Tihah kau dekat mana? Aku dengan aina dah sampai tau"
Dah ea.. Kejap aku tengah otw ni" tipu. Padahal dekat rumah lagi.
Hah okok see u later bye" talian dimatikan.
“ Kau nak pergi mana?” langkah fatihah terhenti tatkala disergah hariz dari arah dapur. Fatihah mengurut dadanya. Dia hanya menjeling sekilas.
“ Keluar ..”
“ Tak boleh” Hariz menghalang dan berdiri dihadapan pintu. Fatihah mengetap bibirnya geram.
“ Tepilah. Tihah dah lambat…!”
“ I said , no” Hariz menjawab tenang. Tas tangan Fatihah diambil dan disorok ke belakang badannya.
“ abang riz ni kenapa? Suka hati tihah la nak keluar, tepilah!”
“ Aku suami kau. Kau kena dengar cakap aku. Tahu tak apa hukumnya seorang isteri yang keluar dari rumah tanpa izin suami?” soalan Hariz membuatkan Fatihah terdiam. Aduh, guna hukum pulak dia ni.
“ Tihah nak keluar dengan kawan Tihah, sekejap je. Please….” Fatihah separuh merayu. Terpaksa buat begitu agar Hariz melepaskan dia pergi.
“ Aku izinkan… tapi dengan syarat..” senyuman Fatihah segera mati tatkala Hariz meletakkan syarat.
“ Aku ikut kau sekali”
“ No way!”
“ Ok then. Jawapannya, kau tak boleh keluar. Duduk rumah. Layan aku” ucap Hariz selamba dan menarik tangan Tihah kejap. Fatihah mengetap bibirnya geram. Layan dia? Apa maksud dia ni? Eh nak pergi mana ni? Bilik dia? Ahhhh, tak nak!!
“ Ok, ok! Kita keluar. Abang riz siap, tihah tunggu abang riz dalam kereta” Fatihah bersuara tatkala Hariz sudah hampir menariknya masuk ke bilik. Hariz tersenyum sinis.
“ Nope. Kau ingat aku bodoh. Nak lepaskan kau lepastu kau cabut tinggalkan aku? Jangan harap. Stay here!” Hariz menolak tubuh Fatihah ke atas katil hingga wanita itu terduduk. Fatihah mendengus geram. Baru saja plan nak lari, bijak pulak mamat ni.
Matanya dipejam erat, enggan melihat Hariz yang sedang menyalin baju. Sepanjang tidur sekatil sebilik dengan Hariz tidak pernah dia melihat Hariz menyalin baju didepan matanya.
“ Dah ke belom.Tihah dah lambat
Yang kau tutup mata kenapa? Aku tahu la aku handsome" ujar hariz selamba.Perasan sungguh"
Dahlah cepat. Tihah dah lambat ni” Fatihah segera berlalu keluar dari bilik sementara Hariz hanya tersenyum sinis dan mengekori dari belakang.
YOU ARE READING
Kamu Sangat Nakal [COMPLETED]
Teen Fictionmengisahkan kehidupan seorang gadis berumur 18 tahun(NurulFatihah) yang terpaksa berkahwin dengan anak angkat ibunya tanpa diketahui siapa siapa. selepas kematian ibu nya. ---- ------ ---- C̠̠̠̠̠̠̠̠̠̠̠̠̠̠̠O̠̠̠̠̠̠̠̠̠̠̠̠̠M̠̠̠̠̠̠̠̠̠̠̠̠P̠̠̠̠̠̠̠̠̠̠̠L̠̠̠̠...