." aku toleh ke arah dia sambil tersenyum.
" My pleasure. Saya tak boleh berhenti risaukan awak. Even masa saya marah, sedih, sakit, gembira dengan awak, hati saya tetap tak boleh berhenti fikirkan awak. I love you so much, Ain Syamina bt Azmi. So much." dia peluk bahu aku dengan erat.
Aku terharu sangat-sangat.
" Terima kasih sebab risaukan saya, selalu sayangkan saya. Saya sendiri tak mampu nak sayangkan awak macam mana awak sayangkan saya. Maafkan saya sebab selalu buat awak risau." aku capai tangan Fawwaz lantas mencium tangannya. Seikhlas hati aku berbuat demikian. Dia tersenyum manis lantas memegang daguku rapat dengannya.
****
Fawwaz harus ke CFY hari ini setelah cuti dua hari menjaga aku di rumah. Disebabkan aku ni malas dan degil nak makan ubat, dia bawak aku je rumah umi. Maka, berhuhuhu lah aku kat sini.
" Umi." panggilku seraya menghampiri seorang wanita yang sedang sibuk menyiapkan makan tengah hari. Bapa mertuaku dan suami aku akan pulang untuk makan tengah hari di rumah jadi beria-ria la umi masak.
" Dah makan ubat ?" tanya umi.
" Dah." jawabku dengan ceria. Fawwaz lah, sibuk nak video call tengok dengan mata kepala dia sendiri aku telan ubat besau belaka tu.
Pisau aku capai untuk mengupas bawang.
" Acik tidur lena tak semalam ?" umi senyum sungil padaku.
Aku angkat muka lalu mengangguk laju. Semalam lepas isyak terus Fawwaz tidur tak sedarkan diri. Salah satu perangai Fawwaz yang aku perasan ialah dia tak boleh tidur kalau takda aku kat sebelah. Nanti mula lah nak tercari-cari.
Aku yang masih tak mengantuk ni kejap ke kiri, kejap ke kanan. Last-last aku mengiring tengok muka Fawwaz. Auchh dia ni, masa sedar atau tak.. smart je aku tengok. Tersenyum-senyum aku sorang diri tengok Fawwaz berdengkur halus.
" Kenapa umi ?" bawang yang sudah siap kupas aku letak dalam bekas yang disediakan oleh umi.
" Masa Ain kat hospital kan, Acik memang panik sangat sampai tak boleh fikir dengan betul. Dia tunggu Ain sampai Ain sedar. Dalam... tiga hari jugak lah. Dia makan pun nak tak nak je, tak nak balik rumah bersihkan diri. Umi risau tengok dia macam tu." umi berhenti memasak sekejap. Aku menunduk dengan wajah yang muram.
" Acik risau sangat bila Ain mengamuk. Tak pernah umi tengok dia serisau itu. Umi nampak air mata dia menitis di atas baju Ain malam tu. Dia tertidur sambil peluk baju Ain masa teman Ain malam Ain mengamuk tu." aku terkejut dengan kenyataan umi yang ini. Aku mengamuk ? Bila ? Aku tak ingat pun.
Ah ! Patut lah along tanya aku soalan macam tu masa aku sedar hari tu !
" Maafkan Ain, umi. Ain memang selalu menyusahkan semua orang. Asyik keluar masuk hospital sahaja kan ?" kolam mataku bertakung.
" Eh tak..tak.. bukan tu maksud umi." wanita itu memeluk bahu aku dari belakang seakan-akan memujuk menantunya.
Aku sengih nipis. Tipu la aku tak terasa dengan kata-kata umi.
" Umi minta maaf kalau ayat umi tadi buat Ain salah faham. Umi sayang Ain macam mana umi sayang anak-anak umi. Ain anak umi. Okey ?" umi cium pipi aku kemudian peluk aku.
Astaghfirullahalazim.. aku ni sensitif sangat !
****
Lepas makan tengah hari, masing-masing membawa diri ke bilik. Aku naik selepas membersihkan meja makan dan dapur setelah makan tadi. Fawwaz, awal-awal lagi dah masuk bilik. Letih mungkin.Aku pusing tombol pintu dan menutupnya kembali setelah masuk. Letihnya badan aku ni. Rasa tak larat sangat walhal bukan kerja berat pun aku buat. Aku merebahkan badanku di sebelah Fawwaz dengan keluhan yang lemah.
Macam-macam dalam kepala otak aku sekarang ni. Kata-kata umi tadi benar-benar membuatkan aku rasa aku ni banyak menyusahkan anak lelakinya. Aku kena kuat, tak boleh asyik sakit-sakit ja. Mana Ain Syamina yang kuat dan tak mudah sakit tu ?
Saat aku tidur melintang dan tanganku diletakkan di atas dahi, aku sudah mahu berehat.
" Baru ingat nak masuk bilik ?" suara garau Fawwaz mengejutkan aku yang baru hendak terlelap. Terus aku celik mata semula menghadap dia yang tersengih.
" Ingatkan tidur. Terkejut saya tau." bahunya aku tampar lembut. Ala manja-manja gitieww.
Dia tarik aku dalam pelukannya.
" Mana boleh tidur kalau awak takda kat sebelah." suaranya menampar lembut gegendang telingaku.
" Rehat lah dulu. Nanti dah zohor, saya kejut awak." aku menampar lembut tangannya yang melingkar di pinggangku, seakan-akan mendodoi budak bawah umur.
" Thanks sayang." ucapnya kemudian mencium pipi aku. Terus diam Fawwaz dibuai mimpi.
Kuat Ain, kuat !
****
YOU ARE READING
Dia, suami aku ?
RandomAin Syamina. Gadis yang dicurangi oleh tunangan sendiri dan dikhianati oleh kawan baiknya. Serentak itu, kemalangan menimpa ke atas diri Ain. Ditemu duga dengan mamat kerek macam dia tu memang payah. Tak sesuai langsung nak jadi ketua kepada sebuah...